JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, August 07, 2014

Bukan Hanifa Maidin sorang yang terkejut, Nik Aziz sendiri pun tidak tahu ...

Cakap-cakap yang kononnya Tengku Razaleigh ditawar jawatan perdana menteri jika pembangkang merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)sebagai perkara karut.

PAS juga dilihat mati-mati tak mengaku dan menganggapnya sebagai fitnah dajjal.

Tanpa pengetahuan jemaah/ahli, beberapa kalangan pimpinan PAS yang tidak mendapat konsensus dari jemaah telah membuat keputusan yang menjijikan dan memalukan.

Kenapa tidak berani mendedahkannya kepada ahli-ahli dan mendapat pandangan mereka terlebih dahulu sebelum perkara tersebut diajukan kepada PKR?

Ramai yang terkejut malah AJK PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin turut melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan Rafizi tentang keputusan pimpinan PAS menamakan veteran Umno itu sebagai calon perdana mentri.

 "Walaupun saya AJK PAS Pusat, sesungguhnya saya tidak tahu langsung apa yang diceritakan Rafizi itu," katanya. 

 "Kalau saya tahu, saya sudah bangkang terang-terangan. Saya mahu semua orang tahu, kami dalam PAS hendak membawa satu era politik baharu. Kita mesti faham yang rakyat memerhatikan kita, kita tidak boleh bertindak seperti 20 tahun lepas.

 "Saya katakan di sini, apa yang PAS lakukan itu tidak beretika dan tidak Islamik," katanya di sini

Tentulah agak pelik bila Hanifa sebagai AJK Pusat sendiri pun tidak tahu mengenainya.Rasanya ramai lagi AJK lain yang juga tidak tahu.

Apakah sebegini yang dikatakan Dr Zuhdi cara PAS yang   lebih bemoral membuat cadangan politik tanpa mendapat konsensus jemaah terlebih dahulu sebelum dibawa bincang dengan rakan PR?

Tidakkah ini mengkhianati sebilangan besar harapan pendokong PAS, termasuk Husam Musa sendiri  yang sangat-sangat mahu melihat Haji Hadi jadi PM?

Malah TGNA sendiri pun tidak tahu dan menyifatkannya sebagai fitnah:

Menjelang PRU, PAS teragak-agak dengan Anwar sebagai calon PM 

Oleh Amin Iskandar Penolong Pengarang Berita Published: 22 February 2013


Sumber memberitahu The Malaysian Insider persoalan tersebut timbul dalam satu mesyuarat tertutup antara PAS dan PKR pada Ahad selepas kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang Sabtu lalu parti Islam itu tidak teragak-agak meninggalkan PR sekiranya pakatan tersebut merugikan orang-orang Melayu dan Islam.

 “Pemimpin tertinggi PAS itu mengatakan ‘haram’ bagi Anwar untuk meminta jawatan perdana menteri,” kata satu sumber PR yang tidak mahu dinamakan kepada The Malaysian Insider.

 “Kemudian seorang pemimpin tertinggi PKR menjawab, Anwar tidak pernah meminta jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya rakyat yang mengangkatnya dan ini sudah dipersetujui oleh PAS dan DAP semenjak pilihan raya umum 1999,” tambah sumber tersebut.

 Menurut satu sumber lain dari PR, satu pertemuan telah dilakukan diantara pemimpin tertinggi PAS dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bagi menjemput bekas menteri kewangan itu untuk menjadi perdana menteri sekiranya PR berjaya mendapatkan majoriti kerusi parlimen selepas pilihan raya akan datang.

“Pakatan perlu ingat, mereka perlu konsisten dalam isu siapa bakal perdana menteri ini. Jangan nanti rakyat nampak kita Flip-Flop,” tambah sumber tersebut memetik perkataan yang digunakan untuk menyerang musuh politik mereka Barisan Nasional (BN).

 Masih belum jelas jika langkah pemimpin PAS itu disokong secara meluas dalam parti Islamis itu. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ahli parlimen parti tersebut telah menyokong Anwar selama ini.

 Namun, nampaknya terdapat beberapa langkah untuk memberitahu akar umbi PAS ia adalah penting dalam PR, dan satu cara untuk menunjukkannya adalah dengan mendapatkan jawatan perdana menteri.

 Walau bagaimanapun, kepercayaan seperti ini oleh PAS tidak mungkin mendapat sokongan dari DAP dan PKR yang tegas dalam menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

 Isu siapa bakal perdana menteri PR sekiranya dapat merampas Putrajaya timbul dua minggu lalu apabila dilaporkan Majlis Syura Ulama PAS dalam sebuah perbincangan tertutup melibatkan beberapa anggota majlis tersebut menolak Anwar sebagai calon perdana menteri PR dan berkemungkinan melantik calon dari luar bagi menggalas jawatan tersebut.

 Walau bagaimanapun Pengerusinya Nik Aziz menafikan laporan Utusan Malaysia itu dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah yang cuba dilemparkan terhadap PAS bagi melaga-lagakan parti tersebut dengan rakan sekutunya dalam PR, menurut agensi berita Bernama.

 Pengerusi DAP Karpal Singh sekali lagi menegaskan minggu lalu Anwar akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya 2013.

 Ketidaksefahaman PAS dan PKR mengenai siapa bakal calon perdana menteri dijangka akan menjejaskan PR walaupun pakatan pembangkang tersebut dianggap paling terusun sebagai pencabar BN dalam sejarah.

 Umno pernah menggesa PAS keluar daripada PR pada 2011 serta mencadangkan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.

 PAS setakat ini konsisten menolak idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik dengan Umno kerana tidak mahu episod lama pada tahun pada 1970-an berulang lagi apabila parti Islam tersebut ditendang keluar dari gabungan BN.

Umno juga dilaporkan mendakwa PAS hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.

 Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengatakan PAS perlu bertindak di luar PR kerana gabungan PAS, PKR dan DAP itu adalah palsu dan merugikan orang Melayu.

 PAS akan bertanding 70 daripada 222 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya 2013 yang perlu diadakan tidak lama lagi dan membiarkan selebihnya untuk ditandingi oleh rakan PR, DAP dan PKR.

 BN mengalami kekalahan terburuk pada Pilihan Raya 2008 apabila kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen dan empat negeri kepada PKR, PAS dan DAP. Akan tetapi gabungan pemerintah itu merampas semula Perak selepas beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri keluar PR. SUMBER
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Dasar orang PAS cakap bohong dan bersilang kata. Bohong sunat katanya.
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lama-Lama Jadi Menteri.

Hati Muda said...

dah lama berita ni tersebar... tapi ramai ahli tak percaya...
siapa dalangnya tidak dapat dipastikan..
jika dulu khabar angin tapimkini rafizi dah dedahkan...

1Crony said...

PAS ni semuanya tak mengaku dan semuanya tak tahu jika kena atas batang hidung mereka. Kebodohan mereka itulah yang membuatkan perjuangan mereka seusai UMNO hanya layak menjadi pembangkang dan layak mengedar tin milo (mengutip derma) di setiap ceramah dan di setiap PRU. Golongan yang mengaku ulama di dalam PAS peratusannya adalah bersifat "munafik" berbanding golongan profesional yang jauh lebih berkredibiliti. Mereka ini suka makan kawan dan membangkang tak tentu pasal. Siapa kata mereka ini bebas rasuah??? Generasi ke-2 mereka kini adalah pelopor kepada rasuah dan hampir meyamai UMNO....Itu sebablah penulis yang terkenal dan berkredibiliti seperti MSO (Tinta Merah) pun amat terkilan dengan sikap para pemimpin PAS dalam menangani politik di negara ini.

Anonymous said...

ingat tak surat budak hingusan dr sykt ent baru daftar 1 minggu minta kwsn balak 3500ekar? budak umur awal 20an mampu byr rm7juta premium. wow. rosamah kalu menabung dr kecik pun tak dpt simpan byk tu.
surat dihantar ke pejabat mb bukan ke pejabat hutan. siap mb endorse tulisan tangan minta pejabat hutan proses.
husam, elok tinggalkan pas selagi hadi and the ug gang masih menguasai pas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...