GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, July 07, 2014

Menteri yang terkantoi-kantoi ...

Menteri Pendidikan Malaysia, Muhyuddin Yassin patut berasa malu dan bersaralah dari jadi menteri!

Selain isu 13 Mei yang dijajanya mendapat kecaman orang ramai, isu pemecatan Profesor Dr Ridzuan juga masih menjadi topik hangat perbualan dimedia rakyat.

Apa yang jelas, bahawa Menteri ini sudah dikantoikan apabila pihak kementeriannya mendakwa bahawa persaraan Profesor Dr Redzuan Othman itu hanyalah prosedur biasa sebagai tamat tempoh kontrak. Baca laporan di sini

Tetapi Dr Redzuan menyangkal dakwaan tersebut dengan menyatakan  bahawa pada 28 Disember tahun lepas, dia menerima surat yang menyatakan bahawa beliau akan terus sebagai pengarah UMcedel dari 2 Jan, 2014 hingga 31 Disember, 2014. 

"Kontrak saya sebagai pengarah UMcedel berakhir pada akhir tahun ini. Saya tidak akan bersara lagi," Katanya di sini  


Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya (UM) sebagai tanda solidariti dan simpati diatas penyingkiran Dr Redzuan itu.




Terbaru adalah pendedahan oleh bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM) bahawa beliau sering diganggu Putrajaya kerana penemuan pusat kajian universiti tersebut, menguatkan dakwaan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak puas hati dengan hasil kerja mereka.

 Profesor Tan Sri Dr Ghauth Jasmon yang sebelum ini memegang jawatan naib canselor universiti awam tersebut dari 2008 hingga 2013 berkata, ahli politik kanan pernah memarahinya kerana tidak mengawal Profesor Datuk Dr Redzuan Othman, bekas pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).

 "Sebenarnya, political masters sangat marah dengan saya kerana Profesor Redzuan," kata Ghauth kepada The Malaysian Insider melalui khidmat mesej WhatsApp. - Baca lagi : di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...