GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, August 14, 2014

2 Adun PAS memilih untuk menghormati keputusan muktamar PAS


Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta supaya semua ahli mematuhi arahan dan tidak membuat sebarang keputusan yang membelakangi parti.

 Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan dua ADUN PAS,  Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor hari ini. Beritanya di sini

Beliau tidak pula melarang 4 exco PAS dari menyokong Khalid yang telah dipecat oleh PKR kerana tidak mematuhi arahan parti tersebut.

Dua Adun PAS itu tentu pening dan keliru, samada mahu mencontohi perangai Khalid yang engkar arahan partinya, atau nak ikut cakap Tuan Ibrahim? Kah! Kah!

Kalau ikut cakap Tuan Ibrahim, akhirnya mereka kena juga ikut cakap Khalid yang tidak mahu ikut cakap partinya hingga kena pecat! 

Akhirnya 2 Adun PAS tersebut mengambil keputusan yang tepat dan bijak. Mereka memilih untuk menghormati keputusan muktamar PAS yang sudah diputuskan melalui tiga muktamar PAS yang berturut-turut agar hubungan dalam Pakatan Rakyat diperkukuhkan. 

Untuk terus bersama dengan Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008. 
Comments
3 Comments

3 comments :

Haji Jamaludin Haji Ariffin said...

Dengan Nama Allah SWT
Ini wakil rakyat (Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) yang terang terang nampak kebiadapan mereka . Pertama derhaka kepada titah Sultan Selangor , kedua membelakangkan arahan parti PAS . Kepada rakyat negeri Selangor berhati hati dengan dua wakilrakyat dari ADUN PAS ni boleh ditariff sebagai mangkok hanyun punya orang . Kemarok macam DS Dr Wan Azizah pulak.
Sepatutnya dua mangkok hanyun ni tanya kepada DS Dr Wan Azizah sama ada DS Dr Wan Azizah sokong untuk melaksanakan HUKUM HUDUD di negeri SElangor dan adakah DS DR Wan Azizah tak akan letak jawatan ( sekira menjadi MB SElangor) bila suaminya tak di sabitkan kes liwat oleh Mahkamah . Dulu bila suaminya kena penjara DS DR Wan Azizah bertanding di Permatang Pauh bila dah menang pilihanraya dan mula lah letak jawatan dan beri laluan kepada suaminya ??? Sampai bila DS DR Wan Azizah nak main tarik tali dengan suaminya untuk menjadi wakil rakyat ???
Dimana komitmen dari ADUN/A.Parlimen PKR dan ADUN /A.Parlimen DAP semasa Pas usul HUKUM HUDUD di parlimen tempoh hari ??? Sampai bila ahli PAS nak cebok bontot DSAI???

Anonymous said...

Keputusan muktamar memang alasan yang cantik tapi membelakang jemaah tepat juga ke? Ikatan dengan result muktamar tidak kekal sekiranya PAS tidak dihormati oleh rakan. Sampai bila nak jadi bodoh kena buli dengan rakan parti lain. Baik hidup bersendirian.

Anonymous said...

Tn hj berbicaralah sebagai seorang haji.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...