GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, August 24, 2014

Kenali masalahnya PAS sebenarnya....

Apa sebenarnya yang menjadi masalah dalam PAS sehingga dilihat semakin kalut? 

Kau yang berak dan kencing kat hulu tu, kami kat hilir ni terpaksa bersilat untuk menepis ketepi segala macam najis yang kamu alirkan ke hilir ni.

Dah tu pula, kamu salahkan kami pula bila najis kamu tu terpalit kat badan kami, kata kat  kami semua ni busuk tak pandai mandi dan jaga diri. Sedap ke kamu saja!

Bukan kami tidak tahu sembahyang berjemaah. Tapi Kalau Imam mula angkat takbir sebelum masuk waktu sembahyang, tentulah jemaah atau kariah riuh satu Malaya! Janganlah ingat bila dah ada taitel Imam, kamu boleh ikut suka hati kamu saja dan suruh makmum ikut bontot kamu?


KUALA TERENGGANU 23 Ogos - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) mengakui parti itu kini berhadapan dengan masalah sikap dalam kalangan mereka yang tidak beradab dalam ‘berjemaah’.

 Menurut Abdul Hadi, mereka itu bukan sahaja lantang kerana cuba bertindak mendahului pemimpin tetapi juga mahu agar pemimpin mengikut apa-apa langkah yang mereka mahukan.

 Abdul Hadi membayangkan gambaran itu melalui kenyataan berkias dalam sedutan video yang dimuat naik dalam Facebook rasminya petang ini.9 “Kalau sembahyang berjemaah, ada adab sembahyang berjemaah. Antaranya imam boleh baca kuat, makmum tak boleh baca kuat. Kalau kata ‘amin’ tak apalah. Ini (baca) Fatihah sama kuat dengan tok imam juga.

 “Kemudiannya, rukuk dan sujud tak boleh dahului imam. (Mereka) ini pintas rukuk dan sujud dulu (daripada imam). Ini yang berlaku.

 “Jadi kita kena ada adab-adab berjemaah. Kadang-kadang (apabila) berasa lambat sudah, nak suruh beri salam deras (segera), suruh tok imam beri salam deras, ini masalah yang kita hadapi,’’ katanya.

 Kenyataan beliau difahamkan merujuk kepada kemelut politik yang berlaku di Selangor apabila pendirian beliau dan Majlis Syura Ulama disanggah oleh beberapa pemimpin pro Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwarinas) berhubung kedudukan menteri besar.

 Sebelum ini, dua Ahli Dewan Undangan Negeri Pas di Selangor memutuskan menyatakan pendirian mereka menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail walaupun pucuk pimpinan tertinggi Pas belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

 Langkah yang mereka ambil dengan kesediaan untuk dipecat daripada parti dibuat sebelum Jawatankuasa Pas Pusat bermesyuarat dan memutuskan pendirian rasmi pada 17 Ogos lalu.

 Bagaimanapun, Pas akhirnya turut menamakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bersama Azizah sebagai calon dan pakatan pembangkang kemudiannya memutuskan nama Wan Azizah sebagai calon tunggal. Ekoran itu, Pas Terengganu mengingatkan pergolakan politik di Selangor perlu dijadikan pengajaran besar kepada Pas untuk ‘menapis’ barisan kepimpinan sebelum diberi kepercayaan agar mereka memikul agenda parti dengan sentiasa taat dan setia kepada presiden dalam apa jua keadaan.

 Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat menegaskan, mereka tersasar daripada ‘akhlak berjemaah’ tidak perlu dan tidak layak diberi amanah dengan dilantik menjadi pemimpin kepada ‘Harakah Islamiyah’ pada masa akan datang. SUMBER
Comments
11 Comments

11 comments :

Anonymous said...

Yang Tuan Presiden pergi baca surah panjang-panjang apasal???

Dari Jabir -radhiallahu anhu- dia berkata: “Biasanya Muadz solat bersama Nabi SAW, kemudian dia datang, lalu mengimami kaumnya. Maka pada suatu malam, dia melakukan shalat Isya’ bersama Nabi SAW, kemudian setelah itu dia mendatangi kaumnya, lalu mengimami mereka. Dalam solatnya dia membaca surat Al-Baqarah, maka seorang laki-laki keluar dari shalatnya, kemudian solat sendirian, lalu pergi. Maka mereka berkata kepadanya, “Apakah kamu berlaku munafik wahai fulan?” Dia menjawab, “Tidak, demi Allah, aku akan mendatangi Rasulullah SAW, lalu aku akan mengabarkan kepada beliau (perbuatan Muadz ini).” Lalu dia mendatangi Rasulullah SAW seraya berkata, “’Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami para pekerja penyiram (tanaman) bekerja pada siang hari (sehingga kecapekan), dan sesungguhnya Mu’adz solat Isya’ bersamamu, kemudian dia datang mengimami kami dengan membaca surah Al-Baqarah.” Maka Rasulullah SAW menghadap Mu’adz seraya bersabda, “Wahai Mu’adz, apakah kamu tukang fitnah (yang membuat orang lari dari agama, pent.). Bacalah dengan surat ini dan bacalah dengan ini.” (HR. Al-Bukhari no. 664 dan Muslim no. 465)

Anonymous said...

Islam juga amat menitik beratkan pemilihan pemimpin (umara/imam). Bukan sahaja dalam bernegara (politik) tetapi juga dalam bersolat (yang layak untuk dijadikan Imam). Sebagai contohnya dalam solat sunat tarawikh seperti yang pernah dikuliahkan oleh Ust Ismail Kamus... Jika Imam yang tidak prihatin dan peka terhadap makmum (imam perlu kenali situasi makmum), sekiranya Imam membaca surah terlalu panjang di awal hingga ke akhir solat, apabila beliau (imam) memberi salam ke kanan masih ada 3 orang makmum di belakangnya dan apabila habis memberi salam ke kiri maka yang tinggal hanya Imam seorang sahaja. Itulah yang akan terjadi kepada pemimpin (Imam) yang terasa diri begitu Alim Ulama tetapi tidak tahu situasi ukhwahnya dan syok sendiri sahaja. Imam pun tidak perlu flip-flop dalam membuat keputusan bimbang nanti dikatakan nyanyuk dan kurang kredibiliti atau lebih buruk lagi dikatakan "imam untuk agama Melayu".

nyo komeng said...

NAMPAK MACAM ORANG PAS SAMDOL NI..
BAHLOL PUNYA SAMDOL...
AMBIL SUMBER UTUSAN.

TAPI SAMDOL NI MEMANG PEROSAK PAS..

Anonymous said...

al-Hussein ni salah satu contoh makmum yang semayang berimam tapi rukuk dan sujud ikut suka hati sendiri pasal dia rasa dia lebih layak jadi imam

Anonymous said...

Hi x abis2 nk slh kn pas lg?ko aje la tuan blog yg perfect..

keadilan hebat said...

Benar dalam rukun solat berjemaah makmum tidak boleh mendahului imam dan harus mengikuti tertib imam

Tetapi ketika melaksanakan solat,sekiranya imam tersalah bacaan atau terlupa rukun,makmum dibolehkan menegur Imam ketika dalam solat.

Aku teringat satu kuliah yang disampaikan oleh Dato ustaz Ismail Kamus di surau satu ketika dulu ada menyebut...

Qariah wajib menukar Imam sekiranya Imam itu sring kali bacaan atau sebutannya ketika melakukan solat tersilap atau tersasul (pelupa...ini bagi mengelakkan amalan jemaah tidak diterima.

Dalam isu ini aku tak nampak kenapa adun itu tidak boleh memperbetulkan/bertindak mengikut kesesuaian strategi politik asalkan tidak melanggar hukum agama..

Apakah presiden tidak pernah terkhilaf bacaan politiknya? seperti kenyataan sebelum pilihanraya 2004 dulu dengan yakin mengatakan terengganu akan kekal dibawah PAS,kemudian presiden juga dengan penuh keyakinan mengatakan rakyat telah menolak kit siang dan karpal singh sebab mereka ini umpama ubat yang tamat tarikh luputnya..alih-alih terengganu terlepas dari PAS kit siang dan karpal singh menang besar dlm PRU11..

Alhusseyn Alhusseyn said...

nyo komeng , Kamu suruhlah Haji Hadi saman Utusan kalau berita tu tak betul! Kah!3 Ko tak tahu kah yg muka Hj Hadi dah jadi pujaan Utusan maka selalu terpampang di muka depan! Tahniahlah, kerana musuh dah suka/ puji Haji Hadi!

Putra IJ80 said...

Alhamdullilah jika sudah ada kesedaran sedemikian...

Masih ada masa utk mmperbaiki..sebelum PRU14..In sya Allah...

Buang semua Musang Musang berbulu ayam yg di terapkan olh musuh musuh PAS secara x sedar itu...

PAS pasti akan kembali dgn Kemenagan..

Contoh nya satu ketika dulu bila PAS tengah stragule hanya ada dua tiga MP(AP)..

Ttiba salah saorang dari MP(AP) PAS itu..bertindak salah laku menari di khalayak ramai..

Tanpa teragak agak PAS memecat MP itu..

Ketegasan itu kita melihat kuatnya peggangan PAS dlm peendirian nya bersesuaian dgn Perjuangan nya...

Alhamdullilah hari ini kita lihat PAS telah hampir berjaya....

Cepat lah bertindak...semuga PAS akan bersih dari anasir yg merosakan dan sebelum Kelantran jatuh ke tangan penzalim penipu raakyat..

Wallaua'lam

Malaysiabaru said...

Seronok baca semua komen di atas. Kesimpilan... imam yg liat dok cari bini istsnbul perlu di tukar... bukannya ahli yg bertungkus lumus mensyiarkan roh parti di pecat

abuamir said...

Yg menjadi masalah kpd PAS ialah geng UG ketagih nak bersama dgn umno. Geng UG ni pengaruhi presiden melalui SU PAS. Sekarang yg paling berkuasa ialah SU PAS bukan presiden.

PAS jadi rosak sebab pemimpin ada agenda peribadi utk bersama dgn umno demi kuasa dan jawatan.

Anonymous said...

Tuang Presideng,

kalo imam solat baca al-fatihah bahasa tamil, makmum tegur berkali-kali tapi imam tetap buat derk sebab dia lagi warak, wajib ikut lagi ka wahai Tuang Presideng...

rasanya dah berbelit-belit bercabang cabang dah lidah imam tu ya. makmum pun confuse apa yang imam tu baca...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...