GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, June 13, 2014

Nasihat saya kepada Dyana Sofea


Saya sangat setuju dengan nasihat TGNA supaya Dyana Sofea berhati-hati bila membuat kenyataan akhbar kerana akhbar celaka akan mengekploitasi kenyataannya nanti.

 Sebagai orang baru, Dyana Sofea perlu akur dengan pandangan orang lama seperti TGNA yang banyak pengalaman.

Dyana perlu terus belajar bagaimana menyuarakan sesuatu perkara yang sensitif supaya tidak menjadi kontraversi dan memakan diri sendiri.

 Ikutlah sebagaimana Umno buat kenyataan pasal hudud.Umno sokong hudud di Kelantan dan kini pula di Selangor. Ramai orang PAS sendiri yang percaya...

 Di negeri-negeri yang Umno perintah, depa senyap, tak cakap apa-apa pun pasal hudud.

Ada tak dengar Umno nak hudud di Pahang, Perlis, Kedah , Negeri Sembilan atau Melaka? Bukankah lebih baik, kalau Umno cadangkan Hudud untuk Malaysia? Takut pada Rosmah?? Kah!Kah!Kah!

Trengganu hari tu, PAS cuba cadangkan, Umno tolak mentah-mentah. Kat Johor hari tu, MCA mengamuk bagai dan kata 'hilang akai!' 'hilang akai!' dan Umno terus kecut telo hingga biji naik ke dada! Kesian, kawan yang cadangkan hudud di Johor tu pun terus tersingkir dan melepas tak jadi calon pada PRU lepas....

 Oleh itu wahai Dyana, belajar dan ambillah sedikit ilmu dari Umno itu untuk digunakan semula keatas mereka.Tanya emak, jangan segan atau malu! Pura-pura sokong dan buat-buat suka saja padahalnya kau tak mahu sokong dan benci! 
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...