GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, June 18, 2014

Tolak kerajaan yang sapu tanah rakyat!


Pada hujung tahun 2012, ADUN Sekinchan YB Ng Suee Lim mendedahkan kerajaan Barisan Nasional di Selangor telah memperolehi sebanyak 24 tanah kerajaan di antara 1999-2008 pada harga hanya RM1 kaki persegi. Jumlah tanah mencecah sehingga 1.5 juta kaki persegi dengan anggaran nilai lebih daripada RM200 juta.

 Semua tanah ini merupakan tanah yang bernilai tinggi seperti tanah komersial. Selepas memperolehi tanah, parti-parti komponen BN - UMNO, MCA, MIC dan Gerakan dengan cepatnya melibatkan diri dalam usahasama atau menjual tanah untuk keuntungan yang merangkumi ratusan ribu dan juta ringgit. Daripada 24 keping tanah tersebut, UMNO telah memegang sebanyak 15 keping tanah, sementara MCA, MIC, Gerakan masing-masing 5,3 dan 1 dengan harga serendah RM1 kaki persegi.

 “Rakyat nak dapat tanah di Selangor susah. Mereka naik turun pejabat tanah untuk minta tapak tanah tetapi susah dapat. Dulu setinggan di Lembah Jaya, Berembang dihalau. Mereka (UMNO, MCA, MIC dan Gerakan) menggunakan kesempatan ketika memerintah untuk memboloh tanah kerajaan, sedangkan rakyat sukar menperolehnya walaupun seekar. Ini mungkin ciri-ciri sapu 1Malaysia.” kata Ng Suee Lim.

 Tolak kerajaan yang sapu tanah rakyat! SUMBER
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...