JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, August 22, 2014

Itu pandangan netizen, bukan semestinya pandangan saya - Khalid Samad

Pada satu sidang media, Khalid berkata:

"Ada yang berpendapat, ia bukan penduluan yang baik. Oleh kerana sistem di Malaysia adalah sistem raja berpelembagaan, kita tidak patut bagi Sultan kuasa untuk membuat keputusan siapa patut menjadi menteri besar secara bersendirian, tetapi itu hanya pendapat."

"Saya kata itu pandangan netizen, bukan semestinya pandangan saya," kata Khalid ketika menghubungi The Malaysian Insider.

 Ketika ditanya siapa yang memberi pendapat itu, Khalid berkata, ia diperkatakan di sekitar alam maya iaitu dunia Internet, "oleh ahli akademik, Mahathir."

Mengulas kenyataan tersebut, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Selangor Zaidy Abdul Talib berkata kenyataan Khalid tidak mewakili pandangan rasmi parti.

"Ia bukan menggambarkan pendirian PAS," kata mereka, sebaliknya berkata ia adalah pandangan peribadi ahli Parlimen Shah Alam itu. 

Saya bersetuju dengan apa yang disarankan oleh Mustafa - 'Ia bukan menggambar pendirian PAS' dan jangan lupa juga bahawa kenyataan tersebut 'bukan semestinya pandangan saya' kata Khalid, ia adalah pandangan netizen di sekitar alam maya @ internet!Baca lagi di sini

Kenyataan Khalid Samad sekarang ni sedang di spin oleh macai-macai sarkis seolah-olah itu adalah kenyataan darinya.Walhalnya Khalid Samad sekadar menyampaikan pandangan netizen dan ilmuan.


Saya tidak pasti Prof Datuk Dr Ramlah Adam ini orang Mahathir atau Najib. Tetapi dia adalah penyokong kuat Umno yang kini adalah Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Makai elok sangat sekiranya kalian meneliti satu kajian lapangan yang mudah bagi melihat sejauh mana persepsi rakyat terhadap institusi Raja, yang telah dilakukan oleh Ramlah Adam bersama Noorbaizatul Akmar Ishak di sini

 Menurut kajian tersebut, ramai rakyat Malaysia yang tidak memahami bahawa walaupun kedudukan Raja dari segi perlembagaan telah dipinda, bukan keseluruhan kedaulatannya diserahkan kepada rakyat. 

Antara perkara yang penting yang dipamerkan melalui kajian mereka itu ialah :


Namun apa yang memeranjatkan adalah mereka tidak mengetahui tentang peranan DYMM Sultan/Raja YDP dalam membuka Dewan Undangan Negeri dan melantik Menteri Besar serta Exco.Hampir 40 peratus. Ini jadalah adalah sayu satu umlah jumlah yang sangat significant; sesuatu patut dibuat bagi membetulkan ini
  Apa peliknya kalau rakyat biasa tidak tahu mengenai peranan dan kuasa sebenar seorang Sultan. Sedangakan bekas seorang Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah sendiri juga dikatakan keliru dan boleh menyebabkan PRU tidak diperlukan oleh negara.

Bekas Hakim itu berkata bahawa Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak menentukan pelantikan individu yang layak menjadi menteri besar negeri itu.

"Pandangan yang dikemukakan oleh bekas hakim itu menimbulkan banyak masalah serius kerajaan berperlembagaan. Pandangan ini juga menyebabkan pilihan raya tidak diperlukan. Mengapa membuang masa dan wang apabila kuasa mutlak pemerintah untuk melantik kerajaan? " Tanya pakar undang-undang perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari.

"Sultan tidak mempunyai kuasa mutlak untuk melantik menteri besar kerana ia tertakluk kepada prinsip raja perlembagaan, katanya lagi.

 "Jika pemerintah mempunyai kuasa mutlak untuk melantik kerajaan, hakim itu pada asasnya mencadangkan bahawa kita kembali kepada 1948 rejim berperlembagaan."

 Abdul Aziz berkata ia perlu diingatkan bahawa tanggapan pemerintah yang mempunyai kuasa mutlak ditentang oleh bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad apabila beliau berada di pejabat. 

 Mahathir kemudian mencadangkan menghadkan kuasa sultan serta mewujudkan mahkamah khas untuk mendengar kes-kes mereka sekiranya melakukan kesalahan .Baca lagi di sini.

Apakah dengan memaparkan pandangan Ramlah Adam dan Aziz Bari di blog saya ini, maka itu adalah pendirian saya? Berita terbaru : 
Salah lapor, Khalid timbang saman akhbar.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...