GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, July 01, 2014

Pelajar selar tindakan Kementerian Pendidikan


Pelajar Universiti Malaya menggesa Kementerian Pendidikan tidak merobek dan menjadikan universiti seperti sampah, selepas negara ini turut 'disampahkan'. 

Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) memberikan reaksi itu susulan tindakan Kementerian Pendidikan yang dikatakan menekan Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman sehingga beliau meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).

 Perkhidmatan Redzuan sebagai dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) universiti itu juga tidak disambung mulai hari ini walaupun dikatakan masih mendapat sokongan daripada rakan-rakan pensyarah di fakulti berkenaan.

 Menurut Fahmi Zainol,Presiden PPUM, sejak FSSS UM di bawah kepimpinan Prof Redzuan pelbagai kejayaan dikecapi, antaranya:

 1) FSSS UM merupakan fakulti ke-2 terbaik selepas Fakulti Perubatan dalam aspek pengambilan pekerjaan.

 2) Beliau mempunyai rekod cemerlang pernah dinobatkan sebagai dekan terbaik dan cemerlang di UM.

 3) UMcedel di bawah kepimpinan Redzuan yang juga merupakan pengasasnya berjaya menghasilkan kajian terbaik.

 Beliau mencabar Kementerian Pendidikan atau kerajaan sendiri menyatakan pusat kajian yang dimiliki yang mampu menandingi kualiti hasil kajian UMcedel.

 "Kajian Majlis Profesor Negara juga tidak mampu menandingi kualiti hasil kajian UMcedel," katanya di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...