GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, August 19, 2014

Andainya Sultan menolak WAWI ...

Kemelut Menteri Besar di Selangor telah menyajikan kepada kita beberapa kejutan diluar dugaan ketika sampai di round-about lalu membuat 'pusingan U'. 

Akan ada lagikah yang akan melakukannya? Badut-badut sedang berkeliaran nak buat persembahan sarkis... aku ulas hujung nanti....

Saya ingin mengajak kalian mengamati 'pusingan U' yang telah berlalu sebagai rakaman sejarah rujukan masa depan... 

 Pertama jom lihat gambar yang menarik ini.Semuanya nampak gembira setelah PAS mengambil keputusan sebulat suara untuk tidak menyokong Khalid sebagai menteri besar dan meminta nama Azmin dicalonkan bersama dengan Wan Azizah bagi jawatan tersebut.


Beberapa AJK PAS mengadakan sidang akhbar mengumumkan keputusan mereka. 

Tapi dimanakah Tuan Presiden? Kenapa beliau tidak bersama untuk berdepan dengan wartawan supaya ditanya beberapa persoalan yang saya percaya ramai yang ingin tahu apa sebabnya tetiba sahaja telah bersetuju untuk menukarkan Khalid dan menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon pertama, disamping nama Azmin Ali untuk menggantikan Khalid sebagai MB.

 Tentu ramai yang ingin tahu kenapa semudah itu, TGHH buat 'pusingan U' tanpa cuba mempertahankan pendiriannya yang sebelum ini menyokong Khalid.
Atas perkiraan siasah semasa dan syariah, Presiden mencdgkan WAWI sebagai calon pertama dan nama itu dicdgkan oleh PKR sendiri dan Azmin Ali sebgai calon kedua dan tanda tolak ansur PAS setelah umum mengetahui Sultan Selangor enggan memberi perkenan kpd WAWI.

Presiden bertanya pd pandangan ahli mesyuarat. Serentak kami bersetuju dgn menyatakan setuju. Ada yg angkat tangan tanda setuju dan ada yg ketuk meja menyokong. Tiada yg membantah. Bang Mat pun menambah bhw misi utama Pas adalah kukuhkan PR dgn membawa cadangan tersebut. Keputusan itu akan dibawa ke dlm mesy PR Pusat pd 5 ptg ini  
Sila baca catatan Muhaimin Sulam.
Selain tidak hadir untuk PC dan bersemuka dengan soalan-soalan dari wartawan, Presiden juga tidak sanggup bersemuka dengan pemimpin PR, sebaliknya hanya mewakilkan kepada Timbalannya, Mat Sabu untuk menyampaikan keputusan PAS dalam mesyuarat MPPP.Kenapa? 

Bukankah lebih manis jika Presiden sendiri turut hadir bermanis muka dengan Anwar dan LGE?
Presiden memberi alasan kenapa beliau tidak menyokong Khalid :

Presiden PAS menjelaskan Majlis Syura sebelum ini menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memandangkan ketika itu Menteri Besar Selangor masih lagi sebagai ahli PKR.

“Maka masalah itu sekarang tidak timbul lagi,” kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 
Sila baca sepenuhnya di sini
Terlebih dahulu saya ingin perbetulkan sikit mengenai kenyataan diatas.Sebenarnya, MSU sekadar menyokong kenyataan Haji Hadi pada 25 Julai lalu. MSU Pas bermesyuarat pada Rabu 6 Ogos dan dilihat menyokong kenyataan Haji Hadi tersebut. Kenyataan Haji Hadi antaranya adalah seperti berikut :

 “Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan-alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal. Sila baca di sini.




  Tiba-tiba TGHH buat 'pusingan U' dengan alasan hanya kerana Khalid kena pecat dari PKR:

".....menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memandangkan ketika itu Menteri Besar Selangor masih lagi sebagai ahli PKR.
“Maka masalah itu sekarang tidak timbul lagi,” kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 
Apakah hanya kerana Khalid dipecat dari PKR baru nak ubah pendirian awal yang dikatakan syarie itu? Saya cuma bertanya kepada yang faqeh; sebab sebelum ni Haji Hadi menegaskan :

“Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan-alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal.

 Sekarang ni ramai badut-badut PAS yang tidak berpuas hati setelah MPPP memutuskan untuk mempersembahkan nama WAWI seorang tu saja kerana Azmin telah menyatakan akur dengan keputusan partinya.

 TGHH sendiri telah menamakan WAWI sebagai pilihan pertama . Andainya Sultan menolak, PR masih ada pilihan kedua iaitu Azmin. 

 Sekarang ni hanya spekulasi sahaja yang mengatakan Sultan tidak mahukan WAWI.Hanya setelah pasti nama WAWI tidak diperkenankan Sultan, barulah PR persembahkan pula nama Azmin sebagai pilihan kedua... Apa masalahnya?

 Jangan-jangan badut-badut ini juga mahukan Azmin kena pecat macam Khalid baru nak tolak Azmin?  

Tolonglah wahai badut-badut sekalian, hentikanlah segera buat kelakar bodoh nih. Orang ramai meluat tengok hangpa semua, tau tak?
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Dari awal kemelut lagi aku dah kata yang presdiden ada kepentingan dalam koplik ini sebabnya mudah menantu ada jawatan sekarang jika MB ditukar selamtkah menantu aku, itulah persoalannya, dulu kes calun PRU13 siapa yang buat hal sejarah tidak pernah berbohong dengan kejadian yang berlaku dan lihat juga kes dibawa kemahkamah kenapa bila diminta bukti untuk diberi kemaafan tidak dibuktikan hingalah mahkamah menjatuhkan hukuman yang dituntut oleh penuntut.Inilah sebabnya presiden tidak hadir bersama jika hadir besar kemungkinan lain pula penjelasan diberi tidak seperti yang diputuskan dalam mesyuarat.

Anonymous said...

apa salahnya buat U-turn?

kadang-kadang sesuatu keputusan dibuat berdasarkan keadaan semasa. singkat ke atau panjang ke masa utk buat U-turn tu tak jadi masalah. yg penting keputusan tu utk kebaikan bersama.

naik kereta, kalau dah terlajak jalan, pusing laa. kalau ego taknak pusing takut2 nanti sesat jalan. pemandu yg bijak akan pastikan dia bawa kenderaan sampai ke destinasi. Walaupun kadang2 terlajak, itu perkara biasa.

Amuraria said...

parti islam semalaysia wajib cuci badut-badut sarkis ala badut umporno ni dari parti ! ABU !

Anonymous said...

Kita penyokong PR senak perut dibuatnya dengam karenah setengah pemimpin yang kononnya fakeh ni....jangan sekeh sudahla,sepatutnya mereka ni sedor diri sikit siapalah mereka tanpa sokongan kaum-kaum bukan islam semasa pru13 lalu,belajor-belajorlah muhasabah diri,rakyat jelak dengan kempen rhetorik perkauman umngok tu!syabas tuan atas kupasan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...