JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Saturday, July 26, 2014

Tragedi Cinta Tiga Suku Pakatan Rakyat

Memang tidak salah untuk Haji Hadi berjumpa MB Khalid. Khalid dilaporkan kononnya dia rindukan bahawa beliau sudah lama tidak berjumpa dengan Hadi ...

Rupanya, bukan Khalid sorang sahaja yang menanggung rindu dendam, nak sangat ketemu Haji Hadi. Pemimpin PKR dan DAP sudah berbulan-bulan ingin menemuinya.

Mereka mahu membincangkan dalam kalangan mereka bagaimana mahu menggantikan Khalid dengan Presiden PKR yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tetapi Haji Hadi menolah usaha itu. Kesian, hajat mereka tidak kesampaian...

Betapa hancur luluhnya harapan, bila tup-tup kita semua dikejutkan oleh pertemuan mengejut antara Haji Hadi dan Khalid pada suatu malam yang hening di kediaman MB itu.

Tidak ubah seperti tragedi Cinta Tiga Segi yang biasa terjadi dalam alam percintaan muda-mudi...Tapi ini terjadi dalam alam kalangan mereka yang sudah lanjut usia dan mahu mentadbir negara....maka moleklah kita katakan ini adalah tragedi Cinta Tiga Suku?

Khalid sendiri yang dedahkan pertemuan tersebut melalui facebooknya.Kononnya pertemuan tersebut biasa-biasa saja, tiada agenda tersembunyi…..langkah yang sengaja Khalid buat untuk menyakat Anwar Ibrahim...



 Yang lawak sangat tu, Mustafa Ali yang mengekori Hadi dalam pertemuan itu menyatakan bahawa mereka tidak berbincang soal jawatan Menteri Besar....atau kepartian mana-mana pihak. Ewah! Ewah Cikgu Pah! 

Mustafa Ali sudah jadi macam Wak Dogol, Pak Lawak dalam wayang kulit tradisional. Kenyataan Cikgu Pa itu sangat lucu dan tetapi pelik. Dia mengingatkan kita semua kepada kisah Pak Kaduk yang menyorok wang dalam tanah, kemudian letak satu memo atas timbunan tanah itu - Di sini tidak ada wang! Kah! Kah! Kah!

 Kini semuanya sudah jelas.Pertemuan pada malam itu ada agenda politik. Takkanlah kerana keenakan juadah iftar pada malam itu begitu menyengat sekali hinggakan mesyuarat dengan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pun tak dapat untuk menghadirkan diri. Adakah semata-mata kerana mahu mengelak dari bertemu dengan MPPR?

Atau apakah benar Haji Hadi sudah kena ikat oleh Khalid? Bacalah cerita seterusnya  DI SINI
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Salam,

Memang Pakatan Rakyat ni cinta tiga suku gila pun. Walau ditengok dari aspek mana pun.

Wajib PAS menjadi tonggak dalam Pakatan Rakyat. Wajib PAS menjadi tunjang memimpin Pakatan Rakyat dan bukan dipimpin. Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.

Oleh itu saya menyokong langkah yang diambil Presiden.

Anonymous said...

Biniku Menteri Besar Selangor The Movie - Full New Movie 2014
Saksikan tayangannya selepas Hari Raya ini.

(Hanya di pawagam-pawagam sekitar Selangor)

Anonymous said...

Adakah syarei membayar puncakniaga lebih daripada yang sepatutnya kerana ia menggunakan duit rakyat? Sekiranya bayaran itu lebih. Ini pertanyaan untuk semua PAS, Dewan Ulama atau lain2 Dewan. Soalan ini akan menetukan pendirian al wala' dan lai lain.

nik erin said...

Penyakit hati betul puak2 yg taksub dgb parti Melebihi agama.yg mana kna dgn nafsu mereka sokong n pertahankan.yg x kena dgn nafsu depa,mereka caci,hatta pemimpin mereka sendiri yg bergelar ulamak.BERAT sungguh penyakit hati puak2 taksub ni.politik democrazy dah terang2 ciptaan yahudi utk pecahkan umat.tapi mereka ni buta HATI

Alhusseyn Alhusseyn said...

nik erin, Islam tidak mengajar penganutnya mengamalkan perangai diktator. Sebab itu kalau imam ketika dalam sembahyang melakukan kesilapan, maklum perlu tegur.Kalau degil juga buat kelaku gitu juga atau imam gagal melaksanakan tugas imam yg sepatutnya, makmum boleh mufaraqah dan ganti imam yg lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...