GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, August 13, 2014

Apakah Khalid Matlamat kita atau menumbangkan Umno?


Pakatan adalah kerajaan di Selangor. Khalid tidak berparti untuk mengepalai eksekutif! Dia bukan ahli dari mana-mana parti dalam Pakatan.

 Malulah kamu wahai Khalid! Kamu tidak ada maruah diri dan hanya mempamerkan dendam kesumat apabila memecat exco!

 Kerajaan yang dipilih adalah Pakatan. Kamu bukan dari Pakatan! Menyokong Khalid bermakna bermusuh dengan Pakatan! Dan ini hanyalah memanjangkan lagi hayat kumpulan rasis Melayu – Umno!

 Hanya dengan seorang Khalid, perlukah Pakatan dikorbankan? Begitu mudah untuk meruntuhkan suatu pemuafakatan yang pada mulanya dulu begitu bersusah payah untuk dibina.

 Sesudah mengharungi perjuangan yang pahit dan getir di Kelantan, Penang dan Selangor bersama rakyat , sama-sama memahami denyut nadi penderitaan rakyat bangsa Malaysia yang tertindas, tetapi akhirnya kecundang hanya kepada seorang egois. 

Umno hanya senyum tanda menang! Bahawa, tiada satu parti mampu untuk memerintah Malaysia! Jika anda tidak gemar kopi sebaliknya sukakan teh, janganlah jadi bodoh dengan memecahkan cawan yang ada ditangan kamu!

 Rakyat memerlukan Malaysia yang lebih permai.Tentunya Umno tidak dapat memberikannya. Perkukuhkanlah Pakatan, bukan Umno! Apakah Khalid yang seorang itu lebih penting dari Pakatan dan rakyat berbilang bangsa?

 Untuk menentang sikap rasis, melampau, kapitalis, kroni, rasuah, ketirisan, pembaziran, penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat atau adakah kita sedang menghulurkan Jeket Keselamatan kepada Umno untuk PRU 14 nanti?

 Demi kepentingan rakyat yang tertindas dengan kenaikan harga barangan dan GST, selamatkanlah Pakatan!

 Khalid bukan matlamat perjuangan kita, matlamat kita adalah untuk menumbangkan Umno dalam PRU 14 kelak!

 Tetapkan pendirian dan tumpuan dan terus bersatu bersama Pakatan, bukan bersama Khalid sipengkhianat itu!

 Terbukti jelas Khalid bukan untuk rakyat tetapi seorang yang pentingkan diri sendiri.Dia telah dipilih oleh rakyat melalui Pakatan. Hanyalah dia, Khalis seorang ini sahaja dalam dunia yang menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri tanpa mempunyai parti!

 Dalam masa yang sama, UMNO, PEKASAM , ISMA dan JATI mengorak senyum penuh tersimpul kepada PAS. Tunggulah langkah silap seterusnya yang akan menumbangkan Pakatan dalam PRU14 nanti. Oleh :  Nash Ar-Rawy
Comments
3 Comments

3 comments :

Amuraria said...

setuju 110& dengan tuan ! ABU !

Anonymous said...

Saudara,

Khalid Ibrahim kata kerajaan Selangor bukan kerajaan Pakatan Rakyat kerana ia hanya gabungan bukan badan berdaftar.

Oleh kerana itu moral Khalid lebih tinggi dari pemimpin PAS, PKR atau pun DAP yang masih berkhayal bahawa mereka berada didalam parti Pakatan Rakyat.

Walaupun Khalid hanya ADUN Bebas tapi dia telah mencipta sejarah dimana orang tidak berparti telah telah disokong oleh parti UMNO Baru dan PAS mengetuai kerajaan negeri Selangor yang dipekenan oleh Sultan Selangor.

Dalam kekalutan sekarang ini PAS masih mahu menunggu sehingga 17hb. Ogos 2014 untuk membuat keputusan sama ada terus menyokong Khalid atau menolak Khalid.

Kalau keputusan mesyuarat pada 17hb. Ogos itu berpihak pada Khalid akan menambah sakit orang ramai terutama sebahagian besar rakyat Selangor terhadap PAS.

PAS : Pemimpin Ana Subahat

xumno said...

tak benarkan parti didaftar lagi mulia drpd umno yg pernah diharamkan....walau pun didaftar dengan nama UMNO BARUa tp masih guna umno?

nk diikut kepala hotak umno semua boleh jika dia nk kuasa,jgn pandang belakang lagi lawan tetap lawan!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...