GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, August 24, 2014

PAS akan U-Turn dan kali ini buat konar baring hingga cecah telinga?

Bapa ayam bersama 15 anak-anaknya yang comel
Difahamkan, para pemimpin pimpinan Pusat PAS tidak bersetuju untuk menandatangani sokongan mereka kerana ia "bukanlah salah satu persetujuan dalam perbincangan sebelum ini."

Cer korang dengar rakaman video You Tube PC antara  TGHH bersama TGNA dan Mustapa Ali di Kota Baru pada keesokan harinya, 18 Ogos selepas mesyuarat AJK PAS Pusat (pagi 17 Ogos) dan selepas mesyuarat MPPR (petang 17 Ogos). 

Bahawa mereka menyatakan keputusan MPPR menamakan WAWI seorang tu sahaja tidak bertentangan dengan keputusan mesyuarat AJK Pusat.

3:55-4:59 ~ Wartawan: Sekiranya, minta maaf… diserahkan nama Wan Azizah, tidakkah bercanggah dengan… 
4:00 – 4:06 ~ Mustafa Ali: Tak! Tak! Tak! Tak! tu… tidak bercanggah! Itu kaedah sahaja. (kedenganran TGHH turut ‘bertaktak’ dan mengatakan ‘tidak bercanggah’ juga) Videonya di sini


Apa sebenarnya masalahnya PAS nih? Mereka cakap wala' wala' wala' kepada pimpinan. Mana wala' 13 ADUN PAS Selangor yang masih enggan menandatangani sokongan secara hitam putih kepada calon menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail?

Korang sendiri dengar tak seperti mana transkrip yang dipaparkan bersama video kat atas tu? Letihlah kita semua...alahai!

 Hal ini merumitkan PKR yang mahu memastikan kesemua 43 ADUN Pakatan di Selangor menyatakan kesetiaan kepada presiden PKR itu.

Beliau mengakui bahawa PAS dalam mesyuarat semalam tidak bersetuju memberi sokongan pada Wan Azizah melalui melalui pengakuan berkanun.

 Difahamkan, para pemimpin pimpinan Pusat PAS tidak bersetuju untuk menandatangani sokongan mereka kerana ia "bukanlah salah satu persetujuan dalam perbincangan sebelum ini."

Difahamkamn, pengakuan berkanun itu akan dipersembahkan ketika menghadap sultan Selangor bagi membuktikan sokongan majoriti dewan kepada Wan Azizah yang juga ADUN Kajang.


Sementara itu satu sumber rapat dengan PAS Selangor mengesahkan 13 ADUN PAS termasuk empat Exconya tidak muncul untuk menyokong Wan Azizah.

 Wan Azizah dalam sidang medianya sebelum ini mengumumkan bahawa beliau mendapat sokongan 30 dari 56 ADUN Selangor termasuk dua dari PAS.Baca lagi di sini  

Dalam satu perkembangan lain, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, ADUN PAS Selangor yang masih belum menandatangani akuan berkanun bagi menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memerlukan masa untuk berbuat demikian.

 "Saya fikir tidak tepat untuk mengatakan ADUN PAS tidak mahu menandatangani (surat akuan bersumpah).

 “PAS hanya mahu meneliti kandungan surat itu," kata beliau ketika ditemui semasa persidangan Kongres Nasional PKR ke-10 di Shah Alam tadi. 

 Katanya, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali sendiri telah menjelaskan bahawa isu tersebut perlu dibincangkan di peringkat jawatankuasa pusat terlebih dahulu.

"Ini bukan keputusan 13 ADUN itu. Setiausaha Agung PAS Mustafa mahu membawa kandungan surat tersebut ke satu lagi mesyuarat untuk penelitian dan persetujuan," kata beliau.

 Mesyuarat jawatankuasa pusat PAS dijadualkan berlangsung pada Isnin depan - 25 Ogos! SUMBER

Amat malang sekali sekiranya ramalan Blogger Tulang Besi ini benar-benar menjadi kenyataan....

Bahawa PAS akan U-Turn sekali lagi dan kali ini buat konar baring hingga cecah telinga???? Baca screen shot dari FBnya kelmarin : 


Di FB terbaru malam tadi, Tulang besi mendedahkan :



PENDEDAHAN PENGKHINATAN TERANCANG: Bahwa dua tiga hari lepas ada pertemuan antara Presiden dgn Azmin Ali. Butiran perbincangan adalah supaya Azmin beserta beberapa ADUN PKR melompat dan masuk PAS. 

Ini supaya kerajaan Khalid Ibrahim boleh dikekalkan dgn formula: PAS+UMNO+Khalid Ibrahim+Azmin+2 ADUN PKR. Atas sebab itulah mesyuarat tergempar 25hb dipanggil krn mahu u-turn keputusan 17hb yang membawa kepada menyokong kembali kerajaan PR. Inshaalah, pengkhianatan ini akan gagal.

Aminkanlah do'a Tulang Besi itu bersama ,Insya'Allah pengkhianatan ini akan gagal dan mereka yang merancangnya akan dilaknati Allah. Amin ya Rabb!
Comments
5 Comments

5 comments :

Putra IJ80 said...

Kita cuma mengatahui melalui berita luar...

Kita x tau apa sebenarnya berlaku secara sah dari mulut TGHH atau yg berkaitan.

Cuma klu betul apa yg di khabarkan...

PAS nk bekerjasama dgn UMNO...maka itu ada lah satu keputusan paling malang di abad ini..satelah sekali dulu di bwh Dato'Asri..PAS bersama dan kena tendang bila UMNO(BN) x memerlukan nya...

Elok lah kalu di patuk dua kali di tempant yg sama...

"Banggang"..kata Ustz.Dato' Ismail Kaamus dalam kuliah kuliah nya...

Anonymous said...

Nampak gayanya kemungkinan kera jaan P.U.K.I. mark A2 akan jadi kenyataan.
Selangor akan hancing...

Anonymous said...

Nak buat macammana, kalau melayu masih lagi simpan dendam sampai ke mati, tak kemana lah kita selama2nya. Sama seperti dalam perniagaan yang aku ceburi, kalau aku tak dapat, biaq hang pun sama tak dapat, baru puas hati sama2 tak dapat. alahai melayu....sebab tu ramai persoalkan, PAS ni parti islam atau parti politik?

bat8 said...

Tuan Haji

Tok lebai PAS ni masih mengamalkan politik Islam ke dah terikut-ikut UMNO mengamalkan politik sekular?

Senang cerita keluar sahaja dari Pakatan dan tok lebai-tok lebai ni pi la bawak PAS berdakap dengan UMNO. Senang cerita. Kalau takpun, PKR & DAP minta je PAS keluar Pakatan.

Kalau ini perangai PAS, cara terbaik untuk meny3l3saikan krisis MB Selangor ni ialah dengan mengadakan PRN. Pakatan diwakili oleh PKR & DAP sahaja. PAS ikut suka dia lah, nak bertanding sendirian atau berpartner dengan kembar siam puak UG ia itu UMNO dan rakan UMNO : MCA &MIC.

Kita tengok sehebat mana dengan PAS.

Anonymous said...

kita jangan terburu2 menuduh kerana jalan cerita kita tak tau. samalah penafian perjumpaan dengan pak lah dulu sehinggalah pak lah sendiri mengesahkannya.

puak2 faqeh ini berilmu tinggi hingga dilantik menjadi timbalan persatuan ulamak sedunia yang dipimpin oleh ulamak tersohor yang dah 4 penggal pegang jawatan tak nak turun2. sama cam tok pa. nak pegang jawatan sampai kiamat.

mungkin ada nas yang tidak diketahui oleh orang2 yang tak faqeh yang membolehkan mengharuskan perlakuan ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...