GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, August 18, 2014

Kenyataan Ayam Dr Zuhdi Marzuki

Selepas PAS bersetuju menyingkirkan Khalid sebagai MB Selangor dan menamakan 2 calon untuk menggantikannya, Majlis Presiden Pakatan Rakyat akhirnya mengambil keputusan hanya menamakan satu calon sahaja daripada dua nama yang dicadangkan PAS itu.Ini adalah kerana calon yang satu lagi itu telah menarik diri. 

Tapi apa halnya Dr Zuhdi Marzuki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS buat status ayam macam ini?


Patutlah sangat dia dikeluarkan dari jawatannya Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS.Mula dulu tidak mengaku, kemudian dia akui pula? Bukan aku yang kata, Pak Subky kata :


Adakah Ayam sabung yang Dr Zuhdi maksudkan itu Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu? Kesian Mat Sabu. Macam-macam dia dah kena - Syiah pun dia, Kominis pun dia, Islam Liberal pun dia...Apa lagi yang korang mahu?


Harap mereka yang sewaktu dengan Dr Zuhdi ni tolong baca kenyataan berikut:

PAS menerima keputusan Pakatan untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai calon menteri besar Selangor.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata, beliau juga menghormati keputusan Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali yang menyokong keputusan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
.

"Sebenarnya PAS mencadangkan Azmin kerana kita dapat maklum dari pihak istana kemungkinan istana tak sanggup terima Wan Azizah. Atas dasar itu kita cadangkan nama Azmin sekali.


"Oleh kerana Azmin sendiri menarik diri maka kita tak boleh nak buat apalah. saya rasa ia bukan satu masalah
.

"Sebab utama kerana kita dapat maklumat dari istana. Itu sebab utama. Tapi kita tengoklah. Sebahagian ahli PAS kata cuba dulu. Kalau sultan tolak, biarlah sultan tolak. Maknanya, bukan kita (PAS) yang tolak, tapi sultan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan forum di Kuala Lumpur malam tadi.


Semalam, Pakatan Rakyat akhirnya memutuskan untuk mencalonkan Wan Azizah sahaja sebagai calon menteri besar Selangor


Perkara itu baru diputuskan dalam mesyuarat majlis presiden PKR, DAP dan PAS di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor.


Sementara itu, Azmin ketika ditemui media menegaskan partinya dan Pakatan lebih penting berbanding siapa yang menjadi menteri besar. "Bagi saya, parti diutamakan. Saya beritahu rakan sejawat saya (dalam mesyuarat) kita mesti bekerja sedaya upaya untuk Pakatan.


"Saya amat percaya selepas krisis ini Pakatan dan PKR akan bertambah kuat," kata Azmin (kiri).


Sebelum itu, dalam forum krisis Selangor yang diadakan di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur- Selangor malam tadi, Khalid turut menjelaskan perkara yang menyebabkan Pakatan menolak Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.


Forum selama dua jam setengah yang turut dihadiri oleh AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat dan pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari antara lainnya turut membincangkan tentang sebab utama PAS masih meletakkan empat orang exconya di dalam kerajaan negeri Selangor. ~ SUMBER
Comments
17 Comments

17 comments :

Anonymous said...

zuhdi ni ahli PAS ka? nak simpan lagi ka?

Anonymous said...

Ini membuktikan bahawa racun inilah yang akan merosakan Pas.Percayalah sekiranya beliau ini tidak di siasat secara islam untuk membuktikan beliau ini adalah perosak besar kemungkinan barah dalam Pas akan merebak,sebab kuman-kuman lain sedang sentiasa menanti.Buang aje title Dr tu.

Anonymous said...

Kalau Dr bangang ini ta di pindahkan pasti PAS akan kalah

Anonymous said...

Dr ini ayam baka UG.Singkirkan, singkirkan, singkirkan

Anonymous said...

Zuhdi nama aje doctor tp otak beku macam ayam beku. Pengarah operasi apa? Dia boleh joint ulama Velfire, Ibrahim Perkosa, Hassan Ali jual ayam

Anonymous said...

Pakcik ni orang PASkan..tapi suka gelar-mengelar.

Putra IJ80 said...

Kerana itu Islam x pernah menang dalam apa jua Perjuangan kebelakangan ini slps zaman Khalifah
coz dalam satu satu Pertubuhan Organisasi ada Musang berbulu ayam yg.di resapkan dan mereka ini licik kelihatan taat berilmu warak baik dan begitu komited dlm perjuangan sahingga di lantik jadi org Penting... dalam masa yg sama mereka lah penyalur maklumat merosakan dari dalam secara halus..sahingga berlaku pepecahan dan kemusnahan serta kekalahan.

Note:Mujur hari ini di Gaza mereka sudah sedar watak ini dan kelihatan perubahan dgn Kejayaan nya.


Alhusseyn Alhusseyn said...

Anonymous 7:25:00 pm, Dr Zuhdi kan sebut ayam? Kenyataan pasal ayamkan? Kalau dia sebut pasal katak, saya akan katakan kenyataan katak Dr Zuhdi...apa masalahnya?

4G said...

Alhussyen..anta ni dgn greenboc dan ana memang 1 kepala sayang pas tpi benda ta betui kene cakap.. he..he.. blog anta n greenboc memang ana takkan miss so bila kita bole jumpa utk na p katok kepala dr ayam tuu..he.he..

Anonymous said...

Ahli-ahli PAS, apa kata usulkan kepada Lembaga Disiplin untuk disiasat dan jika perlu digantung keahlian Dr Zuhdi untuk beberapa tempoh yang perlu.

Satu lagi Nasaruddin Mat Isa... perlu disiasat dengan beberapa kenyataannya yang sering menjejaskan PAS... usul dipecat.

Lebai Serban Besar dari Temerloh disyorkan diberi amaran agar tidak mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej parti... kalau sekadar jejaskan imej bodoh diri sendiri lantak dialah.

Kalau tiada tindakan... lain kali akan jadi ikutan oleh ahli-ahli PAS yang lain.... masa tu susah PAS nak tangani kesan pelanggaran disiplin yang dibuat oleh ahli-ahli PAS sewenang-wenangnya.

Anonymous said...

Kupasan terbaik!saya sokong! org mcm Dr Zuhdi ayam ternak nilah yang menjahanamkan persefahaman kalangan kita penyokong PR,kesian bg Mat Sabu,puak UG ni tak habis-habis nak berdendam ngan dia,apapun syabas pemimpin pemimpin hebat dalam PR yang sentiasa istiqamah dalam perjuangan.terbaikkk juga alhusseyn51,teruskan menulis demi kebenaran

Anonymous said...

dr nii lagi sekoq spesies ayam yg perlu PAS sepak keluaq sabalum menjadi barah

Anonymous said...

Ada kebanyakkan Ustaz2 dalam PAS segan nak teriak Hidup Melayu terang2 tu yg keluar statement2 menunjukkan nak Join UMNO

Anonymous said...

PECAT LAH CEPAT KALAU PAS PARTI YANG ADA TELOR, ADA BATANG..

KALAU ANAK JANTAN TOLONG LAH PECAT..

CAKAP NAK SEDAP HATI BOLEH LAH..

SIAPA BERANI TOUCH DR ZUHDI...

INGATLAH JASA DIA PAS DAH MENANG BESAR..

PECAT LAH KALAU BERANI...

SHUBKY LATIF APER JASA DIA PADA PAS?

TAK KAN SEMUA AHLI PAS, PAK LEBAI SEMUA DAH JADI BODDO TONGONG? LEMBU PON LAGI BIJAK.. TAK DAPAT HIDAYAH KER PAK LEBAI?

BUANG LAH KETAYAP PIE JOGET DANGDUT LER...

abuamir said...

Kpd dr. ayam & geng UG nilah jadi anai2 dlm PAS & PR. Mereka ni merosakkan PAS dari dalam. Kalau dah ketagih sgt nak bersama umno sila keluar dari PAS. Tengoklah hassan aqidah, ibrahim katak semua dah jadi menteri......berbaloi bodek umno ooooh.

Lembaga displin PAS perlu ambil tindakan dgn lucutkan jawatan dan jgn calunkan pd PRU14 nanti.

ss said...

din ayam, zuhdi ayam..

Anonymous said...

Dr.ni makan ayam curi tapi dia sembelih.Tak tahulah apakah hukumnya.hanya Dr Zuh yang tahu.kah.kah.kah.Malu rasanya aku jadi pengikut Pas yang kepala hotaknya tepu.Dia macam tak kenak je siapa MAT SABU.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...