GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, August 14, 2014

Cer tengok lawak bodoh PAS Selangor .....

PAS Selangor memberikan tempoh 24 jam kepada dua wakil rakyatnya yang menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk meminta maaf dan menarik balik pendirian itu.

 Tuntutan itu dibuat ekoran tindakan itu dianggap membelakangi parti yang belum membuat keputusan sempena menunggu mesyuarat jawatankuasa pusatnya pada Ahad ini.

 "Tindakan dua ADUN (anggota Dewan Undangan Negeri) PAS di Selangor yang membelakangi pendirian parti amatlah serius dan kita akan bertindak.

“PAS Selangor memberi tempoh 24 jam untuk menarik balik pendirian dan tindakan yang dibuat atau menghadapi konsekuensi tindakan,” kata setiausaha PAS negeri Mohd Khairuddin Othman (gambar). Baca sepenuhnya DI SINI

Lawak sungguh PAS Selangor jadinya.Bila orang lain buat kelaku ikut Presiden dan MSU, dianggap membelakangi parti. 

Presiden buat kenyataan menyokong Khalid tanpa menunggu keputusan mesyuarat jawatankuasa pusatnya pada 17 Ogos Ahad ini, tak mengapa. Disokong pulak oleh MSU, tak apa juga. Disokong pula oleh Gengster Ustaz juga dengan melakukan Solat Hajat di kediaman resmi Menteri Besar, juga tak mengapa....nampak OK semuanya kepada PAS Selangor

9Tiba-tiba bila 2 Adun PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) hari ini tampil menyatakan sokongan terhadap Azizah, tup-tup macam-macamlah songelnya. Terhegehlah nak buat kenyataan mengecam dan mengugut!

Memberikan tempoh 24 jam suruh tarik balik sokongan terbuka mereka itu merupakan satu ugutan. Apa tindakan akan diambil kepada 2 Adun tersebut yang hanya mencontohi kelaku Haji Hadi? Bukan Lawak bodoh kah semua ini?

Walau apapun aku puji Ketua Pemuda Suhaizan Kaiyat yang jemput mereka untuk memberikan penjelasan sebenar mereka. 
Comments
18 Comments

18 comments :

Putra IJ80 said...

Haji Hadi taraf nya Mak.. sum...

x boleh di tegur x bolh di bantah...

x bolh di lawan x bolh d tentang...

Orang lain x setaraf dgn nya

maka bila itu berlaku dia kena soal jawab..utk menentukan nasib nya....hukuman nya .....

Wallahua'lam.







iRock said...

Khairudin ni geng hasang ali dulu ni.

Anonymous said...

PAS ada 2 set undang2.....namapak dah lebih UMNO dr UMNO...sori tiada undi dr aku sekeluarga utk PRU 14...

Anonymous said...

asik orang e yg buat lawak bodoh..kau tu yg bodoh bahalol

Anonymous said...

hadi kan maksum. nelayan tu sorang ja yg boleh buat mcm2 dalam PAS, termasuk la bersekongkol dgn umno.

org lain tak boleh, kena wala' dgn presiden. PAS for President.

Anonymous said...

sokong org yg biadap pd parti boleh pula.

Anonymous said...

Statement dari yg tdk mncerminkn pemikiran politik yg rasional dan matang. Sori ..

Anonymous said...

Memang lah bagitu dalam PAS ahli bawahan hanya dianggap sebagai anak yang mesti patuh pada ibu bapa jadi terpaksa ikut apa saj yang dicakap oleh presiden samalah namanya PAS iatu sebagai Parti Anak Soleh.

Anonymous said...

Pru 14 boleh blah la PAS..aku tak undi dah .

Anonymous said...

Kita boleh lihat mainan PAS ni....parti yg takde sikap setiakawan dan kerap memalukan rakan komponen mereka..mereka jer rasa yg mereka betol...pengikut pula taksub giler...dah berapa byk kali dah PAS ni kena main dgn Umno....TSKI dah disingkirkan dari PKR...yg PAS over sangat sokong dia kenapa?? Kalau Hasan Ali di singkir dulu PKR dan DAP bantah ..adakah PAS boleh terima????

Amuraria said...

memang bodo punya kelija,itu sami bulu pun mesti sokong ;) aparaa bikin tarak serupa cakap ? pas ada dua undang undang ka? lain di atas lain di bawah ? nampak gaya nak hilang anyak sokongan daa, ABU !

Anonymous said...

Nak tau siapa kawan atau lawan? waktu susah dan genting macam nie la baru tau...Nampaknya geng UG masih kuat dalam PAS.

Wan Amir said...

Kawasan aku...Adun dia MB Kelantan skrg. Pru14. Drp aku pangkah BN...dan aku meluat sikap PAS...so baik aku dok rumah tgk citer kartun dgn anak aku, takyah undi sapa2...bye bye PAS.

Anonymous said...

”Hai orang –orang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamu jadi buah ejekan dan permainan”. al-Maidah:57

Dan mereka berkata: “Ya Tuhan kami, sesungguhnya, kami telah menta’ati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar” al-Ahzab:67

Anonymous said...

Makin bercakap makin menampakkan ketidakbijakan PAS Selangor ni.

i. MB yang dipecat parti mahu dipertahankan. PR yang berkuasa dibiarkan.

ii. YB sendiri yang berani membuat keputusan mahu mempertahankan PR dianggap tidak wala...4 exco yang tersengih bersama MB Bebas diangkat mahu mempertahankan hak rakyat. Rakyat pilih PR untuk tadbir bukannya KI.

iii. Tindakan PKR & DAP umukan sokongan majoriti ADUN berpihak kepadanya wajar kerana PAS terlalu lembab dalam isu ini.

iv. Wala untuk siapa? Jika Presiden boleh ubah keputusan calon PRU13 dan buat kenyataan terbuka sokong KI sebagai MB dengan membelangkan mesyuarat...bagaimana dan apa tujuan Wala....

v. Majlis Syura dan Dewan Ulama bila tidak diberikan kepada orang yang benar2 ahli dan berkreadibiliti menganggotainya...begitulah jadinya...

vi. Peimpin yang tidak berfungsi dan lembab boleh diganti agar PAS terus segar.

vii. Isu MB Selangor mencerminkan hakikat PAS terlalu lembab dan bagai tidak ikhlas dalam PR.

Anonymous said...

Dia kenal tak siapa saari sungib tu.. nak ugut2. Silap orang la, malukan diri sendiri je bila saari buat tak layan.

Anonymous said...

Begitulah PAS tiada kebolehan untuk memimpin sebuah organisasi - lemah sangat. Sebab tu kalau geng PAS pegang jawatan MB aku Nampak belum sempat PRU 14 Selangor akan dirampas oleh UBN. Di Kelantan pun kita tengok dalam PRU 14 nanti kalau MB, TMB berterusan begitu, goodbye pada PAS.

mohd shahran said...

PAS dah jadikan Presiden dan MSU sebagai dewa. yang perlu disujud dan sembah buat salahpun kena akur. yang melawan dianggap penderhaka walau membantah atas nama kebenaran..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...