JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, August 15, 2014

Isu Dua Adun PAS : Ia lebih kecil berbanding kesilapan Dr Mohd Zuhdi Marzuki - Ahmad Awang

Bekas ahli majlis syura PAS yang juga bekas anggota jawatankuasa dispilin parti tersebut Ahmad Awang berkata, tindakan dua Adun PAS menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar Selangor semalam bukan kesalahan besar dan tidak akan menyebabkan mereka dipecat.

Dalam kes dua Adun itu Ahmad berkata, calon yang mereka sokong adalah ahli Pakatan Rakyat (PR), cuma parti yang masih belum membuat keputusan rasmi sama ada mahu menyokong atau tidak.

  “Ia lebih kecil berbanding kesilapan Dr Mohd Zuhdi Marzuki mencadangkan PAS bergabung dengan semua pihak termasuk Umno dalam kerajaan konsensus nasional di Selangor, yang juga belum dibuat keputusan oleh parti,” katanya  di sini

Sebelum ini, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman memberikan tempoh 24 jam suruh dua Adun berkenaan – Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) minta maaf dan menarik balik sokongan terbuka mereka , sekiranya enggan berbuat demikian, mereka bakal berdepan dengan tindakan disiplin.
Comments
10 Comments

10 comments :

sizzly7761 said...

Thorbaeekkk!! Mencadangkan UG @ konsensus nasional lebih besar 'dosa' dari menyatakan sokongan kepada PR @ WAWI. Dr. Zumar ni terang2 agen UG dalam PAS... apa tindakan PAS? Nak pecat atau cari dalil hadis atau quran utk elakkan tindakan ke atas Dr. Zumar nih? Hehehe...

Monkey Shooter said...

Kalau PAS mahu parti mereka relevan sehingga PRU14, maka individu bijaksana seperti Ustaz Ahmad Awang dan Husam Musa mesti diberi kepercayaan menggantikan Presiden PAS sekarang yang dilihat terlalu lemah dan tiada kemajuan dalam pimpinan politik berasaskan Islam. Generasi muda sekarang sudah hilang sabar dengan karenah pimpinan PAS yang dilihat semakin mundur ke belakang, bersifat hasad, kurang efektif dan tidak berpijak kepada realiti. Percayalah generasi mudalah yang akan menjadi pemimpin di masa akan datang, jika beginilah sikap pemimpin PAS maka walau ke hujung dunia pun mereka menjual nama "Islam" pastinya mereka akan dilupakan.

Anonymous said...

ganti je hadi awang dgn tuan ibrahim tuan man
timbalan pula husam musa
hadi awang dh tak relevan skrg
ABU

Anonymous said...

Kalau nak ikut salah besar ke salah kecil,Dr Zuhdi tak lah salah besar pun sbb apa yg dia tulis tu bukannya cadangannya sendiri melainkan memetik/mengambil dari cakap2 kedai kopi dari pakar-pakar yg tak bertauliah.Kesilapan pegawai penyelidik itu kerana tidak menyata 'siapa kata'atau tiada catatan nota kaki.
Perkara yang dianggap SENSITIF ini dlm parti mana pun ada diperkatakan apalagi membabitkan parti merentas antara kaum, agama dan dasar yang berbeza.Kecualilah orang-orang politik sudah dikasi rasa-dan lurus bendul-tak TERFIKIR HAL-HAL NEGATIF.Mana ada orang-orang berkedudukan dlm parti macamtu!

cucu mamak kutty said...

ustaz ahmad awang ada lah penentang ug apabila harun din,asang ali,si nasa dan ramai lagi yg nak pas bergabung ngan umno tahun 2008,syabas ustaz

Anonymous said...

Pas dah nk jd parti cadbury dh....aku suka klu pas gabung dgn umno....sekurang2 yb2 pas yg gila gaji besar blh mcm setengah2 tu dpt bedal duit rakyat bersama yb umno....hahaha

Anonymous said...

Syabas ustaz Ahmad Awang.semoga ramai lagi orang yang berakal bijak seperti ini.melalaui ruang ini juga sesiapa yang bolih menyampaikan luahan saya di atas komen Tuan Subky Latif tentang 2 orang adun ini yang belaiu lebelkan sebagai lalang.APA? hina sangat ke lalang ni.tumbuhan yang allah jadikan.tau tak? Subky latif?Pasti ada hikmah allah jadikan lalang ni.Begitu juga 2 adun yang memberi sokongan kepada PR.mereka tidak menjual diri.mereka sokong parti PR yang sedang memerintah.Apakah Subky tak sedar 4 ahli exco yang menyokong calun bebas ,itu Tuan Subky nak letak level apa,Menulis pandai tapi nak jaga perasaan penyokong ramai tak pandai











· Pertama Khalid Ibrahim ini bebal atau tidak? Jawatan MB ini bukan suatu jawatan yang dipilih secara lansung oleh rakyat. parti yang mana kamu jadi ahli telah mencadangkan nama kamu sebagai MB dan cadangan itu pula disetujui oleh rakan2 lain. Maka kamu jadilah MB.

· Apabila parti yang menjadi penaung kamu sudah tidak ada lagi keyakinan terhadap kamu, dan memutuskan supaya kamu diganti, kamu sepatutnya secara hormat dan muliakan diri, berundur.

· Parti2 lain yang dahulu nya bersetuju dengan parti penaung, mestilah ada keyakinan keatas tindakan yang diambil oleh parti tersebut.
· Adalah salah dari segi prinsip, parti lain pula yang menjadi galang ganti mempertahankan seorang yang partinya sendiri tolak.

Adalah menjadi suatu yang memalukan, sesudah tidak ada mandate daripada parti kamu, kamu kesana sini menjual cerita hiba kamu untuk mendapat simpati dari pihak lain. Dan pihak lain pula tidak ada presence of mind untuk merujuk perkara tersebut daripada parti yang menaungi pengadu yang melalak sana sini.
Kenapa Khalid berdegil sangat untuk kekal jadi MB. Adakah nyawa nya bergantung kepada jawatan tersebut? Adakah jika tidak jadi MB, dia akan masuk jel?

Adakah ianya bersangkut paut dengan cara misteri dia menyelesaikan hutang RM66 juta nya? Khaid tak boleh kata ini perkara peribadi. Bila berhutang dahulu, Khalid was a nobody. Dia hanya seorang yang telah diberi saham Guthrie dan mahu mencagar saham tersebut untuk membiayai pembelian saham Guthrie. Bila dia mahu lunaskan hutang, dia berjawatan MB. Adakah kah orang ingat, Rashid Manaf mahu melayani Khalid Ibrahim kalau dia hanya seorang adun dari Ijok atau pelabuhan Kelang?

siapa yang membayar hutang ini? Khalid kata dia pinajm dari bank lain untuk bayar hutang dengan bank Islam. Saya tidak pernah dengar ada bank lain membeli suatu bad loan dari bank lain. Apa cagaran yang Khalid boleh beri kepada bank baru tersebut?

Adakah dia takut cerita sebenar penjualan tanah kepada Tropicana dan kemudian Tropicana jual pula kepada Ecoworld akan terdedah? Jika terdedah ianya akan mendedahkan bagaimana crook nya si Kalid ini.

Tropicana dan Ecoworld adalah business oligarchs. Adakah Khalid sebenarnya berkhidmat untuk kepentingan business oligarchs ini?

Pertama tanah ratusan ekar itu dijual kepada Danny Tan pemilik Tropicana secara bayaran installment. Selama 20 tahun. Si Danny Tan membayar pendahuluan hanya RM50juta. Setahu saya jika bayaran belum disempurnakan, hak milik masih dalam tangan kerajaan.

Jika demikian, bagaimana Tropicana boleh jual kepada Ecoworld pada harga yang berlipat ganda tanpa menyerahkan hak milik?Tropicana sebetulnya menjual asset kerajaan. Jika Khalid membenarkan ini terjadi dia telah commit breach of trust. bagaimana ini boleh terjadi kecuali dengan izin MB? Bererti MB telah terlibat dalam transaksi yang mencurigakan.

Tapi ini semua butiran2 mengenai tindakan2 yang mencurigakan. Ianya akan terburai kelak.

Prinsip asasnya ialah:- Jika parti yang nominate kamu sudah menarik balik nomination tersebut, maka adalah perkara yang terhormat lagi mulia kamu berundur. Ini bukan suatu pengwarisan dari bapak kita.

Anonymous said...

boleh la tambah vellfire sebijik lagi
dasar mata duitan

Anonymous said...

jgnlh kita lupa ahmad awang ini anjing syiah dlm pas. akidahnya berhak diragui

mursyidul ameno said...

pernah jadi makmum ust ahmad awang ke nak tuduh dia syiah. anyways jgn jadi lembam main percaya je cite bab2 syiah wahai ayunymous Saturday, August 23, 2014 9:38:00 pm. pernah tahu ke pasal deklarasi amman yg yusof qaradhawi pun hadir. gi baca tambah ilmu di www.ammanmessage.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...