GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, June 28, 2014

Memang degil betul puak-puak nih!

Alkitab: Peguam Negara salah tafsir Enakmen


PETALING JAYA: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menganggap bahawa Peguam Negara telah melakukan kesalahan dalam mentafsir Enakmen 1988 Seksyen 9(1) kerana MAIS meyakini bahawa wujudnya ruang di dalam enakmen tersebut untuk satu pendakwaan dibuat.

 Pada 11 Jun lalu, Peguam Negara telah memutuskan bahawa tiada pendakwaan akan dibuat berhubung kes rampasan Alkitab oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan kes itu ditutup. MAIS juga mengambil pendirian bahawa Peguam Negara atau Exco Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan JAIS supaya memulangkan Alkitab kepada Persatuan Bible Malaysia, BSM.

 Jika Alkitab ini dipulangkan kepada BSM, kitab-kitab ini dipercayai akan beredar kembali kepada masyarakat dan ia akan melanggar Enakmen 1988 Seksyen 9 (1). Pihak yang mempunyai ‘kuasa’ untuk memerintahkan pemulangan atau pelupusan Alkitab terletak di ‘tangan’ pihak mahkamah.

 Pada Januari lalu, JAIS telah melakukan serbuan dan merampas Alkitab di premis BSM dan menurut MAIS, tindakan itu adalah sejajar dengan peruntukkan Enakmen 1988 Seksyen 9 (1). Pemberitaan ini berdasarkan laporan bertarikh 16 Jun 2014 yang diberikan kepada FMT oleh sumber dalaman JAIS.SUMBER
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...