GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, June 20, 2014

Penin! Penin! Penin!

SHAH ALAM 19 Jun - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan supaya isu pemulangan atau pelupusan kitab Bible dalam bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah, dilaksanakan mengikut prosedur perundangan sedia ada dan terpakai.

 Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan memberitahu, Sultan Sharafuddin menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar segera merujuk perkara itu kepada pihak pendakwa raya untuk dibawa ke mahkamah selaras dengan arahan yang dikeluarkan Jabatan Peguam Negara agar JAIS mengambil tindakan selanjutnya mengikut undang-undang.Kenyataan penuh di sini

Penin! Penin! Penin! - Suruh JAIS mengambil tindakan selanjutnya mengikut undang-undang....

Hari tu, Peguam Negara pun suruh Jais mengambil tindakan undang-undang ... korang tak pening ker?

Peguam Negara dah bilang, tidak ada kesalahan apa-apa dilakukan oleh pihak gereja dan tidak ada pendakwaan boleh dilakukan oleh JAIS. Peguam Negara kata , kes tutup!

Ini apahalnya suruh rujuk perkara itu kepada pihak pendakwa raya untuk dibawa ke mahkamah pulak? Penin! Penin! Penin! Minta aku panadol sekotak!
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...