JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, July 31, 2014

PAS sudah sekian lama keruh dihulu.Buanglah yang keruh itu ...

Mantan PJ Perak, Ustaz Ahmad Awang menerusi laman blognya pada Jun 19, 2009 telah menggesa supaya diadakan perhimpunan khas berhubung isu Kerajaan Perpaduan yang telah  menjadi panas semula apabila Dato’ Seri Presiden selepas menyampaikan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam pada 5 Jun lepas, pada satu sidang media, Haji Hadi telah menyebut semula idea Kerajaan Perpaduan itu.

Ustaz Ahmad Awang telah mengupas isu tersebut dengan panjang lebar dan diakhir tulisannya itu beliiau menulis : 

 "....maka perlulah pimpinan tertinggi dari peringkat syura dan kepimpinan organisasi peringkat pusat dan negeri mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan cara-cara yang terbaik untuk menangani isu ini berlandaskan kaedah dan cara terbaik mengikut lunas-lunas Islam. Baca di sini.
TGNA melabelkan beberapa pemimpin tertinggi sebagai ‘Boneka Umno’
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abul Aziz Nik Mat, di suatu ketika sekitar Oktober 2009 dulu, pernah mencadangkan supaya mesyuarat agung khas diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin yang bermasalah. Baca di sini 

Antara saranan TGNA ialah, PAS “perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat.” 

“ Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas.”

“Tidak boleh jadi ni, kita duk ‘ghok-ghak’ (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana," Kata TGNA.

Demikian juga, Allahyarham Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib pernah mencadangkan satu muktamar khas diadakan bagi membincangkan cadangan kerajaan perpaduan

Namun Muktamar Khas yang di cadangkan itu tidak pernah kunjung tiba dalam dairi PAS. Ramai yang beranggapan PAS lebih suka menyapu sampah sarapnya kebawah tikar sembahyang, walaupun bangkai gajah sekalipun!

Apabila cadangan Muktamar Khas ditolak, Tuan Guru Nik Aziz pun hanya mampu berkata, “Jika ramai yang tak setuju Muktamar Agung Khas (EGM) tak apa... saya keluarkan fikiran saya, kalau setuju, Alhamdulillah," jelas Nik Aziz.

Saya bersetuju dengan Dr Mujahid Rawa yang pernah menulis : "Ia tidak boleh diselesaikan secara bertemu, peluk-peluk dan buat kenyataan yang masalah sudah selesai sahaja. Ia mesti dibincangkan secara terbuka oleh organisasi utama parti dan selesaikannya dengan cara yang baik." Lihat di sini

 Menurut Fasal 16 Bab Ke 5 Perlembagaan PAS, Muktamar Khas PAS boleh diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya : 

1. Dikehendaki oleh presiden atau

2. Permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atau

3. Satu pertiga daripada PAS Kawasan-kawasan. PAS perlu merelakan dan menyerahkan kepada organisasi untuk bertindak segera bukannya individu supaya dilihat terbuka dan bertanggungjawab.

Selagi PAS tidak berani membuat keputusan yang tuntas, selagi itulah masalah dalam PAS ini akan berterusan hingga tak sudah.

PAS sudah sekian lama keruh dihulu.Buanglah yang keruh itu, ambil yang jernih.
Comments
4 Comments

4 comments :

mohd zain said...

PAS x lyk joint PR slagi dipimpin oleh Haji Hadi. Apa yg org tua tu ader????? Printah tgganu pun x pndai.... Apa sumbangan dia pada negara stakat Ni? Mengkafirkn umno? Tuduh calon pkr jual pil kuda????

nyo komeng said...

Senario analisis yang kedua Dr Zuhdi dalam Perbincangan AJK PAS PUSAT!!!

PAS kan suka buka rahsia, suka dedah sana dan dedah sini. Mana boleh simpan kalau boleh semuanya nak diberitahu. Jika kesempatan, semua perbincangan dalam WHATSAPP PAS PUSAT akan disebar luas di internet untuk tatapan semua orang. Apa kata AJK Pas Pusat??

Jadi untuk itu saya berikan sanario analisis kedua... apa komen anda??

Senario analisis yang kedua:

Kalau kita keluar PR dengan sendirinya Kajang Move DS Anwar Ibrahim akan jadi Kubur Move bagi dia. DSAI boleh jadi professor dan pensyarah pelawat selepas ini. Beliau sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada politik Malaysia. Politik Malaysia akan jadi lebih harmoni.

...
Dalam PAS pula hubungan kita jadi lebih mesra, kerana sebelum ini kita terbahagi dua. Ada pihak yang kalau DSAI buat usul, belum habis ayat lagi, mereka dah kata "saya setuju Dato Seri". Agenda DSAI mereka usung ke sana sini. Sehingga mereka dikenali juak-juak DSAI dalam PAS oleh pihak satu lagi.

Bila PAS keluar PR DSAI tiada lagi sokongan. Kalau dia nak buat BERSIH, Himpunan KL, dia dan Kak Wan serta beberapa ratus orang sahaja yang melalak dekat Dataran Merdeka. DBKL boleh siap pelawa DSAI masuk ke padang dataran itu lagi. Kita pula tak perlu kerah ahli-ahli dari seluruh negara turun, ahli-ahli kita boleh makan kuaci di rumah.

Kita pula bila nak buat keputusan mesyuarat senang capai konsensus. Tidak lagi perlu ada membocori maklumat dalam mesyuarat. Sebelum ini bila kita mesyuarat, belum surah al Asr lagi maklumat dalam mesyuarat dah bocor. Ukhuwah kita jadi lebih terpelihara. Kalau ada ahli PAS yang idola nya DSAI, dia bebas lepas ini untuk keluar PAS sebab PAS dah tak ada hubungan dengan DSAI. Mereka tidak lagi jadi 'duri dalam daging' atau 'musuh dalam selimut' seperti yang didakwa oleh pihak satu lagi dalam PAS.

Dr Zuhdi Marzuki..

Anonymous said...

Setakat itu saja 'Dr' punya akal.... Dr ayam bak kata Labi...Kangkong

yasmine ecermoden said...

'Siapa lagi yg boleh diharap untuk memartabatkan syiar Islam klu bukan Dato' Seri Anwar Ibrahim'...sangka kita bila di'tanya pada POKOKkk'..

Dan Anwar jugak yg memartabatkan isterinya jadi MB..ketua kerajaan sebuah negeri...perg..ini strategi politik ka apa?. Dasyat..bukti nyata dia langsung tak respect pas dan apa yg tertulis pada kitab..

Kalau isu ini pun PAS payah nak letak pendirian..sahlah dah kalah sebelum berjuang..apa nak jadi saudara..ermmm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...