GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, August 06, 2014

Hanifa Maidin sudah lebih ....

Selepas ini, Hanifa Maidin, ambiklah kau! 

Kamu tentu akan dimaki hamun oleh mereka kaum yang suci, iaitu gerombolan UG dan Gengster Ustaz. Percayalah, percayalah wahai Hanifa! 

 Kamu tentunya akan dilabel sebagai salah sorang anasir jahat dalam PAS atau sebagai demokratik Islamik kerana merendahkan mertabat seorang Nakhoda ...

 Depa mesti geram sangat kepada kamu, wahai  Hanifa dan akan menlontarkan kamu dari atas bahtera ke dasar laut yang ganas lagi dalam... 

Sungguh mengerikan.Tetapi itulah senario yang bakal kamu hadapi dimasa yang mendatang...


Hadi tiada kuasa veto dalam parti, kata ahli Parlimen PAS

 Presiden PAS tidak pernah ada kuasa veto dalam menentukan sesuatu keputusan dan perkara itu tidak diamalkan dalam parti Islam itu, kata Ahli Parlimen Sepang daripada PAS Hanifa Maidin.

 Hanifa berkata, dalam perlembagaan PAS, fahaman mengenai presiden mempunyai kuasa veto langsung tidak wujud.

 Katanya, ini menjadikan sokongan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor hanya pandangan peribadinya dan tidak mewakili parti.

 "Sebenarnya, itu merupakan pandangan peribadi presiden dan tidak diwakili parti," katanya dalam forum bertajuk ‘Mengapa Khalid harus berhenti' anjuran Kelab Bangsar Utama di Dewan Perniagaan Cina Selangor, Kuala Lumpur, malam tadi. - Baca seterusnya  di sini
Comments
4 Comments

4 comments :

Rushdan said...

Saya berijtihad untuk menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim untuk terus kekal sebagai MB Selangor atas alasan berikut;

1. Tiada dalil syarie yang menunjukkan harusnya TSKI diminta meletakkan jawatan.

2. Sebarang tohmahan atas beliau perlulah di asaskan dengan perbicaraan yang adil dan saksama dimana bukti2 dikemukakan dan beliau diberikan hak yang adil untuk menjawab segala pertuduhan.

3. Nakhoda, iaitu Presiden PAS, ketua bagi jamaah Islam ini telahpun memberikan arahan untuk menyokong TSKI. Sebagai ahli jamaah saya wajib taat kepada ketua, itulah adab berjamaah.

4. Diperkuatkan lagi dengan petunjuk nasihat yang diberikan oleh Mursyidul Am, TGNA sendiri yang meminta semua ahli jamaah dengan tiada pengecualian untuk taat kepada keputusan pimpinan.

5. Keputusan majlis syura adalah paling penting, kerana ianya adalah ijmak yang paling tinggi dalam jamaah Islam PAS, dimana para ulama telah berijtihad dan besepakat untuk mengambil satu dasar. Presiden dan mursyidul Am sendiripun adalah tertakluk kepada kekuatan ijmak yang mengatasi pandangan peribadi mereka.

6. Selain daripada di atas, kesemuanya tidak melalui kaedah-kaedah syarie yang mantap, dan paling kuat hanya berpandangan kepada tokoh individu yang ramai tidak sampai kepada kefaqihan yang jelas mengenai syarak.

Wallahua'lam.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Salam Rusdan,Saya hormati ijtihad anda.Perkara 1 dan 2 - Khalid gagal menjelaskan bagaimana hutangnya sebanyak RM70 juta dilupuskan oleh Bank Islam.

Perkara 3. Nakhoda, iaitu Presiden PAS,juga wajib taat kepada jamaah, itulah adab berjamaah.Bukan cara diktator atau gunakan kuasa veto.PKR juga ada Nakhoda.Sebagaimana kamu kata adab berjemaah perlu patuh pada Nakhoda, maka Khalid pun sepatutnya akur dengan arahan Nakhodanya.

Perkara 4, aku tetap tidak percaya dgn arahan TGNA tersebut.

Perkara 5 dan 6 tu aku malas nak ulas .... Seperti kamu, aku ada ijtihad dan sandaran sendiri.

Anonymous said...

Dulu alasan Kajang move sebagai mengelak ancaman mahathir. Lepas tu tukar cerita Kajang move bukan disebabkan isu ganti MB.

Keputusan telah dibuat oleh PKR cuma tak payah berunding. Orang lain cuma sebagai barua jer.

Apabila apabila tak boleh selesai babitkan orang lain.

Anwar pun gagal nak explain kes liwat dia.

Anonymous said...

MB selangor kan dah diputuskan untuk PKR, kenapa PAS yang menggelejat, mb kelantan, sblm tu kedah dan perak, km p pinang, tak kecoh pn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...