JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, August 25, 2014

Musuh Politik Saya ialah Umno/BN - Mat Sabu


Semoga ungkapan mudah Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, "Musuh Politik Saya Ialah Umno/BN" akan menjadi kata kunci kepada semua AJK PAS Pusat yang akan menghadiri mesyuarat tergemparnya hari ini, 25 Ogos, 2014.

Kita ucapkan selamat bersidang kepada mereka semoga mendapat solusi yang terbaik dalam mengakhiri kemelut isu perlantikan MB Selangor.

Apakah ramalan untuk konar baring hingga cecah telinga akan menjadi kenyataan? Semoga Allah terus memelihara perjuangan PAS dan terus berada dilandasan perjuangannya yang sebenar. Kita lihat dan tunggu sambil berdoa yang terbaik untuk semua. 

Sementara itu sila baca pandangan Dr Aziz Bari berikut :

Kelewatan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS menandatangani akuan berkanun (SD) bagi menyokong Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak penting kerana PKR sudah pun mempunyai jumlah sokongan yang diperlukan.

 “Saya fikir 30 SD (menyokong Azizah) sudah lebih daripada cukup.

 “Tidak mengapa jika PAS berlengah-lengah menandatangani surat sokongan kepada Wan Azizah,” kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari malam tadi.

 Pensyarah undang-undang berkata 30 SD itu ibarat sambil menyelam sambil minum air.

 “Implikasi undang-undang terhadap SD itu juga penting: ia mengambil budi bicara sultan dalam melantik MB.9 “Kewujudan SD itu menjadikan peranan sultan kini hanya formaliti dan istiadat semata-mata,” katanya dalam kenyataan di sini
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Pemimpin munafik, pengikut fasik
Apa lagi yang diharap dari pemimpin yang berpura-pura? Tidak pernah bermujahadah memperbaiki diri dan menjadi contoh kepada pengikut. Lebih mementingkan air muka dan reputasi berbanding memimpin pengikut supaya beragama. Zahirnya nampak baik, komited dan hebat. Dia melazimi usrah dan selalu memberikan pendapat dalam perbincangan. Tidak pernah terlepas melibatkan diri dalam semua aktiviti. Ini seperti firman Allah:

"Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkaujuga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih)...." Al-Munafikun:4

Malangnya kita sendiri terlalu pantas mulutnya berbanding perbuatan dan lebih malang lagi kita tidak bersungguh-sungguh mengislahkan diri. Kelak Allah akan menyoal kita seperti firmannya:

"Wahai orang beriman, kenapa tidak kamu perbuat apa yang kamu katakan? Sungguh besar kemurkaan Allah kepada mereka yang berkata tetapi tidak beramal dengannya." As-Shaff: 2

Kita merasakan amaran Allah didalam Al-Quran hanyalah terkena pada orang lain dan bukan diri kita. Beria-ia merancang program untuk masyarakat, tetapi diri sendiri bagaimana? Segala salah orang kita perhati tetapi salah sendiri tidak pernah disedari. Jadilah seperti pepatah dahulu:

"kuman seberang laut kita nampak, Gajah depan mata kita tak perasan"

Memilih pemimpin mesti yang amanah. Bukan yang bersikap talam 2 muka, dihadapan orang kelihatan taat, bila bersendiri membelakangkan Allah dengan biadap.

"(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah)." Al-Munafikun: 3

Amanah pemimpin ialah menjadi Uswah kepada pengikutnya. Kajian menunjukkan, hanya 20% nasihat yang dituturkan oleh pemimpin memberi kesan kepada kepada pengikutnya. Baki 80% lagi adalah melalui perbuatan pemimpin tersebut.

Rasullullah sebagai ketua umat Islam merupakan contoh kepada umatnya. Kerana itu terbentuk generasi sahabat yang paling hebat pada zaman baginda.

“Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu adalah teladan yang baik bagimu, (yakni) bagi orang yang mengharap (Rahmat) Allah dan (keselamatan) di hari akhirat dan yang banyak mengingati Allah.” Al-Ahzab: 21

Kalau kita benar-benar ingin melihat Islam tinggi, tidak ada pilihan, kita mesti berubah. Jika pemimpin tidak boleh menjadi contoh, pengikut akan hanyut dan merasakan perbuatan pemimpin yang serba lalai itu sebagai tidak salah. Berterusanlah mereka menjadi orang yang fasik (berterusan berbuat dosa) kerana beramal mengikut penilaian mereka terhadap pemimpin.

Untuk senior dan pimpinan, jadilah contoh. Saya lalai dan pasrah dgn kefasikan diri. Mohon jangan berlakon lagi. Pilihlah pemimpin yang takutkan Allah.

Anonymous said...

Kerjasama dgn umno harsm tp dgn dap x haram baguslah tu fahaman islam kau orang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...