GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, August 23, 2014

Kenapa biarkan persepsi liar berleluasa baru nak beri penjelasan sekarang?


Sepatutnya Setiausaha politik Haji Hadi ni perjelaskan kepada orang ramai mengenai pertemuan tersebut awal-awal lagi.Kenapa khabar-khabar yang tidak benar itu dibiarkan  sekian lama hingga mengundang berbagai macam persepsi liar  berleluasa  sebelum ini?

Kalau dilihat tarikh kenyataan Suhaizat Kayat melalui facebooknya (bawah) itu ialah 19 Ogos, selepas mesyuarat AJK PAS Pusat pada 17 Ogos. Bandingkan pula dengan tarikh berita yang keluar kat atas tu - 15 Ogos. 



Kesian Suhaizat, dia cuba nak depen TGHA dari tuduhan U Turn, tapi dia pula dikantoikan oleh Samsuri Mokhtar! Ada komplot tak?

Setiausaha Hadi perjelas pertemuan dengan sultan

Setiausaha politik kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menjelaskan tiada sebarang titah arahan dibuat sultan Selangor pada presiden PAS itu berkaitan isu krisis menteri besar negeri.

 Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau membuat penjelasan itu kerana ingin membetulkan maklumat melalui kenyataan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat yang menggambarkan seolah-olah wujud arahan tertentu daripada sultan.

 “Maklumat yang tidak tepat ini pula telah dipetik oleh media sosial dan arus perdana beberapa hari lalu dan telah mengundang kekeliruan,” katanya.

 Dalam kenyataannya hari ini, Samsuri berkata, Hadi memohon mengadap sultan pada hari raya keempat sempena perayaan itu.

 Bagaimanapun, Suhaizan pada 19 Ogos lalu menulis Hadi yang hubungan agak baik dengan istana dititah menghadap pada hari raya keempat.

 Hasilnya, jelas Suhaizan, presiden PAS membuat keputusan bahawa satu nama alternatif perlu dikemukakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan melibatkan istana dan Azizah.

 Atas pertimbangan-pertimbangan itu, jelasnya lagi, PAS mengambil jalan tengah dengan menamakan Azmin Ali bersama Azizah sebagai alternatif.

 Sementara itu, Suhaizan hari ini mengeluarkan kenyataan pendek menjelaskan artikelnya kelmarin yang mendedahkan pertemuan itu.

 “Saya ingin membetulkan segala tanggapan yang menyatakan bahawa pihak istana Selangor telah menamakan atau memberi isyarat nama Azmin sebagai calon menteri besar Selangor.

 “Justeru, sebarang tanggapan berkaitan dengannya adalah tidak benar dan tersasar sama sekali daripada maksud rencana tersebut,” katanya di sini
Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

The Kings do no wrong. Becareful when to ask for an audience. It just to pay respect and silaturahim. If you go for politics no at all. If you go for for an administrative duty. You have to follow every single rule of the audience. The king do no wrong.

Anonymous said...

Aku mohon dalam saat genting spt ini hanya seorg jurucakap saja di benar buat statement. Yg lain jgn gatal tangan nak tunjuk terror. Fikir dulu baru cakap bukan bila di ujuk micropon aje terus pot pet pot pet...macam mulut capoi.

Anonymous said...

PAS jd tunggang langgang akibat dr pemimpin yg lemah. Pemimpin yg selalu bt keputsan syok sndiri. Rase mcm pndai sngt konon tetapi ketara bodoh nya. Pgang tmpuk pemerintahan negri trnggnu pun hbis tunggang langgang. Nsib baik st penggal jer kalau tk hbis jhanam...

Anonymous said...


Dalam PAS semua org boleh buat kenyataan tapi yang paling sedih semuanya tak boleh pakai banyak sangat orang mengaku cerdik. Biar apa juga perkara org yg tertentu aja membuat kenyataan baru betul.

Gerakan Anti Najib/Rosmah said...

Bro... lu cakap lu ahli politik yang serba tahu tetapi hampas. Isunya tak ada pun yang ada pun macai macam lu ler mengisukan kerana lu cukup seronok jika satu-satu isu melibatkan Haji Hadi, bila orang nasihat ikutlah saluran lu bukan main gah mengatakan yang tulisan dalam blog lulah salurannya. Gua tahu ler lu memang habat dari masa arwah Abuya lagi. Lu sebagai Ketua cawangan PAS takkan jahil bila melibatkan perkara sensitif dan lu kta dah ikut saluran hakikatnya lu pakai langgar jer.
Haji Hadi minta mengadap Sultan Selangor sebagai tanda hormat seorang pemimpin parti yang memiliki 1/4 kerusi untuk meraikan bulan Syawal. Beliau tidak membincangkan tentang siapa calon mengantikan TSKI walau tidak mustahil isu politik tidak boleh ditolak tepi oleh Sultan berkaitan negerinya. Jika lu dah rasa sepak teranjang politik mengikut umur lu maka tak payah ler menggunakan dari sumber ini, sumber itu demi menunjukkan kebencian lu pada Haji Hadi walau pun gua akui peranan lu menjatuhkan Midah Osman.
Gua nak tanya lu, adakah Haji Hadi telah melanggar amanah, bai'ah terhadap Al-Quran dan As-Sunnah.?. Jika ada maka calonkan satu nama untuk memikul tugas sebagai presiden baru PAS pada Muktamar pemilihan yang akan datang.... Wallahualam

lijitra said...

aku rasa lebih baik pemimpin2 sayap parti jangan keluar kenyataan apa2 selagi belum sahih.contoh la ni kenyataan ketua pemuda mengenai pertemuan tuanku sultan dgn TGHH.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Salam Gerakan Anti Najib/Rosmah, lu faham tak apa isunya di sini? Perkara tu dah heboh dispekulasikan melalui blog yg aku link kan tu sejak 15 Ogos lagi. Kenapa Samsuri tidak segera buat penjelasan sehingga Ketua Pemuda buat kenyataan pd 19 Ogos, iaitu selepas mesyuarat AJK. Kenyataan Suhaizan itu sebenarnya tidak memberi apa-apa efek sbb dah lepas mesyuarat,dia hanya cuba nak depen TGHA berbanding dgn artikel pada 15 Ogos tersebut. Lu ingat aku percaya yg Sultan jemput Hj Hadi jumpa dia? Jadi blogger konon tapi tak tahu baca isu!

abuamir said...

Selagi ada pemimpin & ahli yg taksub kpd pemimpin keadaan akan tunggang langang. Kita ahli wala kpd pemimpin yg patuh kpd keputusan muktamar bukannya pemimpin yg ada agenda peribadi atau kepentingan geng UG.

Perangai geng UG sama dgn umno, lebih baik masuk umno terus.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...