GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, July 27, 2014

Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz itu adalah bohong si dajal


Pihak admin facebook Nik Abdul Aziz Nik Mat cuba menutup bangkai gajah dengan daun pisang sehelai? Admin tersebut bertujuan untuk bekap Haji Hadi yang jelas telah Mengkhianati Pakatan Rakyat dan AJK PAS Pusat dengan memperalatkan facebook tersebut.

Berikut adalah kenyataan yang kononnya dari Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat melalui facebooknya :


 Saya tidak pasti siapa sebenarnya admin facebook Tuan Guru itu. Tetapi saya berasa amat sangsi untuk mempercayai bahawa kenyataan itu adalah dari buah tutur  Tuan Guru sediri.

Ada sahabat blogger yang mendakwa bahawa itu adalah kenyataan Nik Abduh!, anak Tuan Guru sendiri. Allahu a'lam.

 Terlebih dahulu saya menjemput kalian untuk menghalusi tiap butir ayat yang tertulis berikut yang kononnya adalah kenyataan TGNA :
PAS : Bahtera Yang Ada Nakhodanya
 Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas isu Menteri Besar Selangor memandangkan kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan yang entah sempat atau tidak kita bersua dengan Ramadhan di tahun hadapan. Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT.
 Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Ramadhan yang sepatutnya digunakan untuk masing-masing menumpukan perhatian kepada ibadah menjadi masa untuk kita berpolemik. Seolah-olah kenyataan Tuan Guru Presiden itu tidak memadai, maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan. (Seterusnya kalian boleh ikuti di sini)
Saya ingin mengajak kalian meneliti dengan cermat perenggan kedua kenyataan diatas :
 ....saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor........ maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan. 
Kalaulah benar TGNA telah ditanya bertubi-tubi oleh pihak media  sehingga di asak untuk mengeluarkan kenyataan sebagaimana yang didakwa itu, soalan saya ialah : 

1) Kenapa Tuan Guru Nik Aziz tidak membuat kenyataan itu melalui sidang media     bersama pihak media yang mendesaknya untuk buat kenyataan? 

2) Bukankah membuat kenyataan melalui sidang media bersama pihak yang             bertanya bertubi-tubi itu   merupakan respon yang sewajarnya?

3) Perlukah Tuan Guru  melayan pertanyaan 'bertubi-tubi' itu hanya melalui               facebook?

4) Apakah soalan-soalan yang dikatakan bertubi-tubi itu?

Kepada admin facebook TGNA, sorilah brother, aku tidak sebangang itu untuk mempercayai temberang kamu itu. Aku akan percaya hanya apabila TGNA cakap sendiri dalam sidang akhbar dan menjawap soalan-soalan yang pasti panas yang akan dikemukakan oleh pihak media.

Apa yang kamu tulis semata-mata mahu menyokong pendirian Hadi itu adalah tidak ubah sama sepertimana sokongan puak-puak Umno terhadap Khalid di sini
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Apa pun dah nampak retak dah dek nak tukar MB sedangkan jawatannya berlangsung penuh stabil. Kocaknya pada dalam cawan PKR aje. ini pandangan ikhlas dari saya.Apa pun kalau tak tukarpun kami selesa dgan MB khalid. Ada faham ker?

Anonymous said...

Kalau perpecahan berlaku sang penulis akan mendapat saham yg x putus2. Tahniah

Anonymous said...

Syabas pak usin sebab tak wala' sangat hehehe. Jgn terpedaya dgn puak UG. Itu puak dajal.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Saya tidak memihak sama ada Khalid Ibrahim perlu ditukar atau terus dikekalkan.Hanya saya ingin lihat isu ini perlu dilakukan dengan beradab.Ada tatacara dalam jemaah yg perlu diikuti, tidak kira kamu Presiden atau ahli biasa.Parti bukan mak bapa kita sendiri yg punya, tetapi jemaah.Tata-urus jemaah perlu dihormati oleh setiap kita.Nakhoda kena pastikan tata-urus itu dilaksanakan dgn baik.Tapi kalau Nakhoda sendiri yg melanggarnya, nak wala' apa?

Alhusseyn Alhusseyn said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Khalid mesti ditukar. keengganan dia utk menjelaskan isu dia dpt diskaun juta2 dr bank umno menunjukkan ada yg dia sembunyikan. lebih2 lagi setelah diskaun tersebut dia telah buat perjanjian perstrukturan air yg amat berat sebelah dgn pusat. sehingga kini pusat masih enggan utk menggunakan akta utk ambil alih sykt konsesi kroni yg jelas melanggarkan perjanjian tsb.
Khalid juga tlh meluluskan projek Langat 2 dan Kidex yg dibolot oleh umno juga. semua ini dibuat tanpa mensyuarat exco.
WOI KHALID GAGAP! sbg pemimpin there is NO PERSONAL about yr life. kalau nak personal jgn jadi pemimpin rakyat.
Deepak sihindu pun dpt diskaun juta2 dr bank umno.
Pas tidak layak utk menentukan keadaan diSelangor. Pas telah hilang kelayakan apa DUA negeri diberi pada umno.
Azizan and the gang. ko tanggunglah segala maksiat dan kezaliman umno Kedah dan Terengganu sekrg.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...