GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, August 22, 2014

Apasal Geng Sarkis masih nak putar Roda Impian ?


Jangan marah kalau Geng Sarkis masih lagi mahu terus memutarkan roda, walaupun PR telah sebulat suara mengambil keputusan menyelesaikan quiz Roda Impian berthemakan : 'Siapa bakal menggantikan Khalid sebagai MB Selangor.'

Apabila Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani pada 12 Ogos lalu membuat kenyataan bahawa Sultan Selangor tidak berkenan jumpa Wan Azizah, bagi membincangkan isu Menteri Besar , maka bergelodaklah spekulasi yang menyatakan Sultan tidak berkenan WAWI menggantikan Khalid sebagai MB Selangor.


Selain memberi alasan bahawa Khalid tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat, dengan adanya kenyataan dari Munir Bani, maka mulalah ditimbulkan beberapa sebab bagi menyokong tindakan Sultan yang dikatakan tidak berkenan dengan WAWI nampak wajar.

Antara sebab ditimbulkan adalah kerana WAWi itu perempuan, menyebabkan beberapa pemimpin negeri tidak selesa dan kononnya wanita tidak boleh jadi pemimpin di peringkat negeri.

Kemudian ditimbulkan pula alasan nepotisme kerana WAWi merupakan isteri kepada Anwar.

Hinggakan muncul berita WAWI bakal digugurkan dan digantikan dengan Dr Idris Ahmad, Adun Ijok yang diwarwarkan akan melembutkan golongan konservatif PAS yang tidak boleh menerima wanita sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim?

Mujurlah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menafikan khabar angin tersebut dengan menyatakan bahawa  PAS peringkat pusat tidak pernah berbincang untuk mencalonkan Adun Ijok itu. 

“Saya rasa itu adalah khabar angin sebab kalau betul mesti saya sudah diberitahu tentang ini,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Times (TMT) hari ini.

Dr Idris yang mungkin tidak mendapat maklumat mengenai penafian yang telah dibuat oleh Salahuddin yang tersiar pada 5 Ogos itu. Kalau tidak, mana mungkin sewaktu beliau ditemuramah pada hari berikutnya iaitu 6 Ogos, Dr Idris masih terperasan lalu menyatakan kesediaannya untuk diangkat sebagai menteri besar Selangor jika mendapat persetujuan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Saya berasa simpati dan kesian dengan Dr Idris.Bukan salah dia, tapi berita yang disibar oleh geng yang bencikan WAWI itu begitu menyakinkan sesiapa saja.

 AJK PAS Pusat yang bermesyuarat pada pagi 17 Ogos memutuskan menyokong penyingkiran Khalid sekali gus mengusulkan dua nama - WAWI sebagai cadangan pertama, dan Azmin Ali sebagai nama kedua.

 Pada sebelah petangnya, cadangan tersebut telah dibawa ke mesyuarat MPPR, dimana keputusan diambil untuk mempersembahkan kepada Sultan hanya nama WAWI seorang sahaja kerana Azmin Ali akur kepada keputusan partinya lalu menarik diri.

 Maka mengamuk sakanlah geng yang bencikan WAWI. TGHH tidak menghadiri mesyuarat tersebut. Mat Sabu yang hadhir....apalah malangnya nasibnya. Bertambahlah lagi gelaran untuknya.Tak semena-mena Mat Sabu kini digelar sebagai ayam daging pula!

Aku pun tidak puas hati kerana, TGHH tidak hadiri mesyuarat MPPR itu. Kalau beliau hadir, pastinya Mat Sabu tidak akan menjadi mangsa geng yang amat bencikan WAWI!

Mujurlah TGHH ada membuat PC bersama TGNA dan Mustapa Ali di Kota Baru pada keesokan harinya, 18 Ogos. Bahawa mereka menyatakan keputusan MPPR menamakan WAWI seorang tu sahaja tidak bertentangan dengan keputusan mesyuarat AJK Pusat.
3:55-4:59 ~ Wartawan: Sekiranya, minta maaf… diserahkan nama Wan Azizah, tidakkah bercanggah dengan…
4:00 – 4:06 ~ Mustafa Ali: Tak! Tak! Tak! Tak! tu… tidak bercanggah! Itu kaedah sahaja. (kedenganran TGHH turut ‘bertaktak’ dan mengatakan ‘tidak bercanggah’ juga) Videonya di sini
 Apabila Khalid Samad pada 18 Ogos membuat kenyataan berikut:

"Sebenarnya PAS mencadangkan Azmin kerana kita dapat maklum dari pihak istana kemungkinan istana tak sanggup terima Wan Azizah. Atas dasar itu kita cadangkan nama Azmin sekali. Baca    disini.

Kali ini Khalid Samad dicerca dan menjadi mangsa tohmahan :
Keesokannya pula, 19 Ogos, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat pula buat kenyataan yang sama seperti Khalid Samad -endedahkan kenapa keputusan partinya mengemukakan nama Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon alternatif menteri besar Selangor adalah disebabkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah mengadap Sultan Selangor dan dinasihatkan menghantar dua nama calon. - Baca sumber: Hadi pilih nama Azmin selepas mengadap Sultan

Pada 21 Ogos pula tanpa diduga, keluar pula kenyataan Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar :

Beliau berkata, Sultan Sharafuddin tidak pernah menitahkan Abdul Hadi menghadap baginda berhubung krisis politik membabitkan kerusi panas menteri besar.

"Pihak Pejabat Presiden PAS ingin membetulkan maklumat yang ditulis secara tidak tepat oleh Suhaizan seolah-olah wujud titah arahan tertentu oleh Tuanku Sultan Selangor mengenai isu menteri besar Selangor. Bacalah lagi Hadi Nafi Namakan Azmin Lepas Menghadap Sultan

Kesian Suhaizan Kaiat.Tentu dia terpinga-pinga macam kita semua. Apasal Geng Sarkis tu masih nak putar Roda Impian?
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Apa nak buat dah dasar berbohong dari kepala sampai ke usus. Sekarang damaged controllah, masih mengharap MB jatuh ke PAS dengan silat silau bermain istana. Buatlah apa kau nak buat lebai-lebai sekalian. Rakyat tidak sebodoh dulu-dulu. Ayuh perhatikan apa lagi yang akan keluar dari dalam serban tu buat sarkis dan magis.

Anonymous said...

Tunggu dahulu apakah keputusan istana,sementara tu diam boleh tak.....

Anonymous said...

Sekejap macam soalan. Sekejap macam pandangan.

Aku tak faham apa yang kamu tulis. Sebabnya aku baca sekali. Tok se nak baca berulang2 bagi faham...buang masa.

Anonymous said...

Itulah yang ada dalam PAS sekarang pemimpin atasan semua gila mikrofon media, pantang dihulur untuk diminta komen semua akan bercakap tapi entah apa yang dicakap pun tak tahu hujung pangkal KPP bercakap SU pejabat presiden sangkal Khalid Samad bercakap SUA PAs sangkal AJK pusat cakap AJK tatatertib sangkal , apa ini adakah dalam kepimpinan PAS semua boleh buat komen membuta tuli tanpa ada kawal selia dari AJK pusat sendiri atau telah menjadi satu kerekter pemimpin untuk menunjukkan pada ahli bawahan yang pemimpin telah hilah wibawa untuk memimpin sabuah organisani yang bernama parti. atau hanya untuk menjahanamkan pakatan dalam gabungan PR.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...