GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, August 27, 2014

Kes spenda terlondeh lagi !


Aku telah dimaklumkan bahawa sebenarnya kenyataan media Setiausaha Agung Pas Dato' Mustafa Ali selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat semalam adalah tidak seperti yang diputuskan di dalam mesyuarat.

 Dato' Mustafa Ali dalam kenyataan media satu perenggan semalam menyebut :


"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan Menteri Besar Selangor"

 Sebenarnya yang dipersetujui oleh Mesyuarat ialah mengekalkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 17 Ogos 2014 dan seterusnya menyerahkan kepada Tuanku Sultan memilih di antara dua (2) nama yang dicadangkan oleh Pas sebelum ini.

 Kenapa di dalam kenyataan media Setiausaha Agung tidak menyebut bahawa keputusan 17 Ogos 2014 kekal? Kenapa Setiausaha Agung hanya menyatakan mesyuarat bersetuju menyerahkan kepada Sultan tanpa menyebut bahawa Sultan perlu memilih antara dua (2) nama yang dicadangkan?? 

Cilok Gua... Gua Cilok Lu....~ Zulhazmi At-Takanan
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...