GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, August 26, 2014

Akhirnya pecah sudah tembelang ....



Haji Hadi akhirnya tanpa berselindung dan malu, telah menunjukan sikapnya yang sebenar  bahawa dia sangat menyakini bahawa gagasan pembentukan kerajaan perpaduan yang dicetuskannya itu dulu bukanlah retorik semata-mata. Ia adalah suatu pendirian politik yang tegas ..... 

Walau pun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah suatu ketika dulu secara terbuka membidas bahawa mereka yang mempertahankan kerajaan perpaduan merupakan "boneka-boneka Umno".

Gelagat Haji Hadi ini hanya akan memecah belahkan PAS menjadi dua kumpulan, yang pro- dan yang anti-kerajaan perpaduan.

Kepada mereka yang masih mempertahankan Haji Hadi sebagai manusi suci, bacalah pendedahan di sini seterusnya :
AKHIRNYAAA!!!!!!
 Rupa2nya Dr. Zuhdi Marzuki hanyalah tukang sampai sahaja.
Masej wassap beliau tempoh harisebenarnya adalah berasal dari Presiden PAS sendiri.
 Mesyuarat AJK PAS Pusat hari ini menjadi bukti. Mereka yang hadzir menjadi saksi di hadapan Allah dan para Malaikatul Muqarrabin. 
 Ia bermula apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada Presiden adakah benar perkhabaran Presiden dan SU Agung telah mengadakan pertemuan dgn Azmin Ali.
 Presiden mengatakan perkhabaran itu benar. Kalau PKR boleh curi wakil2 rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama.
 AJK yang sama bertanya lagi apa isi kandungan perbincangan dgn Azmin. Dijawab Azmin diajak masuk PAS bersama-sama dua atau tiga orang lagi ADUN PKR.
 AJK yang sama menyambung pertanyaan kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang ADUN PKR bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?
 Belum sempat Presiden menjawab dicelah oleh seorang AJK lain, adakah Presiden bersetuju untuk bekerja sama dengan UMNO.
Lantas Presiden menyatakan persetujuan malahan Presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan. 
Ertinya Presiden PAS telah mengkonfirmasi kepada seluruh AJK PAS Pusat akan sokongan terbuka beliau kepada Kerajaan Perpaduang UMNO-PAS.
 Juga, Presiden telah mendedahkan akidah Presiden yang terbaru yakni nasionalisma Melayu. Dengan kata lain Presiden PAS telah pun menukar aqidah beliau dari Islam yang syumul kepada Nasionalisma Melayu.
 Apa2 pun penahahan surat sokongan kepada Wan Azizah adalah selari dgn kehendak UMNO dan Barisan Nasional serta Najib dan Rosmah.
 Sila rujuk kepada mana2 AJK PAS Pusat yang hadzir dlm mesyuarat tersebut untuk konfirmasi.~ Tulang Besi Malaysiawaves
Comments
16 Comments

16 comments :

Anonymous said...

laaa serban sama besaq dgn bakui durian tapi ada hati lagi utk jaga kepentingan berasaskan bangsa??

guane mung ni Hadi?

balik jadi nelayan lagi baik kot.

Putra IJ80 said...

Klu dulu Almarhum Ustaz Fadil berdoa agar DM panjang umut utk dia melihat kehancuran UMNO sebalik nya kita hampir melihat kehancuran PAS olh pemimpin nya sndiri..kita trsgt sdy.

Anonymous said...

UG, hidup UG.....
Kena tipu lagi.
Dulu kata lain sekarang kata lain...Dulu asobiah salah sekarang asobiah ok....aaaaa confuse aku.

Anonymous said...

Aslkm.

Aik? Siapa yang dah lari akidah ni, pakcik ke haji hadi?

Kerjasama pkr-pas-dap adalah satu cara atau strategi, bukannya tujuan. Kenapa mesti dipertahankan MEMBABI-BUTA?

hadi guna al-quran dan sunnah utk mempertahankan keputusan, pakcik guna janji pakatan, hormati kawan untuk mencela keputusan dia. Agak-agak pakcik, siapa yg patuh ALLAH dan patuhlah rasul, dan siapa pula jaga hati kawan lebih penting dari jaga agama?


Wanita tidak boleh menjadi ketua kecuali tiada lelaki yang berkelayakan. itu pandangan ulama' terkenal, dr yusuf qardawi. Ulama'2 lain tak membenarkan langsung.
sedangkan ALLAH telah memberitahu kita dalam al-quran lelaki lebih utama daripada wanita. Rasulullah telah memberi amaran bencana sekiranya wanita di angkat menjadi pemimipin.

Ada lebih dari 10 orang adun lelaki islam dalam pakatan rakyat, tetapi kenapa berkeras pilih wanita?

Pakcik ni hamba ALLAH, atau hamba pakatan rakyat?

dulu yg dok bising2 nepotisme adalah anwar, sekarang dia buat nepotisme pakcik ikut bulat2. pakcik terlupa ke saja-saja buat lupa?

How convenient.

Anonymous said...

pendedahan dr rkn karib presideng pas - Malaysia today.

PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang yesterday told a stunned central committee meeting that he had offered Azmin Ali to join the Islamist party with a few of his PKR members to form a unity government with Umno in Selangor.

But, the meeting was told that PKR deputy president Azmin had turned down the offer.

“If PKR can steal PAS assemblymen, then PAS can also do the same,” Hadi had allegedly said.

BILA MASA PKR STEAL ADUN PAS? MEREKA YANG SUKARELA MENURUT KEPUTUSAN MUKTAMAR PAS. SIKAP BURUK TAK HABIS2 SEBAR FITNAH.

Anonymous said...

Itulah dia perkara sebenar,makin kuat pengaruh anwar makin kuat lah pr,sebab itu belum apa-apa lagi kena cantas wan azizah dulu supaya pengaruh anwar dpt dibendung,pas memang kroni umno dari dulu kini dan selamanya cuma belangnya akan keluar untuk waktu-waktu tertentu atau kritikal sahaja.Kesian ahli-ahli pas diakar umbi yg telah ditipu tanpa sedar oleh pemimpin mereka.

otaklunyai said...

nauzubillah hi min zalik... semoga tidak berlaku apa yang dibimbangkan... sudah pernah ditikam dari belakang oleh simunafik. jangan ulangi kesilapan yang sama, tuan guru...

ss said...

nak jaga melayu sangat masuk je la umno.

Anonymous said...

SIAL.!!!!

anonymos said...

Bukan kah sudah di nafikan kenapa nak di uwar2kan lagi. Cukuplah memfitnah dan mengadu domba dan memburuk buruk ulama.

Anonymous said...

Jangan tertipu dngn penulis blog ni.kesahihan berita bolehkah dipercayaie

Anonymous said...

Dgn ini saya mengesahkan bahawasanya ianya adalah dusta.....wassalam...

Anonymous said...

Harap maklum....Pakcik ni antara salah seorg bloggers yg berpakat menjatuhkan presiden dan ada lagi .... tujuan memohon supaya presiden berundur... tunggu dan lihat apa lagi onar mereka selepas ini...

Anonymous said...

Rakyat & pengudi PR sedang memerhatikan secara serius gelagat pemimpin atasan Pas terutamanya di dalam menangani isu @ kemelut di Selangor kini. Setiap kenyataan/keputusan yang di ambil oleh pimpinan atasan Pas jelas tidak konsisten dan membelakangi rakan parti PR serta berdolak-dalik. Tindak tanduk Pas kebelakangan ini sedang dinilai oleh rakyat dan natijahnya akan sama-sama kita saksikan di peti2 undi PRK & PRU yang akan datang.. ayuh kita saksikan senario ini.

Anonymous said...

Itu dibuat begitu supaya musuh islam terutama orang kafir melihat melayu or islam berpecah dua tapi hakikatnya dua 2 parti politik ni berjuang utk melayu supaya orang melayu yg cenderong pada kemodenan menyokong umno dan yg lebih kepada kesederhanaan menyokong pas.sebab orang cina pon lakukan benda yang sama. .Yang gilakan duit iaitu golongan peniaga sokong mca dan yang dap pulak tugas dia kepada integriti sebab tu segala bapak lawyer dok dalam tu contoh karpal singh jadi bangsa dia dalam apa keadaan pon tetap untung. Sekarang bila diorg da kaya raya diorang tak perlu oada mca sebab tu diorang alih pada dap sebab dgn bantuan pkr dia boleh amik alih kerajaan makaysia supaya lebih senang dia nk ubah perlembagaan yg menghalang bukan islam perintah negara. Tapi umno gn pas bukan bodo sangat cuma kerana duit je apa yg dimiliki boleh tergadai. Nk tau tuhan yang manusia banyak sembah sekarang ialah duit. .Ada otak Fikir. .

Anonymous said...

Tak pelik pun selepas ini haji hadi bin isi borang UMNO spt Asri dulu...ini lah pekena nila yg telah di merosakkan imej susu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...