GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, June 18, 2014

PAS tidak ada kena mengena dengan sikap degil Jais mahupun Mais


MAIS tetap bertegas tidak pulangkan Bible

 SHAH ALAM 17 Jun - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengulangi pendirian tidak bersetuju dengan arahan kerajaan negeri yang mahu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memulangkan semula kesemua naskhah Bible yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada Januari lalu.

 Pengerusinya, Datuk Mohd. Adzib Mat Isa ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, pendirian itu kekal sebagaimana yang diputuskan pihaknya sebelum ini memandangkan kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengarahkan Bible itu dipulangkan.

 "Keputusan kita (tidak pulangkan Bible kepada BSM) kekal...tidak ada beza (perubahan)," katanya di sini hari ini.

 Pada 11 Jun lalu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memutuskan tiada sebarang pendakwaan dibuat berhubung kes rampasan Bible oleh JAIS pada Januari lalu selain menyatakan pandangan bahawa kes itu ditutup.

 Susulan keputusan Peguam Negara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilaporkan pada 12 Jun lalu mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi serta Penasihat Undang-undang Negeri untuk membantu JAIS memulangkan Bible yang dirampas kepada BSM.

 Bagaimanapun, keputusan Peguam Negara itu tidak dipersetujui MAIS menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada 14 Jun lalu yang mana badan pengurusan agama Islam negeri itu yakin wujudnya ruang-ruang dalam enakmen berkenaan yang membolehkan pendakwaan dibuat dalam kes tersebut.

 MAIS turut meminta Timbalan Pendakwa Raya Negeri Selangor untuk merujuk perkara ini ke mahkamah terlebih dahulu bagi mendapatkan perintah pelupusan barang kes sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 407A Kanun Tatacara Jenayah. 

Bagaimanapun, Abdul Khalid dalam kenyataan kepada media hari ini memaklumkan, kerajaan negeri tetap dengan arahan pemulangan semula Bible itu dibuat namun perlu mengikut ketetapan yang dipersetujui pihak-pihak yang terlibat dalam perbincangan tentang isu tersebut. 

 Kenyataan Menteri Besar itu dibuat selepas beliau mengadakan pertemuan dengan MAIS dan JAIS dan Exco Agama semalam.

 Bagaimanapun Utusan Malaysia difahamkan, tindakan JAIS merampas Bible tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang dan sentiasa di bawah pengawasan Jawatankuasa Kerja Penguatkuasaan Enakmen 1988 yang diwujudkan bagi memantau sebarang tindakan JAIS. Menurut sumber, Peguam Negara sebagai sebuah badan yang diberi kuasa di bawah undang-undang negara seharusnya lebih peka terhadap sensitiviti umat Islam di negara ini khususnya di Selangor yang mempunyai Enakmen 1988 yang telah lama dikuatkuasakan di negeri ini.

 "Seandainya orang bukan Islam dibiarkan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Enakmen 1988 ini tanpa ada tindakan untuk mendakwa mereka, bermakna enakmen tersebut hanya kekal sebagai satu undang-undang yang kewujudannya tidak memberi sebarang manfaat.9 "Lantaran itu, perlindungan terhadap kesucian agama Islam tidak diambil peduli oleh pihak berkuasa," dakwanya di sini


PAS menegaskan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bukan agensi secara langsung di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor malah ia tiada kaitan dengan parti Islam itu. Isu rampasan Bible muncul kembali di media baharu dengan gambaran kononnya tindakan rampasan tersebut sebagai lambang sikap PAS yang akan menganiaya penganut agama lain sekiranya memerintah kelak. PAS tidak ada kena mengena dengan sikap yang ditunjukkan Jais mahupun Mais.
- Dato' Tarmizi Mohd Jam
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Habis tu yg Pas gatal nak lucutkan kuasa Mais tu apa hal, sayang sangat dgn Dap kaa?

Alhusseyn Alhusseyn said...

Mais ada kuasa apa keatas agama lain?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...