GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, June 16, 2014

Solidariti Kampung Chubadak : Sajak untuk renungan si Bangsat dan Celaka

  
Berkurun dulu, pemimpin negara mengajak orang kampung daripada luar datang ke Kuala Lumpur sempena dengan Dasar Perindustrian yang baru tercetus pada ketika itu. Datuk moyang kita (occupant) diberikan kebebasan untuk meneroka dan membuka kawasan tanah baru di kawasan berdekatan kilang-kilang mereka yang pada waktu itu, masih hutan, lombong dan paya.

 Mereka dijanjikan geran pemilikan bertahun dulu, sehinggalah tanah perkampungan ini diserahkan hakmiliknya (alienated) kepada sebuah syarikat pemaju, XX. Mulanya XX memberikan kebenaran kepada penduduk kampung (licensee) untuk menetap di situ dengan pembinaan balairaya, kemasukan elektrik, jalan baru dll.

 Dato Bandar KL ketika, En AA, pula berjanji akan mewartakan kawasan penempatan sebagai tanah warisan yang akan dipertahankan statusnya kepada para occupant. Tambahan pula, YB BB dalam satu kempen pilihanraya beliau melancarkan manifesto untuk menyelesaikan masalah pemilikan tanah (individual title) kepada occupants.

 Puluhan tahun mendatang. Saat era moden mula menjengah, Kuala Lumpur bukan lagi bandar sepi. Dek kepesatan hutan konkrit yang melanda, sekangkang tanah melambung tinggi harganya. Nilaian sebagai tanah warisan, tanah anak-cucu-cicit-cuit membesar, tiada makna di mata kapitalis.

 Hari ini, tanah diserahkan kepada pemaju (developer) baru, syarikat YY. Atas nama pembangunan, seluruh kampung disuruh keluar (vacant possession) dan didakwa menjadi halangan kepada kemajuan bandaraya. Janji manis, manisfesto yang datuk moyang kita pegang dulu hilang dilupakan. Kita yang dilahirkan, dibesarkan, dan melahirkan di atas tanah ini di-istilahkan setinggan? Malulah kalian wahai penzalim!9 Dan tanah ini, bukan lagi milik kita. 

Nukilan: Dato Tarmizi Jam
 
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

KNAPE BARU EKARANG NAK SEDAR. PEMINPIN PENGKIATNAT INI SUDAH LAMA BERMAHARAJA LELA.SINGAPURA TANAH MELAYU HABIS DJUAL PADA CINA KEPARAT.ORANG MELAYU SUDAH TIDAK BERANI LAGI MEMPERTAHAN KAN HAK AKIBAT DARI PEMINPIN PENGKIANAT INI.PEMINPIN PEMGKIANAT INI TELAH LAMA SANGAT MENKIANATI ORANG MELAYU TERUTAMANYA.DANA DANA NEGARA TELAH DISONGLAP OLEH PENGKHIANAT PANGKHIANAT INI TERMASUK MENGENDALIKAN KEZALIMAN TERHADAP ORANG ORANG MELAYU.ADA PERLUNYA ORANG MELAYU BANGKIT SAPERTI DAHULU PEMINPIN PENGKHIANAT PATUT DIHAPUSKAN SAMA SEKALI.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...