GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, June 19, 2014

Senyumlah Umno Celaka!


Hari ini Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen kerana didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan kerana mengeluarkan kata-kata menghasut.

 Dia didakwa atas kesalahan menghasut apabila beliau dengan lantang bersuara “celaka Umno” sewaktu sidang Dun Pulau Pinang

 Seorang menteri Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan mengulas mengenai penangkapan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer bahawa frasa “celaka Umno’ yang digunakan ltu tidak berunsur hasutan tetapi tidak digemari! Sila baca di sini

 Saya sangat setuju ‘Celaka’ itu tidak berunsur hasutan. Tetapi saya tidak setuju dia kata ‘Celaka’ itu tidak digemari atau menyinggung perasaan.

 Saya tidak pasti Abdul Rahman ni orang asal mana. Tapi kalau orang Melaka , mereka semua tentu 100% setuju dengan kata-kata saya itu, bahawa ucapan ‘Celaka’ itu berupa ucapan ‘salam’ bagi mereka dan mereka menggemarinya.

 Bagi orang Melaka setempat, ucapan seperti “Celaka kau! Mana lama tak nampak?” adalah capan tanda mesra kepada mereka. Sudah barang tentunya mereka sangat gumbira dicelakakan begitu.

 Kalau PR buat banner bertulis besar-besar : “Celaka Umno Melaka” , orang Melaka akan senyum simpul tanda suka! Kah! Kah! Kah! Senyumlah Umno Celaka
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...