JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Saturday, August 09, 2014

Nik Aziz : Saya tak boleh nak kata apalah .....

Ramai  yang marah bila Malaysia Insider siarkan berita ini.Mereka marahkan tajuk berita tersebut : Nik Aziz tidak sokong keputusan ulamak PAS kekalkan Khalid sebagai MB Selangor.


Dalam satu artikel , penulis tersebut telah membidas dengan menulis :
Apakah penulis TMI jumud dan tidak membaca kenyataan sebelum ini sehingga membuat kenyataan bahawa TGNA tidak setuju. Melainkan Penulis TMI ada niat JAHAT kepada TGNA dan PAS.
Habis disenaraikannya segala editor yang berkerja dengan TMI dan menuduh mereka cuba memburukkan PAS sebagai tali barut dalam pemberitaan yang tidak profesional bagai-bagai ..... Kalian boleh baca di sini.

Tulisan saya ini bukanlah kerana  berpihak kepada TMI, tapi korang pikir-pikirlah sendiri. 

TMI sebenarnya telah merujuk kepada satu blog yang sangat anti UG. Blog tersebut telah mendapat satu rakaman temubual dengan TGNA pada 7 Ogos, 2014, tarikh yang sama MSU PAS mengeluarkan kenyataan yang menyatakan TGNA sokong...

Sebagai menafikan tajuk berita TGNA sokong, maka TMI pun buatkan tajuk 'Nik Aziz tidak sokong....' Salahkah? 

Transkrip temubual TGNA 7 Ogos 2014

0:22 – 0:29 ~ Kelmarin mesyuarat Syura, saya pergi jadi pengerusi sekejap. Tak sampai setengah jam, saya lari tubik, kerana berasa sekak, alhamdulillah hari ni segar balik.”

seterusnya TGNA berkata...

2:13 – 2:21 ~ Saya hadhir kejap sahaja, belum sampai keputusan saya dah keluar. 

2:18 – 2:24 ~ Jadi cerita mesyuarat ni ada jurucakap dia.Saya tak boleh jadi jurucakap.Ada setiausaha dia. 

2:25 - 2:33 ~  Dia setiausaha tu gi ke rumah belum waktu maghrib, lepas pada magharib, dia naik ke rumah saya terangkan kepada saya keputusannya. Saya tak bolehlah sebut hari ini…. 

      Sesungguhnya  TGNA langsung TIDAK                                  mahu komen pasal Selangor!

4:48 - 4:53 ~ Politik Selangor, saya dah sebut hari tu, Kelantan lagi saya berikan orang lain, usahkan nak ganggu Selangor pulak? 

4:54 -5:01 ~ Kelantan yang saya buat sebagai anak, negeri Kelantan saya jaga macam saya jaga macam anak tu pun saya beri pada orang lain kerana letih. 

5:02 -5:05 ~ Ini nak jaga Selangor pula..nak buat apa? Orang Selangor, pandailah orang Selangor ! 

5:06 – 5:17 ~ (wartawan) Keputusan kelmarin tu bagaimana Tok Guru…menarik ke bagaimana keputusan tu? 

5:18 – 5:19 ~ ( tidak jelas pd pendengaran) 

5:20 – 5:31 ~ (wartawan cuba menjelaskan persoalan tadi..)…. Supaya semua pemimpin PAS ,PKR dan DAP suka Tan Sri Khalid perintah ….(tak jelas) 

5:32 – 5:36 ~ Saya tak boleh nak kata apalah ….saya ulangi, kenyataan saya di Selangor saya tak boleh buat!

VIDEO KLIK DI SINI

Comments
11 Comments

11 comments :

Anonymous said...

Nak sebut lagi.....Dah memang sifatnya BERBOHONG, BERSILANG KATA puak-puak sebegitu. Yang takutnya geng-geng ustaz dan yang sokong ustaz membuta tuli. Kerja mereka berbohong. Bila kantoi cakap berbelit-belit..bersilang-silang. Allah nak tunjuk. Baik juga sekarang. Bantah sikit pecat. Tengoklah ada kuasa nanti, demo boleh tembak...bughah....bantah lu kafir..boleh bunuh. Awas ye..!! Rasuah, salah guna duit derma;...itu cari sendiri atau tanyalah ustaz-ustaz fees sabilillah.

Anonymous said...

Kesian TGNA, orang mengambil kesempatan dengan namanya dan kesempatan semasa ketiadaan beliau itu telah digunakan dengan sebaik mungkin pual UG dalam syura ulamak opps ularmakkk!!! Adakah ini yang dimaksudkan oleh Tun M...syaitan yang tidak dikenali ? Semoga Allah membimbing kita, celaka lah syura ularmakkk UG sekiranya mereka mengkhianat hasrat majoriti rakyat pelbagai agama yang mahupun keadilan Islam.

Anonymous said...

Kalau kata berlagak maksum, marah!! tp tindakan geng2 ug ni memang cam tu.. paksa orang lain terima je apa tindakan mereka, alasannya hanya mereka yg faqeh.. pakai vellfire pn takpe sb org faqeh layak. SOMBONG!!!

Anonymous said...

statement sokongan majlis syura terhadap TSKI di tandantangani sendiri oleh TGNA.. dtg sekejap ke, tak boleh nak kata apa ke, xnk masuk campur ke... tak penting lg sbb dia dah sign surat tu..

maknanya dia setuju dgn keputusan majlis syura.. melainkan kalau korang nak kata TGNA seorang yg putar belit cerita & x tetap pendirian (Nauzubillah)

So minta terima kenyataan yg TGNA setuju untuk TSKI kekal jd MB, dia berhak untuk berpendirian sedemikian

Anonymous said...

Yg ganti TSKI nnti x tau cmna psal TSKI hebat kerana pengalaman nya dlm perniagaan yg sedia di ketahui. Mass dilantik puji abis seorng pakar ekonomi bila x suka Kita tunggu pulak Pakar huruharakan bumi. Kejar dunia DPT dunia la. Jwb diakhirat kalau x laksanakan amanah Berar Tu. Nasehat je walau pun satu ayat

Anonymous said...

Bencikan UMNo sal kezaliman pad DSAI..wadah yg trbaik ialah PAS...habis semua kwn2 kata setuju dgn PAS. Apa saja yg bole bantu PAS..kederat..duit ringgit..masa segalanya kita all out..nak pastikan UMNO tumbang..benci akan kezaliman.
Bila PAS baru diuji sikit jer..dia tikam kawan sendri depan dan belakang...baru ada kuasa sikit jer.
Berbeza pendapat PAS kali ini...tunjuk kelemahan PAS dan terbukti kenapa PAS tak dapat kekal lama dgn mana2 parti pun.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Anonymous 11:56:00 am - Pakar perniagaan ini memang cerdik kerana:

1) Bank Islam boleh melunaskan pinjaman berjumlah RM66.67 juta kepada Bank Islam Malaysia Berhad berhubung pembelian saham Guthrie pada 2001 ketika beliau menjadi Ketua Eksekutif (CEO) syarikat berkenaan.

2) Bahawa penyelesaian di luar mahkamah itu dirundingkan oleh seorang tokoh korporat dan peguam bernama Tan Sri Rashid Manaf sebagai orang tengah.

3)Tan Sri Rashid Manaf adalah seorang tokoh korporat yang rapat dengan Umno. Beliau adalah bekas peguam Tun Daim Zainuddin dan dikenali sebagai “orang Daim”

4) Selepas Bank Islam bersetuju menggugurkan tuntutan baki hutang di mahkamah, Ecoworld Berhad iaitu syarikat pemaju yang berhubungkait dengan Tan Sri Rashid Manaf memeterai perjanjian-perjanjian melibatkan projek dan hartanah Kerajaan Selangor bernilai ratusan juta ringgit . Tan Sri Rashid Manaf adalah pengerusi Lembaga Pengarah dan pemegang saham utama Ecoworld Berhad.

5) Pada 25 Mac 2014, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim menandatangani satu lagi MOU dengan Ecoworld Berhad yang menganugerahkan projek pembinaan 2,400 unit rumah pangsa mampu milik di bawah Kerajaan Selangor yang dianggarkan bernilai RM591 juta kepada Ecoworld Berhad

Boleh baca maklumat seterusnya di sini

Anonymous said...

Hikmah dari krisis selangor adalah PAS belum layak memerintah malaysia..
1. Tuan Presidennya protokol mesyuarat pun tak faqeh lg.
2. Sebahagian pimpinan PAS dan ahli masih bersikap perkauman (assobiyah).
3. Tak tahan dengan ujian kesenangan cth din vellfire juga din ayam.
4. Sombong dan tak tahu memohon maaf bila buat salah ( pandai sebut dalam ceramah dan kuliah je )
5. Perasan pemimpin PAS je faqeh dan seolah olah maksum.
6. Sebahagian ahli taat membabi buta dan fanatik..
( ahli pas seumur hidup @ keratong )

Anonymous said...

Malaysia boleh menjadi lebih aman dan maju sekiranya ia bersatu dengan Singapura dan Lee Hsien Loong menjadi Perdana Menteri. Forget about Pakatan Rakyat and Anwar Ibrahim.

precoms said...

“Dasar PAS ialah memperjuangkan Islam dan ini akan kekal selamanya sama ada PAS bergabung dengan mana-mana parti atau sebaliknya,” kata Nik Aziz ketika ditemui di kediamannya di Kota Baharu, Kelantan awal hari ini.

“Jadi sekarang ini PR ‘KO’ apa nak buat dengan keputusan tak ada apa, tapi PAS turut keputusan yang dibuat Presiden Parti dan saya menyokong penuh,” kata bekas Menteri Besar Kelantan itu.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/walaupun-pr-ko-pas-tetap-utuh-nik-aziz-41579?cp

Anonymous said...

hang ahli pas sin hang dok masuk kumpulan walla ka!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...