GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, August 06, 2014

Betulkah PAS mahukan Tengku Razaleigh jadi PM?

Dia tidak menafikan dakwaan Rafizi di sini adalah bohong. Dia juga tidak mengakui kebenarannya. Tetapi cuma kata Rafizi ni bodoh.Siapakah yang bodoh, orang yang bercakap benar atau bohong?

 Kita tidak tahu samada Rafizi bercakap benar atau bohong sebab Cikgu Pa cuma kata Rafizi tu bodoh...Apakah seseorang itu lebih cerdik bila dia tuduh orang lain bodoh?

Rafizi buat kenyataan bodoh, 
kata setiausaha agung PAS


PAS menyifatkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

 "Jika dia menganggap dia adalah pengarah strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada The Malaysian Insider.

 Mustafa mengulas kenyataan Rafizi malam tadi yang mendedahkan kononnya PAS mencadangkan ahli Parlimen Gua Musang daripada Umno itu sebagai bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.

 Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur, malam tadi.

"Sebulan sebelum PRU13, pemimpin PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr Haron Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali semuanya berjumpa Anwar.

 "Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin Umno, Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri kalau kita menang Putrajaya," kata ahli Parlimen Pandan itu. – 6 Ogos, 2014. MENYUSUL LAGI - SUMBER
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

TGHA dan beberapa kuncu2nya dari T'ganu sejak dulu lagi tidak suka DSAI. Ini bukan berita baru. Cerdiknya mereka ini sehinggalah dapat kuasai T'ganu satu penggal dah gulung tikar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...