GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, August 10, 2014

Isu Khalid : Apa kata Mustafa Ali?

Khalid sudah tidak ada parti.Dia sekarang adalah adun bebas. PKR melantiknya kerana dia ahli PKR. Sekarang bukan lagi....

Apakah dia sebagai ahli bebas layak mengepalai kerajaan Pakatan Rakyat?


 PAS akan terubersama Pakatan Rakyat


 KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan parti itu akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat.

 Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan PKR memecat keahlian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu, semalam.

 Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada semua peringkat kepimpinan parti, ahli dan para penyokong supaya bertenang dalam menghadapi konflik politik yang sedang di Selangor kini.

 "Kepimpinan PAS sedang berada di tengah-tengah isu ini dan menangani isu ini secara berhemah, cermat dan bijaksana bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

 Beliau juga menjelaskan bahawa keempat-empat Exco Kerajaan Selangor daripada PAS akan terus berkhidmat dan berfungsi kerana kerajaan negeri masih wujud.

 Mereka terdiri daripada Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad (Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar), Adun Sabak, Sallehen Mukhyi (Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa), Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali (Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan) dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi (Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam). -  HARAKAHDAILY 10/8/2014
Comments
2 Comments

2 comments :

abdulghafar yahya said...

a'kum chegu pa, walaupun apa akn terjadi satu saja yg chegu kena ingat,perkara bergolak sekarang berpunca dari manusia2 bekas orang umno.kerja2 mereka mehuru hara kan keadaan.jgn kata untuk parti sememang ada agenda yg tersembunyi untuk kita hadapi.jadi sementara ini jgn layan,orang pas jgn turut celupar mulut.tkaseh.

Putra IJ80 said...

Elok lah klu dapat begitu...

Kita saban minggu di ingatkan dlm Khutbah "jika berlaku perselisihan hendak lah kamu kembali ke tali Allah"

Sebagai Parti Islam tunjukan kekuatan ayat itu wpn mendapat tentangan

Coz yg Cina India mungkin x faham mka tarbiyah lah cara yg mudah di fahami...

Yang Melayu...suruh lah beristaqfar byk2...mudah mudah2an kekal dlm Islam.

Insya Allah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...