JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Saturday, August 02, 2014

Boleh Tuan Haji Subky tolong jelaskan?

Sebarang langkah menyingkirkan PAS dari Pakatan Rakyat dan menggesa supaya Hadi diketepikan dari pimpinan PAS, maka itulah yang memecahkan Pakatan.

 Jangan sangka PAS sahaja rugi kalau dikeluarkan dari Pakatan. Ia merugikan semua pihak terutama rakyat yang inginkan perubahan.

 Jika Anwar membiarkan ini berlaku, maka ini bererti Anwar sudah tidak berhajat lagi untuk menjadi perdana menteri.

 Adakah Anwar sudah tidak berhajat lagi untuk meneruskan kerjaya politiknya? Pada saya, Anwar diperlukan lagi oleh Pakatan sebagaimana Selangor masih memerlukan Khalid.

 Semuanya jangan berfikir Anwar boleh terus jadi calon perdana menteri dengan menyingkirkan PAS dari Pakatan.

 Mungkin sikap Hadi itu bukan sikap PAS, maka mempertahankan Khalid itu bukan sikap PAS. 

 Sebagai seorang ulama yang merasakan tidak cukup syarat bagi menyingkirkan Khalid, maka beliau sebagai pemimpin PAS mahupun sebagai peribadi, maka beliau merasa perlu membela Khalid supaya Khalid diberi peluang mendapatkan keadilan.

 Orang yang mengkritik kenyataan Hadi itu sebenarnya mahu mengurangkan peluang Anwar menjadi Perdana Menteri.

 Perdana menteri buat Anwar bukan kerana glory diri tetapi untuk membela rakyat mendapatkan keadilan. – 1 Ogos, 2014. Baca kenyataan penuh  di sini

Demikian pandangan Subky Latif yang masih begitu mengharapkan Anwar akan berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang akan datang jika terus berganding bahu dengan Haji Hadi walaupun telah acapkali Haji Hadi dilihat telah menggagalkan perancangan Anwar...

Dalam isu di mana TGHH membuat kenyataan menyokong Khalid, menurut Haji Subky, TGHH merasa perlu membela Khalid supaya Khalid diberi peluang mendapatkan keadilan, saya bersetuju dengan pandangan Haji Subky itu.

Namun persoalan utama disini bukan kerana  membela Khalid.Tetapi adalah kerana TGHH membuat kenyataan sebelum dimesyuaratkan bersama AJK PAS Pusat.

TGHH sepatutnya membela Khalid bila dalam mesyuarat pada 10 Ogos nanti dan cuba mendapatkan persetujuan lain-lain AJK supaya mengekalkan MB Khalid.Itulah yang sepatutnya TGHH lakukan, bukan buat kenyataan yang melulu.

Apabila Mohamad Sabu dan Mahfuz Omar cuba menjelaskan keadaan sebenar bahawa PAS belum bermesyuarat dan belum lagi mengambil apa-apa ketetapan berhubung dengan isu MB Selangor, mereka berdua ni pula diseranga dan menjadi mangsa kutukan mereka yang begitu taksub dengan TGHH.

TGHH telah keluarkan kenyataan sebelum mesyuarat 10 Ogos 2014.TGHH telah mendahului keputusan mesyuarat.Apakah maknanya semua ini? Apakah ini kerja khianat atau setia kawan? Boleh Tuan Haji Subky tolong jelaskan?

Dulu kita diajar oleh presiden supaya bermesyuarat dalam urusan kita. Kemudian kita diajar supaya terima keputusan mesyuarat walau tidak sehaluan dengan kehendak kita. Kini dia sendiri tidak ikut keputusan mesyuarat.Presiden parti sendiri tidak wala' pada keputusan jemaah.Boleh Tuan Haji Subky tolong jelaskan?

Semasa kempen Pilihanraya Umum lepas (PRU 13), Haji Hadi Awang telah berceramah di Marang pada 22 April menyatakan dengan jelas kononya PAS terpaksa menghantar calon berlawan dengan calon PKR (Pakatan Rakyat) kerana 3 alasan :

 1. Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana lambat menghantar borang pencalonan

 2. Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana terlibat menjual pil kuda

 3. Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana berfahaman komunis

 Jelas dimana beberapa calon (Kota Damansara, Bukit Besi, Seberang Takir, Dun Sungai Acheh) yang telah dipersetujui awal bertanding atas mandat Pakatan Rakyat tetapi turut dilawan oleh calon PAS yang diberikan tauliah disaat akhir oleh TGHH sendiri tanpa ketahuan PAS Selangor dan juga Setiausaha PAS Pusat.Boleh Tuan Haji Subky tolong jelaskan?
Comments
8 Comments

8 comments :

Abgpiee Orglama said...

biar mat gelap tolong jelaskan,semua ini ada hubung kait dgn agenda U.G.

4G said...

Stuju dgn soalan2 anta supya thji subki atau ahli2 yg taksub buta dgn TGHH jawab dgn jelas dn jgn na corner pulak udah lea...

Anonymous said...

Pengundi dan ahli PAS yang pekak dan benggong saja yang kata Haji Hadi tu betuoi dah banyak pekara dah dia langgar apa yang dia arah kita sangat setuju supya Thaji Subky jawab semua soalan tu,la nie kita tengok orang PAS yang macam mana nak sokong Haji Hadi, sedang orang mewakili diri dia dalam mesyuarat presiden PR pun dia kencing.

Anonymous said...

Dihari upacara pngkebumian Azizan
Ditanah kawasan kubur Azizan
Disitu ada siKutty & Hadi
SiKutty sgt istimewa dimata Hadi?
Hadi juga istimewa kpd siKutty?

Swktu arwah Fadzil Nor
Swktu arwah Yusof Rawa
Aku nak tahu, adakah siKutty sudi dtg kekubor mrk??

Lebai2 Pas mungkin anggap kehadiran siKutty itu BIASA sja, ttpi bg aku ada RAHSIA 'suci' diantara siKutty & Hadi!?

Sbb itu aku tak HERAN apb melihat belot dolak-dalik AUTA & khianat yg tlh Hadi pamerkan, seolah2 aku dpt melihat siapa sifu GURU tempat Hadi mmberi wala'!?

Aku jd terlalu HERAN bgmn Nik Aziz pon mnjd biol-BUTA serta mula menyokong Hadi kblakangan ini? Fakeh apa ke jadahnya nih!?

Bagi aku..Hadi trsgt2 HINA bahkan lebih HINA drp BAPAK setan yg tlh ku kenali..hatta lebih HINA drp sgl Yahudi & Nasrani!!

sampaikan/SMS bingkisan ku ini kpd semua penCINTA sbnr2 KBNARAN agar mrk tidak keliru-BUTA dgn permainan sekeji2 SETAN yg memakai SERBAN!?

Subky juga sayugia dikongsikan..

Anonymous said...

Bila seseorang umum isteri sbgai MB sebelum panggil mesyuarat-OK. bila seseorang buat kenyataan xsetuju sebelum/di luar mesyuarat-KO n kena hentam. Itulah yg dinamakan keadilan sejati.. I tak apa, you xboleh..

Anonymous said...

Peringkat awal memang lah rugi . Tetapi selepas beberapa masa , pakatan PKR & DAP akan semakin kukuh dan nampak halatuju , PAS akan kekal sifat parti kekampungan serta hanya berkuasa diKelantan , itu pun kalau boleh . Kami rasa selagi PAS berada dalam PR , sukar untuk pergi lebih jauh , kerana sikap PAS yang tiada hati setikawan yang tulin , semua tindakkan mereka mempunyai agenda tersirat .

Anonymous said...

Biar lah berpecah sekarang sebab senang nak menyiapkan kekuatan parti masing2 sebelum pilihanraya akan datang.klu dah dekat pilihanraya takut tak sempat menyusun strategi jadi berterabur plak nanti..

Nazam Ron said...

Semoga kau dibisukan Allah Amiin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...