GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, June 18, 2014

Perkasa: Empat Ahli Parlimen PAS perlu diusir

Faida Rahim | June 18, 2014 
Tindakan mereka disifatkan sebagai 'kurang ajar' apabila menggesa untuk hapuskan kuasa MAIS dan JAIS
 PETALING JAYA: Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Shamsuddin Moner (gambar) menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh empat Ahli Parlimen PAS di Selangor iaitu Khalid Samad, Mariah Mahmud, Hanipa Maidin dan Che Rosli Che Mat sebagai biadap.

 “Mereka begitu berani mempertikaikan pendirian dan keputusan MAIS untuk tidak memulangkan semula Bible Bahasa Melayu dan Iban yang dirampas daripada The Bible Society of Malaysia bulan Januari lalu.

 “Mereka ini tidak layak bergelar dan diberi penghormatan sebagai Ahli Yang Berhormat kerana tidak menghormati Institusi Islam seperti MAIS dan JAIS yang mana Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam di negeri Selangor,” katanya.

 Tambah beliau, perbuatan empat Ahli Parlimen PAS ini lebih ‘kurang ajar’ apabila mereka dengan angkuh dan ekstrim mengutarakan gesaan kepada Kerajaan Negeri Selangor di mana mereka mendakwa menguasai dua pertiga ahli dewan agar meminda undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk menghapuskan kuasa MAIS dan JAIS.

 “Jelas bahawa pendirian empat Ahli Pas ini selari dengan tuntutan Comango di UPR Geneva yang mendesak supaya Enakmen Jenayah Syariah dan mahkamah Syariah dibubarkan di Malaysia. Beliau yang mewakili Perkasa memberi amaran keras kepada empat ahli parlimen ini supaya berhenti membuat provokasi liar.

“Mereka bertindak seolah-olah mereka adalah jurucakap kepada Comango. Jangan naikkan kemarahan NGO-NGO Melayu Islam di bawah Perkasa di mana jumlah keahliannya lebih 500 ribu orang.

 “Kami siap sedia untuk mempertahankan imuniti kuasa MAIS dan Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam. MAIS dan Sultan adalah benteng terakhir bagi umat Islam untuk mempertahankan kesucian Agama Islam dan maruah Institusi Agama daripada di hina oleh puak-puak gereja dan gerakan liberalis agama yang dah mula meresap ke dalam saf kepimpinan PAS,” katanya.

 Pada masa yang sama, Perkasa dan Gabungan NGO Islam yang lain seperti Pembela dan ISMA akan memohon untuk menghadap DYMM Sultan Selangor dalam masa terdekat untuk mempersembahkan kepada Sultan supaya terus bertegas atas keputusan MAIS untuk tidak memulangkan semula bible seperti yang diarahkan oleh Peguam Negara.

 “Selain itu, Perkasa juga ingin mencadangkan kepada Sultan Selangor supaya empat Ahli Parlimen PAS ini tidak dibenarkankan tinggal dalam Negeri Selangor. Mereka perlu diusir keluar dari negeri Selangor.

 Tambahnya, hanya dengan cara ini sahaja boleh menyelamatkan maruah DYMM Sultan Selangor atas penghinaan dan kebiadaban mereka ini.SUMBER
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

cubalah empat MP PAS yang bercakap itu dari kanga pemimpin atau ahli UMNO agak-agaknya beranikah mat samdul ini mengeluarkan kenyataan seperti itu,itulah cari makan namanya,memang bengong dan benggap kalau dilihat berpakaian nampak macam cerdik tapi rupanya bodoh dan tolol sebab yang keluar perentah dari ketua peguam Negara yang bagitu mesera dengan UMNO dan UMNO sendiri yang begitu gah untuk menyelesaikan tapi bila tiada apa yang hendak dibicarakan hak milik orang kena pulanglah semula bab sama ada kita takut disalah gunakan itu perkara lain, perkara pokoknya hak orang kina pulangkan .itu pun tak boleh nak fikir dan menyalahkan orang lain pula baik jangan diadakan undang-undang lagi senang untuk bertindak jika berlaku apa-apa perkara berkaitan agama semua kaum di negara ini ,amat merbahaya pertubuhan PERKASA ini sentiasa mencurah minyak keatas ranting basah.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Itulah yang menakjubkan, mereka pula tuduh Peguam Negara juga dah murtad!
Apakah mereka ini tidak sedar bahawa dunia memerhatikan kita dan menyamakan kita dah seropa Taliban! Dah tidak mahu mendaulatkan undang-undang negara sendiri. Ini memalukan Islam di mata dunia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...