GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, August 12, 2014

Kumpulan sarkis sudah sampai....


Adalah benar apa yang pernah Lim Kit Siang katakan bahawa mesyuarat AJK PAS pada 17 Ogos untuk membuat keputusan sama ada atau tidak untuk menyokong Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, adalah penentuan masa depan Pakatan Rakyat itu sendiri.

Jika PAS menyokong Dr Wan Azizah, maka Pakatan Rakyat akan dapat mengelak daripada Pilihan Raya Negeri tetapi jika PAS menyokong Khalid Ibrahim, Pilihan Raya Negeri pasti akan berlaku.

 DAP pastinya akan mengarahkan Hannah Yeoh meletakkan jawatannya sebagai Speaker Dewan dan kembali ke bangku simpanan DAP.

 DAP mempunyai 15 kerusi dan PKR 13 menjadikan jumlah mereka 28. PAS yang mempunyai 15 kerusi dan 1 bebas (Khalid Ibrahim sendiri) tentulah sangat berterima kasih kepada UMNO/BN yang mempunyai 12 kerusi kerana telah menyatakan sokongan kepada mereka.  

Maka DAP-PKR akan mempunyai 28 suara vs 28 undi daripada pakatan sarkis PAS-BN-Khalid Ibrahim. Ini adalah "perhimpunan bergantung".

 Namun, perkembangan terbaru mendedahkan bahawa 4 Adun PAS telah menandatangani akujanji menyokong PKR...Kalau berita ini adalah benar, maka Khalid akan berdepan dengan undi tidak percaya.

Khalid Ibrahim tidak ada pilihan selain terpaksa segera membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk mengelakan dari proses undi tidak percaya terhadapnya apabila dewan bersidang kelak.

Kumpulan sarkis yang menyokong Khalid hanya berbaki 24 sahaja berbanding dengan PKR13+DAP15+PAS4 =32. 

Umno/BN yang cuma 12 kerusi itu tentu gembira kerana dapat membantu Khalid dan PAS untuk sama-sama bermain sarkis dalam khemah sarkis mereka.Siapa yang tidak gembira kerana akan dapat untung besar menangguk di air yang keruh!

Bukan sahaja kerjayanya Khalid sebagai MB akan berakhir, malah era pemerintahan Pakatan Rakyat di Selanor juga akan turun bersama Khalid? Nauzu billahi min zalik!

Pakatan Rakyat akan berdepan dengan kemarahan rakyat. Ada yang marahkan PKR. Ada yang marahkan PAS dan ada yang marahkan DAP.

Adakah lagi yang masih marahkan UMNO/BN apabila segala kemarahan mereka tertumpu kepada tiga parti bekas gabungan Pakatan Rakyat? 

Sama-samalah kita tunggu, apakah kita berkesempatan untuk bersama Gengster Ustaz untuk Solat Syukur di kediaman Menteri Besar baru yang akan dilantik selepas Pilihanraya negeri jika berlaku nanti.
Comments
6 Comments

6 comments :

Putra IJ80 said...

Alquraan dan Hadith bagi PAS hanya apabila berucap di Pentas bagi menunjukan mereka lebih tahu atau apabila berhadapan dgn hujah seteru mereka tetapi dalam memperaktikkan apa lagi yg ada kaitan dengan kepentingan PAS akan letakan Alquraan dan Hadith ketepi..bagi menghalalkan cara..

Kerana itu Dalam kes MB yg di pertikaikan sekarang PAS yg telah berjanji utk setia bersama ia mungkir bila di letakkan Amanah supaya memberi satu keputusan yg akan memberi kekuatan dalam tindakan bersama..PAS menunda tarikh mesyuarat bagi mendapatkan permufakatan Ahli nya..yg menyebabkan hal itu tergantung ...supaya Bidaah fitnah menular di kalangan pemerhati Politik dan yg.berminat..supaya PAS dapat menangguk di air keroh..

Sedih perkara ini berlaku tapi akhir zaman memang itu yg berlaku bila Ulamak para ilmuan terlalu sayangkan Duniawi.

Wallahua'lam

Jgn mareee

Anonymous said...

woi orang tua sarkis

pkr & dap yg mengkhianati pada mb khalid macam al-sisi & tentera mengkhianati presiden morsi.

pas tidak pernah mengkhianati pada mb khalid macam ikhwan muslimin tidak mengkhianati presiden morsi.

pas tidak mengkhianati konsensus bersama melantik khalid sebagai mb bersama.

pkr & dap lah yg mengkhianati konsensus bersama melantik khalid sebagai mb bersama.

pas menolak keputusan pkr ala diktator untuk mengkhianati mb khalid.

Anonymous said...

semua parti dah gila. malaysia akan musnah kerana masing2 tamak kuasa. puak dajjal sedang bergembira.

Pemerhati said...

salam. bg aku yg x berapa reti nih, msg2 parti dale gbngn Pr ada silap'y. anwar dgn sikap terburu2..terus menamakn Azizah sbgai calon Mb tanpa berbince terlbh dulu nga Pas.S'gor berbeza nga k'tan or p.pine. Hj Hadi pun sama tergopoh apabila disua nga mikrofon. ssh sgt ke nk jwb "No komen.. tnggu kptsn mesy Pas Pusat..". Dale berpolitik nih akal kene pintar. Tp aku rasa Tski akan turun gak dr takhta Mb. kalu Pas terus memperthnkan Tski slps mesy 17hb nih, makna'y hbgn Pas nga Pkr/Dap PUTUS. Pas akan khlgn sokongam pgundi slps nih. buke dikalangan non Muslim dan atas pgr saje..bahkan pyokong & simpatis Pas gak akan lari. Plg kure diaore X kuar mgundi. oleh itu, Pas kena kaji betul2 sblm buat satu satu kptsn!!

Anonymous said...

1. PAS terlalu lembab sampai nak tunggu 17 hb baru nak mesyuarat untuk buat keputusan.
2. PAS perlu bersama PR untuk menjatuhkan AMENOBN. Itulah matlamat yang didokong orang muda.
3. PAS tidak boleh bersama AMENO kerana sebelum ni sudah beberapa kali ditipu dan dikhianati.
4. Para ustaz ustaz dalam PAS mesti pandai politik, bukan berceramah saja.
5. Tak tau apa nak jadi dengan PAS selepas ni.

Wallahua'lam

Ritchie Blackmore said...

Golongan dlm pas yg tak walaq kpd tuan guru sila keluar pas....!!!!!sekalipun jika ada pimpinan kanan yg keluar pas ianya tidak akan beri kesan yg besar kpd parti krn allah taala akan memberi bantuan untuk pas krn ingin menegakkan syariat islam...allah huakbar!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...