GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, August 11, 2014

Jangan terkejut : PAS pernah buat cadangan lebih pelik dari ini...

Lim Kit Siang yang selama ini senyap sepi tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai isu MB Selangor, kini telah naik hangin (sedikit) gara-gara ada  cadangan Khalid masuk PAS atau DAP supaya PAS atau DAP boleh kekal jawatan MB Selangor.

Namun ramai yang merasakan LKS sebenarnya membidas kenyataan Mat Yakob, MB Kelantan yang membuat  kenyataan yang tidak sepatutnya.

Tak tahulah pula samada Mat Yakob turut  menawarkan kerusi MB Kelantan kepada Khalid kalau Khalid setuju masuk PAS. Apakah langkah tersebut pelik?

Apa yang nak dipelikan sangat ? Sebelum ini, PAS pernah buat cadangan lebih pelik dari ini. PAS pernah menawarkan Tengku Razaleigh Hamzah jadi PM Malaysia, walaupun tidak pernah pelawa Ku Li masuk PAS. Hee! Hee! 


cadangan sinis di FB menyindir Mat Yakob
Untuk jadi MB Selangor, sorilah, DAP sudah menyatakan sokongannya kepada PKR untuk menggantikan Khalid dengan Wan Azizah. 

PAS jangan marahkan DAP kerana sokong PKR dalam isu ini. Dulu DAP sokong PAS jadi MB di Perak yang tidak pernah PAS Perak impikan sebelumnya dan PKR terpaksa gigit jari ketika itu.

Tindakan tidak bermaruah tawar Khalid sertai parti, kata Kit Siang

Jangan cuba tarik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ini bukan permainan nombor, penasihat DAP Lim Kit Siang memberi amaran kepada rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya tidak menangguk di air keruh.

 Katanya, tindakan mengambil kesempatan atas krisis tersebut dengan menawarkan Khalid yang dipecat PKR menyertai parti lain dalam PR, tidak berpendirian dan tidak bermaruah.

 "Ia sangat menjengkel dan menjijikkan untuk sesiapa yang mengambil kesempatan dalam krisis menteri besar dengan melayan cadangan Khalid masuk PAS atau DAP supaya PAS atau DAP boleh mendapat jawatan tersebut, sekiranya Khalid terus menjadi menteri besar," kata Lim.

 Ahli parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan tersebut tidak berprinsip dan menghormati konsep kesepakatan dalam PR.

 "Tiada parti politik atau pemimpin politik yang dihormati akan menimbang cadangan hina itu," katanya.

 Lim sebaliknya mahu pemimpin PR menumpukan kepada usaha untuk memulih dan menyakinkan semula rakyat susulan krisis yang berlaku di Selangor.

 "Cabaran yang paling besar dihadapi PAS, PKR dan DAP adalah untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada Pakatan," katanya.

 Lim bagaimanapun sedikit lega apabila ketiga-tiga rakan dalam PR menyatakan komitmen untuk kekal dalam gabungan tersebut walaupun selepas Khalid dipecat.

 "Saya bersyukur ketiga-tiga parti komponen PR menyatakan komitmen kekal bersama walaupun selepas pemecatan Khalid daripada PKR semalam," katanya.

 Menurut Lim, krisis di Selangor yang dihadapi ketika ini adalah terburuk dihadapi Pakatan.

 "Sama ada Pakatan boleh terselamat dan selesaikan krisis menteri besar dengan cepat bergantung kepada integriti politik dan saling hormat-menghormati dalam Pakatan," katanya.

 PKR terpaksa mengambil langkah memecat Khalid selepas usaha mereka mendesak menteri besar dua penggal itu berundur gagal. DAP sudah menyatakan sokongan kepada PKR untuk menggantikan Khalid dengan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagaimanapun PAS belum ada keputusan rasmi. Kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang mempelawa Khalid masuk PAS selepas dipecat dilihat sebagai petanda tidak baik.

 Bagaimanapun, kepimpinan PAS pusat berbeza pandangan dengan kepimpinan ulamanya yang seolah-olah tidak bersetuju dengan pemecatan Khalid.

 Khalid juga bertegas masih menteri besar Selangor yang sah dan menunggu keputusan daripada Sultan Selangor yang bakal diputuskan dalam mesyuarat esok. – 10 Ogos, 2014. - SUMBER
Comments
11 Comments

11 comments :

keadilan hebat said...

betapa ceteknya cara golongan ulamak berfikir dalam bermain strategi politik..tak hairanlah PAS tidak digeruni oleh UMNO selama ini..kerana kelemahan dalam menilai isu dan membaca kesan atas sesuatu isu.PAS hanya kuat apabila bergabung dgn parti lain,dulu s46,APU dan kini PR..sepanjang mereka bersendirian tiada kesan bagi umno malah tidak menimbulkan kegerunan kpd umno.Ulamak nak jadi profesional mmg susah..tapi tak susah untuk profesional menjadi ulamak..

Anonymous said...

Dilihat dari semangat setiakawan berpolitik,komen Lim Kit Siang tu amat benar.Memang satu langkah yg kurang bijak malah boleh dianggap khianat sekiranya Dewan Ulamak PAS mempelawa Khalid Ibrahim menyertai PAS.Tapi apa yg nak diheirankan sebab ulamak-ulamak ni bukan reti berpolitik.Kalau tidak takkan boleh perintah Ganu dan Kedah cuma satu penggal aje.Itu pun cakap bukan main sombong.Fikirkanlah tanpa sokongan bukan Islam tak mimpi PAS boleh ada ramai wakil rakyat diperingkat DUN dan Parlimen.Jenis bodoh sombong.

mosabit said...

PEMIMPIN PAS KEBELAKANGAN NI DAH MCM LIDAH BIAWAK...TAK ALIH JADI MUNAFIK..apa lagi yg boleh di harapkan dari pas ni...NIK AZIZ sokong khalid...khalid sokong umno...NAMPAK???

Anonymous said...

Geng UG ni bukan tahu pasal integriti ni. PR kena sekolahkan mereka, termasuklah hj hadi yang tak tahu protokol atau tatacara mesyuarat. Sebab tulah keputusan mesyuarat pimpinan PR dilanggarnya.

abuamir said...

Sokong kenyataan LKS 100% hanya parti yg tiada maruah aje buat kerja macam itu, hatta umno pun tak buat kerja macam itu. Dulu PAS juga yg ambil Ibrahim Ali jadi AP sehingga memalukan PAS akhirnya. Sekarang nak kutip sampah PKR pula? Pemimpin PAS sukar nak belajar dari sejarah atau ada agenda peribadi. Suruh ahli WALA kpd pemimpin tetapi pemimpin dok dengar kata penasihat dan org sekeliling yg haprak.

Ramai penyokong dan ahli parti terutama golongan Profesional akan keluar parti jika ini perangai pemimpin PAS langsung tiada integriti.Terutama Dewan Ulama yg selalu menyusahkan PAS selama ini. Apa kuasa dewan ini lebih tinggi dari AJK PAS pusat? atau mutakmar PAS. Jgn ingat rakyat bodoh atau buta.

CEO Siber said...

(( Sidang Tertutup )) -Penyelesaian Akhir Krisis MB Selangor

Hakikat yg pasti, UMNO takut terkubur di Selangor Jika Wan Azizah menjadi MB Selangor... Mungkin Ya!

UMNO perlu menerima hakikat ini yg memulakan drama ini berlarutan kerana mengumumkan Anwar bersalah kes liwat beberapa hari sblm sempat bertanding di kajang... Kemaruk kuasa di negeri termaju ini, menjadikan UMNO sanggup buat apa saja... Tapi tak mungkin pd Wan Azizah.. UMNO sudah berada di jalan mati...

Tapi, jika pemimpin lain yg menjadi MB selangor, mungkin UMNO mempunyai jalan2 lain yg lebih mudah!

Tawaran yg ditawarkan UMNO hanyalah cerita dongeng...

Konflik Anwar dan Khalid bersifat sementara..

Khalid akan pulang ke pangkuan PKR melalui Anwar juga sebenarnya..

Jadi, jangan susah hati sgt ye :)


Sumber
>>> Klik Di Sini

Gerakan Anti Najib/Rosmah said...

Aper yang lu duk melalut nih dan betoi ker Mat Yaakob pelawa TSKI masuk PAS. Jangan buat kerja jahat bro bila berkaitan dengan MB Perak pula jangan nak menipu ler kerana DAP memang tak sokong MB dari PAS tetapi ia adalah pilihan Sultan Azlan kerana DAP mana ada calon Melayu. Lu duk rehat ler dari dok buat fitnah kerana orang dah kenal saper alkusen yang dalam kepala otak tak boleh dengar nama Haji Hadi pasti paras gula akan naik. Inilah hasil dari tarbiah Abuya semasa dalam alqam dulu kut yang mana lu mungkin antara pengikut yang cukup marah kat Haji Hadi kerana tidak menyokong Abuya yang mengaku sebagai bani Tamin. Itu sebabnya gua nasihat kat lu agar kurang sikit ratib ug...ug...ug...ug.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Gerakan Anti Najib/Rosmah ni lu merepek apa ni? Bukan saya yg kata Mat Yaakob pelawa TSKI masuk PAS, lu bacalah sendiri link yg ada tu.Itupun lu tak boleh nak dpt pencerahan.Lu apa tahu pasal isu MB Perak tu.Kalau mahu merapu dan tidak ada fakta, bukan kat blog saya ni.sorrilah brother, otak lu UG sebenarnya!

Anonymous said...

sekarang ni banyak berita tak betul, termasuk Md Yacob pelawa Khalid masuk PAS. Dah di nafikan fitnah ini.

pak maun said...

Mmg betul alhusseyn. Komen diatas tu mmg jahil

Anonymous said...

nk mncelah cikit..
yg perenggan "PAS jangan marahkan DAP kerana sokong PKR dalam isu ini. Dulu DAP sokong PAS jadi MB di Perak yang tidak pernah PAS Perak impikan sebelumnya dan PKR terpaksa gigit jari ketika itu."

Pas takkan marah DAP la.. buat nk marah.. yg marah skrang adalah PKR yg marah Pas sbb maseh sokong Khalid.. Pas sokong Khalid sbb x nk Wan Azizah jd MB.. kerana beliau adalah isteri Anwar yg mmegang jawatan penasihat ekonomi negeri .. ada unsur kronisme yg ada kmungkinan akan mnjadi modal isu buat UMno BN mghentam Pakatan.. keyakinan pengundi akan trhakis nanti.. PKR jangan jd serupa UMNO.. cari calon MB lain.. atau Dr Wan Azizah akan malu kali ke 2 direject Sultan Selangor.. sekian..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...