GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, June 11, 2014

PAS ganti Umno : Beginikah yang kita mau?

 What You Give You Get Back -

 Kepada mereka mereka yang baru hendak membesar dalam Pas mai aku nak cerita kisah sekitar tahun 90an. Lepas Pas berjaya rampas Kelantan Tok Guru Nik Aziz di pilih untuk menjadi Menteri Besar. Tahu tak berapa banyak gaji dan berbagai elaun serta berbagai kemudahan Tok Guru dapat sebagai seorang Menteri Besar.... Puluh puluh ribu tau... kereta besar, rumah besar malah elaun mekap isteri Tok Guru pun beribu ribu...

 Tok guru ambil kesempatan tak dari semua tu.... Tok guru jual nama isteri dia tak untuk cover segala kemewahan itu kalau dia mahu.... sesekali tidak... Kereta mercedes (masa tu mercedes kira cukup mewah la) kerajaan yang Tok Guru dapat dia guna untuk kerja kerja kerajaan saja.

 Bukan saja kereta mewah kerajaan yang kalau Tok guru guna pun tak salah dia tak guna untuk peribadi malah rumah besar, elaun besar dan segala galanya yang besar pun dia tak ambil untuk diri sendiri. Sama ada segala elaun itu di potong dari beliau menerimanya atau dia terima dan masukkan ke dalam tabung hanya dia saja yang tahu.

 Okey itu cerita dia, itu hak dia untuk memilih cara hidup bersederhana walaupun sedikit pun tak salah kalau dia hidup seperti lain lain menteri besar kerana semua wang ringgit yang dia dapat itu hak dia.

 Cerita orang Pas pulak ketika itu tiap tiap hari hentam pemimpin umno kononnya baru jadi Adun biasa baru jadi MP biasa sudah pakai kereta mewah. Lalu di bandingkan pula ahli parlimen Umno dengan wakil rakyat Pas yang sederhana walaupun ramai wakil rakyat Pas yang sudah kaya sebelum menjadi yang berhormat.

 Sembang sembang di media sosial KK (masa tu belum ada FB, KK adalah merujuk kepada media sosial kedai kopi) selalu saja menjadikan Mat Sabu (ketika itu ahli parlimen Kubang Kerian) sebagai contoh betapa sederhananya ahli parlimen Pas kerana hanya mengunakan kereta toyota Crown untuk ke parlimen berbanding dengan semua ahli parlimen Umno yang mengunakan kereta besar besar ke parlimen.

 Lalu hari ini bila rakyat mempersoalkan ahli parlimen Pas dari temerloh mengunakan kereta mewah mereka marah pula. Salahkah rakyat yang hanya mengulangi apa yang di selalu di bangkitkan oleh orang Pas kepada pemimpin umno satu ketika dulu?

 Kenapa pula rakyat pula yang bersalah malah sanggup pula menuduh rakyat menyerangnya bertubi tubi agar dia berhenti berjuang. Bila masanya rakyat suruh dia berhenti berjuang. Rakyat cuma tanya kenapa kereta mewah boleh pakai tapi nak menziarahi presiden sendiri pun sanggup karang sajak tagih simpati.

 Jadi kepada kanak kanak Pas yang baru mahu membesar ketahuilah oleh mu generasi Pas terdahulu terlebih dahulu mempertikaikan kereta mewah yang di gunakan oleh pemimpin umno dan kini perkara yang sama berulang kepada pemimpin kamu sendiri.

 Oleh itu ingatlah kata kata imam besar tarekat Kalajenking Tuan Guru Klaus Meine bahawasanya What You Give You Get Back...

(Aku kopipes dari Facebook....)
Comments
6 Comments

6 comments :

Amuraria said...

winds of cf change :) ABU !

Anonymous said...

Pemimpin yang menekankan kehidupan berdasarkan Islam sebenar akan kekal lama.

Kehebatannya pula akan menjadi buah mulut rakyat hingga ke akhir zaman.

bunbinban said...

Hahaha...cuba tanya ahli parlimen tu...dia di bayar gaji ahli parlimen termasuk segala mcm elaun dan kemudahan hanya utk memberi tazkirah dan ceramah di masjid saje ke?. Apa hukum dlm islam?. Dan satu lgi....bukan caranya nak menangi hati anak muda dgn kidnap program anak muda dan claim itu program dia....hahaha...jenis x tau dek untung ustaz sorang ni....

Alhusseyn Alhusseyn said...

Macam mana orang macam ini pun boleh dijadikan pemimpin? Memalukan orang-orang lulusan agama yang benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam. PAS perlu baiki keadaan ini; jgn biarkan PAS lingkup oleh kumpulan mcm dia nih!

Effendy Khairudin said...

Nak bermewah tal salah jika mampu. Tapi beli kereta tanpa segan silu guna loan bank, tidakkah itu riba'? Atau hukum riba' terkecuali kpd ulama' PAS?

Alhusseyn Alhusseyn said...

Sebagai pejuang Islam, kita seharusnya ikut memperjuangkan cara hidup para Rasul dan Nabi.Bukan hanya ikut lilit serban atau pakai jubah sahaj, tapi cara hidup sederhana Nabi dan Rasul yang perlu kita ikuti...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...