GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, August 26, 2014

Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno adalah tidak benar tetapi juga bertujuan jahat - Hadi nak saman Malaysian Insider ??


Sebelum kalian baca penafian ringkas Haji Hadi di bawah, eloklah kalian teliti tulisan macai UG yang berselindung pakai nama el-Haraki yang sangat kuat memfitnah Mat Sabu semasa pemilihan Timbalan Presiden PAS dahulu... 

Status malaon ini mejelaskan kepada kita bahawa dia sendiri akui mengenai benarnya maklumat tersebut ...



Apakah berita yang dikatakan tidak benar dan berniat jahat itu? Sila baca berikutnya :
Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.

Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.


"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.


AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.


AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”


Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.


"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.


- Baca seterusnya   di sini 
KENYATAAN MEDIA RINGKAS 

 Saya merujuk kepada berita yang dipaparkan oleh The Malaysian Insider (TMI) pada hari ini, 26 Ogos 2014 dengan tajuknya “Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK Pas Pusat” adalah bukan sahaja tidak benar tetapi juga bertujuan jahat.

 Saya yang juga turut hadir semasa YB Mohamed Azmin Ali mengunjungi YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini juga ingin menjelaskan bahawa intipati perbincangan adalah berkisar kepada perasaan terima kasih YB Azmin Ali kepada YB Tuan Guru yang mencalonkan nama beliau sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos lalu, selain dari meminta kata nasihat dan pandangan secara umum sebagai panduan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Tiada disebut langsung mengenai kerajaan perpaduan bersama UMNO seperti yang didakwa. 

 Pihak kami amat kesal dengan fitnah yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat dan pihak TMI bertanggungjawab untuk melaporkan penafian ini dan meminta maaf secara terbuka.

DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
26 Ogos 2014
Comments
3 Comments

3 comments :

bat8 said...

Tuan Haji

Jika berani saman la. Dibuatnya hal MI sapina Hanipa Maidin jadi saksi tak ke naya.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Betul! Betul! Betul! Jangan sekadar menafikan dan tuduh berita tu bohong dan berniat jahat.... samanlah kalau dah tuduh macam itu!

Anonymous said...

hehehe. macam budak2 al-husseyn ni rupanya.

orang tua hadi tu dah nafi, al-husseyn ni tak puas hati, nak suruh saman. Kalau tak saman tu maksudnya kompem penafian tu palsu? adakah kalau orang tu saman kompem dia betul? how convenient. dalam umur saya yang lebih sekejap dari al-husseyn ni, saya dapati dunia ni bukan macam tu.

rafizi nafikan "dokumen langkah kajang". dia tak saman orang atau blog yg paparkan, adakah penafian dia itu palsu?

al-husseyn, kalau awak benci sangat hadi tulis je kat header blog, "Saya anti hadi".

Ops, nanti al-husseyn cap saya ni penyokong hadi pula bila saya sindir tuan punya blog ni. hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...