GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, July 26, 2014

Kenyataan Hadi itu bukanlah keputusan parti - Ketua Penerangan PAS

 Ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika ditanya mengenai laporan Bernama yang menyebut, Hadi menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor, beliau berkata kenyataan Hadi itu bukanlah keputusan parti.

 Ini kerana hal pertukaran menteri besar itu hanya bakal dibincangkan di peringkat PAS Pusat selepas hari raya ini.

 "Saya tak tahu pun. Lepas Raya baru kita mesyuarat (hal ini)," kata beliau DI SINI
Menurut sumber di sini ~ Haji Hadi telah diberi taklimat hasil mesyuarat berkenaan dan telah setuju dengan sikap yang diambil iaitu Pas akan membuat pendirian berhubung cadangan PKR untuk menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah itu. Pas bersetuju cuma akan menentukan calonnya dalam mesyuarat tertinggi Pas selepas hari raya.
Alih-alih Abdul Hadi membuat kenyataan songsang yang memalukan Mohamad Sabu dan juga pimpinan Pas lain yang telah menerima konsensus PKR untuk menukar MB Selangor itu. 

15 anak ayam Selangor
Apakah mesyuarat selepas hari raya itu nanti hanya  akan jadi majlis angguk-angguk macam anak ayam sedang patuk-patuk makanan?

Kita lihat siapa yang berani nak  geleng-geleng nanti....
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Tukar presiden pas...ini yg terbaik..

Anonymous said...

Saya nampak keputusan TGHA ini bukanlah merupakan konsensus pari keseluruhannya. Saya juga merasa TGHA akan dicabar selepas ini. Beliau sudah meletakannya dirinya sebagai 'misfit' dalam politik pakatan pada masa ini.

Anonymous said...

Menilai dan memahami budaya rasuah patut mejadi subjek penting dalam parti dan juga ia perlu maklumat yang kemaskini. Ketidakfahaman ini membawa kepada kecelakaan dunia fan akhirat. Ciri di Malaysia amay merbahaya. Ini disebabkan rasuah bukanlah disebabkan tekanan hidup seperti di Indonesia tetapi ia mejadi jaringan dan infrastruktur dari peringkat perancangan ke peringkat pelaksanaan berbanding dahulu hanya berlaku di peringkat pelaksanaan.

Anonymous said...

TGHA kini makin jelas bukan "PM Material" untuk negara Malaysia. Gagal menanggap isu sebenar yang mempunyai impak besar. Tak faham kami bila TGHA kata yang TKSI tu tak khianat rakyat. Beliau gagal menyelami nadi naluri rakyat. Masa Terengganu di bawah dagunya pun dia tak nampak kelemahan dan kesombongan tindak-tanduknya dan Exco-Exconya. Dasar perangai sombong dan sumbang tak menentu....

Anonymous said...

TGHA mesti meletak jawtan!!!. Seorang tokoh ugama. Bertopengkan ugama demi kepentingan diri, anak2 dan menantu. Letak jawatan adalah muktamad sebagaimana prof Aziz bari sarankan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...