GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, August 21, 2014

Bila pemimpin boleh pergi? - Apa kata Ust Idris Ahmad ...

Ada yang marahkan aku sebab menkritik pimpinan parti sendiri melalui blog. Mereka kata ikutlah saluran...

Hoi kawan-kawan, inilah saluran aku sebagai blogger. Korang lagilah haru, komat komet pasal aku dibelakanga aku hingga suruh PAS negeri pecat aku?

Aku wala' kepada dasar dan perjuangan parti. Bukan wala' kepada pemimpin. Jarang sangat aku nak kipas-kipas pemimpin, melainkan atas dasar yang benar.

Aku bukan jenis kopipes kenyataan pemimpin masuk ke dalam blog aku. Bila pemimpin tak ada buat kenyataan resmi, blog aku pun tidor...No! No! No! Aku bukan jenis yang suka kipas mengarut macam tu...kalau macam itu, suruhlah depa buat blog masing-masing... korang tahu berapa ramai pemimpin PAS atau parti yang aktif berblogging? 

Apa yang Ust Idris Ahmad cakap dalam sign post tu, adalah betul....Entah siapa yang tolong buatkan. Aku terjumpa kat FB baru sebentar tadi, maka aku siarkan. Dan dia juga mesti ingat, bahawa dirinya juga pemimpin yang tidak terlepas dari ungkapan maksud kata-katanya itu.Kalau lu tak ikhlas lu pun boleh jalan, brother!

Apabila pemimpin buat kesalahan secara terbuka didepan pablik, maka aku pun kritik depan pablik. Saluran aku adalah blog aku nih lah atau pun melalui FB.

Macam-macamlah kata kat aku, tak wala' gila sorang-sorang.... Sekarang ni nampak ramai pula pemimpin PAS yang dah gila lebih teruk dari aku!

Akhbar parti sendiri pun ada, tapi bukankah namanya gila baaa.... kalau menggunakan saluran media musuh seperti Utusan Meloya untuk menyatakan rasa tidak puas hati?



Aku setuju sangat bila ada kawan blogger yang tulis :

Kalau mereka ini tidak bersetuju sangat dengan apa yang ada dan berlaku dalam PAS hari ini kerana menyertai Pakatan Rakyat gunakan saluran muktamar dengan mengemukakan alasan kukuh, kontrik dan syarie buat usul agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan buang segala aliran-aliran yang konon sedang menguasai PAS, serta pecat seberapa ramai ayam sabung yang dikatakan menguasai PAS bukan menceceh dalam media sosial dan media musuh! Kenapa orang cerdik mesti menjadi bagaikan orang bodoh dalam membuat tindakan? Baca lagi  di sini
Comments
4 Comments

4 comments :

Amuraria said...

tudia sebijik kena direct tapi adakah mangkuk-mangkuk perosak yang bersangkutan ni rasa atau tau ? ABU !

abuamir said...

Sokong penuh kenyataan Tuan, kpd pemimpin yg sibuk tentang wala tu harus sedar. Kami ahli wala kpd parti dan kepimpinan yg patuh kpd muktamar PAS bukannya taksub membuta tuli. Tak kiralah siapa pun pemimpin jika cuba merosakkan parti sila keluar dari parti dari jadi anai2 merosakkan parti.

Kepada geng UG tu lebih baik keluar dan bersama dgn umno.

Anonymous said...

syabas pak usin. betul tu, wala' dgn dasar parti adalah lebih baik :)

sizzly7761 said...

Pecatlah Dr. Zumar ni...kerana bawa @ jadi agen UG dalam PAS... Jasa pun belum ada, menceceh je lebih! Pembawaan macam Hasan Jati dan Nasha mediator UG!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...