GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, August 13, 2014

Amaran Husam jika PAS keluar Pakatan Rakyat

Jika PAS keluar Pakatan Rakyat, parti itu memerlukan tiga dekad bagi membetul dan meyakinkan orang terhadap parti itu seperti yang mereka kecapi ketika ini, tegas Naib Presidennya Datuk Husam Musa.

 Menulis dalam laman Facebooknya semalam, Husam berkata ia merupakan pengalaman yang dilaluinya sewaktu beliau muda yang mana ketika itu PAS bersendirian dan keluar daripada BN lewat tahun 1970-an.

 "Saya muda masa tu, lihat seolah PAS tak ada masa depan. Bertanding kalah, Kelantan yang kuat pun tinggal dua kerusi. Tapi yakinlah bahawa Syed Qutb pernah sebut; al-Mustaqbal fi hadzad deen (masa depan hanyalah untuk Islam).

 "Sekarang dah berbeza, kita jauh lebih baik dari dahulu. Tapi kalau ada yang kata keluar PR (Pakatan Rakyat) lebih baik saya tak tahu la. Saya dah berumur, tak ada masa nak patah ke belakang, dan buat salah dan perbetul balik.

 "Tapi jika ada adik-adik atau anak muda yang rasa lebih baik PAS keluar PR, saya tak pasti. Percayalah kita perlu 30 tahun nak betulkan dan yakinkan semula orang ikut PAS. Pada saya situasi sekarang lebih baik," katanya.

 Beliau mengulas berhubung spekulasi Pakatan akan pecah dan PAS akan meninggalkan gabungan parti pembangkang itu ekoran krisis menteri besar yang semakin meruncing.

 Hanya PAS dan wakil rakyat dalam DUN Selangor yang masih belum membuat keputusan sama ada menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar. SUMBER
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

Anda hampir betul husam tapi segalanya boleh berlaku.apa yg pasti kita telah korbankan terlalu utk pas menjadi seperti hari ini,kenapa kita nak musnahkan?utk ustaz zuhdi tolong diam boleh x?

abuamir said...

Sokong 100% kenyataan Husam, ingat PAS menang atas sokongan PR terdiri dari org melayu, cina & india. Bila bersama umno atas dasar melayu PAS akan hancur sebab kita perjuangkan Islam bukan melayu. Bila PAS khianat kpd org cina & india mereka akan ingat sampai bila2.Kita negara majmuk sama macam Madinah zaman Nabi SAW dulu. Madinah maju & hebat atas dasar Islam bukan bangsa. Jgn khianat kpd pengundi PR.

Baginda Ali said...

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. Hujuraat : 6

"Celakalah mereka yang mengumpat dan memfitnah" Al-Humazah : 1

"Orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Allah mengetahuinya, sedang kamu tidak mengetahui." An-Nur : 19

Amalan para sahabat dan solehin mereka akan sentiasa memohon kehadrat ALLAH petunjuk dengan Istikharah, Bangun Istikharah lah jika mahu petunjuk kebenaran

Anonymous said...

percaya dn yakin hanya kpd allah...jd lh spt al qassam...

Tahniah said...

itu sebab TGNA syg husam. kerana dia berpandangan jauh. inilah diperlukan utk menjadi pemimpin, bukan dangkal. memang betul berpegang pada hukum 'terbukti salah baru dihukum' tetapi biar dikaji situasi dn jelas mengenainya.

itu sebab ada ulamak umno kata takde jihad dipalestin, sebab berpegang pada hukum asas jihad tanpa melihat realiti keadaan pada hari ini.

kita bukan saja perlu kepimpinan ulamak tapi juga kepada seorg pemimpin yang bijak dan memandang ke depan serta menilai dgn memahami realiti secara halus.

walaupun dulu husam pernah berbaik dgn syiah iran dlm kerjasama budaya tetapi husam jg mengeluarkan kenyataan ulamak syria perlu dibantu dan diselamatkan kerana beliau sedar kejahatan syiah di syria.

syukur ada pemimpin PAS mcm husam

Alhusseyn Alhusseyn said...

Apakah kejauhan PAS di Trengganu dan Kedah sebab Haji Hadi terlupa nak buat solat istikharah?

Anonymous said...

hadi tak hebat sgt
menantu dia din ayam lagi hebat
byk kot duit dia keje ngan khalid
jenis mata duitan rupanya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...