JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, June 16, 2014

Zahid Hamidi lupa nak beri Amaran kepada Samseng di Sabah

Gagal memberi perlindungan dan 
keselamatan kepada rakyat

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pernah memberi amaran kepada kumpulan kongsi gelap atau samseng supaya tidak campur tangan mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan...  beritanya di sini

Malang sekali, samseng di Sabah ni tak penah akur dengan amaran Zahid walaupun dah banyak kali dia memberi jaminan : Sabah selamat...Bayarlah sahaja wang tebusan senyap-senyap macam hari tu di sini dan di sini

Dua Lelaki Diculik Di Kampung Sapang Semporna 
SEMPORNA: Dua lelaki, seorang penjaga pusat ternakan ikan dalam sangkar dan seorang suku kaum Suluk dilarikan oleh dua lelaki bersenjata di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, di sini tengah malam Ahad.
Menurut laporan awal, penjaga pusat ternakan itu dipercayai bernama Chan Sai Chiun, 32, berasal dari Perak dan lelaki Suluk itu yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an.;Mereka dikatakan diculik kira-kira pukul 12.40 tengah malam tadi di pusat ternakan ikan milik syarikat Davel Bay di sini.
 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Omar Mamah mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi Bernama.
Ini merupakan kes penculikan ketiga di kawasan pantai timur Sabah tahun ini.
 Pada 6 Mei lepas, lima lelaki bersenjata menculik seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China di Pulau Baik di Lahad Datu, sebulan selepas seorang pelancong wanita warga China diculik di sebuah resort di Semporna. SUMBER

Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...