GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, August 02, 2014

Apa perkhabaran terkini Mazidul ye....?


Wartawan dan blogger terkenal Mazidul Akmal Sidek dilaporkan semakin agak tenat. Beritanya telah muat dinaik di satu ruang forum sejak Julai 24,2014 . Forumer cecite telah memuatkan gambar Mazidul yang sedang terlantar atas katil. (atas)

Kelihatan isteri dan anak lelakinya ada bersama (telahan saya, harap betul). Dilaporkan Mazidul Akmal diserang stroke.Separuh tempurung kepalanya dikeluarkan.

Forumer buzzin_urban menulis, Penyakit asal kena darah tinggi, makan durian terus kena stroke macam ni, operation, tempurung kepala dibuang separuh, otak diambil suku, simpan dalam perut utk beberapa ketika... then paralysed hingga hujung nyawa...

Seorang lagi forumer Tok_Batin telah membantu menjelaskan keadaan sebenar tentang maklumat terdahulu dari cecite dan buzzin_urban.

Tok_Batin telah menghantar gambar sebagai contoh dan menulis:

Ini yang aku faham/pernah baca, Orang yg kena stroke ni, berlaku pendarahan di otak/kepala jadi membengkak. Untuk mengelakkan keradangan, tempurung kepala dibuka sementara sehingga bengkak otak surut.

 Tapi tempurung kepala kena disimpan di bahagian badan kerna perlu sentiasa dalam suhu badan / darah. Takut rosak/sel2 mati. Sebab itu letak di perut, etc. sehingga diperlukan semula.



Mari kita doakan  dan maafkan dia beramai-ramai..semoga Mazidul sembuh dan sehat semula.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...