GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, July 25, 2014

Abdul Hadi sokong Abdul Khalid Ibrahim

MARANG, 25 Julai – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

 “Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza.

 “Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di sini hari ini.

 Menurut Abdul Hadi, hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

 Katanya kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.

 Sebelum ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.

 Abdul Hadi berkata alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar.

 “Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan-alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal. “Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau,” tegasnya.

 Ditanya sama ada keputusannya itu bakal melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang, beliau berkata: “Itu perkata mendatang dan kita boleh berbincang dan berunding. PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dan pendapat berbeza itu sudah biasa sejak dahulu lagi”.

 Apabila diajukan soalan bahawa pendirian beliau itu dilihat seolah-olah PAS cuba menghalang apa yang didakwa sebagai jalan terakhir untuk Anwar ke Putrajaya, Abdul Hadi menyangkalnya sambil menyatakan perjuangan pakatan pembangkang bukannya perjuangan peribadi tetapi pejuangan untuk rakyat.

 Berhubung adakah PAS berhasrat mengajak Abdul Khalid menyertai PAS, beliau berkata pihaknya tidak berhasrat berbuat sedemikian.

 “Itu bukan cara kita dan sejak awal lagi walaupun kita (PAS) punyai 15 kerusi DUN, yang lebih daripada PKR, kita (PAS) beri kepada PKR (kerusi MB di Selangor) kerana kita sudah ada Kelantan (diperintah oleh PAS),’ katanya sambal menyatakan kesihatannya kini semakin baik dan tetap mengikuti perkembangan politik semasa.

 Abdul Hadi sebelum ini menjalani pemeriksaan perubatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Turki bulan lepas.

 Ketika ini PAS mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor manakala PKR (14) dan DAP (15). – BERNAMA
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Hadi ni sama je dgn din ayam........,masih UG TEGAR....dan buta perangkap.

Anonymous said...

lu nak cakap apa? dlm majlis syura PAS boleh dikata semua mau UG kecuali TGNA jer...

tgk la budak2 geng Din Ayam dan geng Teganu...mana mau respect TGNA...

rmj said...

Hadi nie dah patut di tolak dalam PAS keputusan meletakan Calun di Kota Damansara telah menampakan sikap beliau yg x sekata dlm PR, Sepatut nya time tue dah ada perbincagan menolak kepimpinan nya...

Skg dlm kes TSKI PKR nk dia berhenti dari jadi MB..so klu ikut biasa .,Parti dlm PR ikut saja...hak mereka...

Ini menyibuk..at last UMNO(BN) dapat kuasa mcm di Kota Damansara..

Punca nya Malaun nie lah..

Maaf yer...mcm mne x marah...kita dh berjuang lama dlm PAS..tau tau..dia buat onar ..mcm Datuk Asri dulu..meninggal di luar Jemaah..(PAS).

Roslan Mohamad said...

Dia tak dpt baca ke kenape Umno tetiba umno beriya iya menyokong TSKI..

Anonymous said...

Minta TGHH bagi tahu siapa adviser-advisernya. Kelihatan politiking murahan bermuka-muka dengan PR menaruh harapan MB akan jatuh ke tangan PAS...... dengan sokongan Sultan. Perangai Terengganu dan Kedah yang akan membawa bencana pada PR. Dan kerana ada takut dan segan dengan TSKI kerana sebab-sebab tertentu...(itu kena cari sendirilah...). Tengoklah nanti bila UBN menguasai Selangor, senang tak nak buat program di surau dan masjid seperti apa berlaku di Perak kini. Petanda UG is still brewing and in the making.....Tan Sri Abdul Hadi lah lepas tu nanti....

hazri abdullah said...

Apa nak dikatakan lagi....hj hadi masih seperti dulu juga..tak pernah nak berubah dalam membuat kenyataan dan pendirian yang bercanggah dengan prinsip pemuafakatan dalam PR....dan dengan pendirian yang terbaru berhubung isu pertukaran MB Selangor kali ini telah memberikan keyakinan kepada aku bahawa kenapa Terengganu tidak mampu dikekalkan di bawah PAS dahulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...