GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, August 04, 2014

Bukan ayam sahaja yang perlu diselamatkan, anjing dan babi juga perlu!

Khalid tak kecil hati diganti parti sendiri

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak berkecil hati apabila "digantikan" oleh partinya sendiri.
 Menteri besar itu berkata beliau hanya bekerja untuk rakyat selagi diperlukan oleh rakyat Selangor.
 "Saya tidak (terasa hati). Ini adalah politik dan saya masuk PKR kerana reformasi.
 "Saya juga sangat seronok perkara ini (diganti). Boleh jadi tahun akan datang saya dapat berehat dengan cucu-cucu saya," kata beliau kepada wartawan di majlis berbuka puasa di sebuah masjid di Kuang hari ini.
 Semalam Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara rasmi dipilih untuk menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor yang baru. 
Alasannya ialah untuk memberi kestabilan dan mendapat kembali sokongan kepada Pakatan Rakyat.
 Khalid menegaskan beliau sedia diganti tetapi hanya jika diluluskan Dewan Undangan Negeri.
 "Saya menyertai PKR bagi meneruskan reformasi dan membantu rakyat.  
 "Saya akan teruskan tugas sebagai menteri besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah," kata beliau.
 Sementara itu, ketika ditemui di majlis yang sama, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata PKR perlu menghormati PAS Selangor sebagai komponen dalam Pakatan Rakyat dan bertanya pendapat mereka terlebih dahulu sebelum menamakan calon pengganti.
 Beliau berkata PAS Selangor dan Pusat tidak mencapai apa-apa keputusan mengenai pertukaran Abdul Khalid kepada Wan Azizah.
 "Itu keputusan PKR, bukan keputusan Pakatan Rakyat. Bermakna sebarang keputusan kepimpinan negeri adalah dipulangkan kepada Pakatan," katanya. SUMBER
Aku betul-betul tak faham, kenapa Khalid tetap berdegil dan tidak mahu mengundurkan diri? Raya ke-2 lepas dia ke Kota Baru jumpa Tok Guru Nik Aziz dan MB Kelantan, Ahmad Yaakob.Rumah Nakhoda sendiri dia tak larat nak pi walaupun tidak sejauh Kota Baru...

TGNA tentu ingatkan dia :

"PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden...Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik....

"Pesan saya, selesaikan polemik ini dengan baik. Keruh di hulu selesaikan di hulu, jangan biar ia berhilir. Jangan keruh di hulu diheret panjang. Utamakan perbincangan sesama kita agar rakyat tidak bosan mendengar hiruk pikuk pertengkaran suami isteri..."https://www.facebook.com/nikaziz?ref=br_tf

PKR pun ada Nakhodanya...Khalid tentu terlebih maklum.

Aku sangat setuju dengan status Penarik Beca di facebook :


Penyelesaian paling tuntas dalam isu Mb Selangor adalah TSKI berundur secara hormat demi menjaga keharmonian Pakatan Rakyat...when your own party reject you where is your legitamacy in stubbornly clinging to the post of MB...but that is power..power is so delicious and absolute power is absolutely delicious.~ (apabila parti anda sendiri menolak anda di manakah legitamacy anda berdegil berpaut kepada jawatan MB ... tetapi itu adalah kuasa..kuasa begitu lazat dan kuasa mutlak adalah benar-benar lazat)
Hello Iskandar, betullah itu keputusan PKR. PKR kena mendapat persetujuan ahli mereka terlebih dahulu.Setelah mendapat persetujuan melalui Majlis Pimpinan Pusat (MPP), barulah mereka kemukakan kepada PR untuk mendapatkan persetujuan.

Mandat telah diberi kepada PKR untuk melantik Menteri Besar Selangor maka Majlis Pimpinan Pusat (MPP) diberi kuasa penuh mecalonkan MB yang mereka fikir terlayak.

Jangan jadi macam kes Kota Damansara, PR setuju PKR jadi calon di situ, tetapi TGHA bagi watikah kepada kroni menantu jadi calon kat situ. Undi PR terbelah dua dan akhirnya dapat ke Umno ....


Sepatutnya PR (Dr Mohd Nasir) boleh meraih 22,181 dengan majoriti besar 5,794 kalau TGHA tidak keluarkan watikah kepada Ridzuan Ismail bertanding ditempat yang sama. Umno sangat berterima kasih kepada Nakhoda PAS, TGHA dan menantunya!

Cuma aku harap, Nakhoda bahtera aku ni jangan ingat muatannya cuma ayam sahaja! Anggaplah ianya seperti bahtera Nabi Allah Noh 'Alaihisalam ~ ada pelbagai makhluk lain yang perlu diselamatkan, termasuklah juga anjing dan babi! 
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

ERMMM... anjing dan babi juga makhluk Allah... mungkin jauh lebih baik lagi sbb byk kegunaannya dr manusia yg mulia tp lebih haiwan dari haiwan itu sendiri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...