JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, August 19, 2014

Pas ready jikalau bubar dewan? Apa kata Haji Hadi?

Tidak timbul lagi soal sokong Khalid - Presiden PAS


KOTA BHARU: Presiden PAS menjelaskan Majlis Syura sebelum ini menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memandangkan ketika Menteri Besar Selangor masih lagi sebagai ahli PKR.
 “Maka masalah itu sekarang tidak timbul lagi,” kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

 Ditanya tuduhan penyelewengan terhadap Khalid belum lagi dapat dibuktikan kata beliau itu adalah perkara lain. 

 Jawatankuasa PAS Pusat semalam memutuskan PAS menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid.


 Selain itu mesyuarat itu juga menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengisi jawatan tersebut.

 Bercakap pada sidang media bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini katanya, ketika keputusan Majlis Syura menyokong Khalid masih lagi sebagai ahli PKR, namun sekarang tidak lagi.

 “Malah Khalid dilaporkan menghargai keputusan dibuat PAS semalam,” ujarnya.

Ditanya apa nasihat PAS kepada Khalid, katanya beliau hanya menyatakan pandangannya apabila dapat berjumpa dengan Menteri Besar nanti dan bukan kenyataan melalui media.

 Mengenai cadangan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hanya mencadang nama Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor kata Presiden PAS, Majlis Presiden Pakatan menghargai pencalonan dibuat PAS menggantikan Khalid.

 “Majlis Pimpinan mengambil maklum Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Azmin Ali diputuskan sebagai cadangan mengisi jawatan menteri besar.

 “Sebaliknya Azmin menghormati keputusan partinya, ini maknanya kita serah kepada Sultan untuk putuskan dengan satu nama yang diangkat,” ujarnya.

 Oleh itu kata beliau tidak ada percanggahan dengan keputusan sebelum ini, dan terpulang kepada Sultan menamakan sesiapa sahaja termasuk Wan Azizah.

 Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat turut menghargai pendirian PAS kekal bersama Pakatan Rakyat dan keperluan menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

 Ditanya kemungkinan Khalid membubarkan Dun, katanya itu terpulang kepada rakyat kerana kuasa membubar Dun hak sultan.

 “Kita tidak boleh campur tangan. Kalau tuanku bubar maka kita terima realiti. Namun kita harap tidak berlaku begitu,” katanya.

 Presiden PAS juga menolak persepsi nepotisme berlaku bagi mengisi jawatan Meneri Besar Selangor.

 Manakala, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak dakwaan PAS sering berubah pendirian. Ini kerana kata beliau perubahan itu berlaku ketika sebelum ada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat.

 “Dan apabila ada keputusan ia tidak lagi berubah kerana telah dibuat (Jawatankuasa PAS Pusat) dengan bilangan yang ramai,” katanya.

 Beliau juga menyokong penuh keputusan dibuah Jawatnkuasa PAS Pusat untuk PAS kekal dalam Pakatan Rakyat.

 Menurutnya kekal dalam Pakatan adalah perkara paling penting sebagai seorang beragama Islam kerana agama menyuruh supaya berpakat.

 “Islam agama tauhid. Tauhid bermakna bersatu dan semasa Rasulullah saw hidup penyatuan dibuat dengan pelbagai bangsa dan agama yang kita panggil tahaluf siyasi.

 “Syukur kepada Allah Taala dengan keputusan dibuat semalam kekal dengan Pakatan. Saya sokong keputusan dibuat jawatankuasa PAS Pusat, siapa jadi menteri besar itu soal lain,” tambahnya. - Kredit kepada HARAKAHDAILY 18/8/2014 22 Syawal 1435H/ 18 Ogos 2014M


TRANSKRIP PC TGNA , TGHH & MUSTAFA ALI @ KOTA BARU KELANTAN 18 OGOS 2014

  0:09-1:26 ~ Nik Aziz: Bismillahirrahmanirrahim.. Wasallallhu ‘ala Saiyidina Muhammad wa ‘ala alihi wasahbili wasallam, walhamdulillahi rabbil ‘alamin. Bahawa saya sudah mendengar penjelasannya daripada Datuk Seri Presiden, bersama Setiausaha Agong, Setiausaha Politik, Dr Samsuri dan saya memberi sokongan penuh kepada keputusan yang dibuat oleh pihak Lujnah Politik 17 yang lepas (Jawatankuasa PAS Pusat). Bahawa Pakatan kekal , Alhamdulillah! Ini perkara yg paling penting dalam hidup kita sebagai orang Islam, berpakat. Sebagaimana yang saya sebut kelmarin di rumah, Islam diberi nama ugama tauhid…tauhid bermakna penyatuan…Dan semasa Nabi Sallallahu ‘alihi wasallam masih hidup, penyatuan telah dibuat dengan pelbagai bangsa, dengan pelbagai ugama, yang kita panggil ‘Tahalluf Siasi’. Syukur kpd Allah sebanyak-banyaknya diatas putusan yg dibuat, kekal dgn Pakatan. Saya nak berhenti setakad tu, dan kalau ada soalan lain,Tanya pengerusi; as-salamu ‘alikum warahmatullhi, wabarakatuhu. 

1:27 -1:30 ~ Soalan: Menyokong menteri besar , Datuk Seri Wan Azizah?

1:31-1:41 ~ Nik Aziz :Tidak!Saya menyokong keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa politik kelmarin (maksuk Tuan Guru Jawankuasa PAS Pusat). Berehenti setakad tu ajer! Siapa nak jadi menteri besar tu, masalah yang kedua… 

1:44-2:04 ~ Soalan: Datuk Seri, keputusan oleh Jawatan kuasa PAS, mengusulkan dua nama, Datuk Seri Wan Azizah dan Azmin Ali… bagaimana pun keputusan oleh pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat , mengusulkan satu nama iaitu Wan Azizah ….(rakaman tidak berapa jelas …)

2:05-2:40 ~ TGHH: Itu tak betul….ini ada kenyataan (sambil mengeluarkan nota dari kocek bajunya) daripada Pakatan Rakyat semalam.Saya ada fax dia…(lalu membacakannya) Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menghargai keputusan PAS untuk kekal dalam Pakatan Rakyat dan keperluan menggantikan yang Berhormat Menteri Besar Selangor. Majlis Pimpinan juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan yang berhormat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Yang Berhormat Mohamad Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar. Hah itu dia!

 2:45-2:51 ~ Soalan kpd Haji Hadi, rakaman kurang jelas … 

2:52 -3:03 ~ TGHH:Itu semasa di masa Tan Seri Khalid masih ahli PKR.Dan beliau dipecat daripada ahli parti KEaDILAN, maka masalah itu tak timbul lagi.

3:05-3:15 ~ Soalan: Tapi, apa nama..pertuduhan atas Tan Sri Abdul Khalid mengenai batang tubuh dia mengenai penyelewengan apa tu belum dibuktikan lagi. Tan Seri Khalid masih bersih…

3:15 -3:20 ~ TGHH: Itu kena tunggulah. Kita tunggu dulu lah. Itu satu perkara lain,ini perkara lain… 

3:21 -3:39 ~ Soalan: Rakaman tidak jelas.

3:31 – 3:37 ~ Mustafa Ali: Tetapi apabila dia menghormati parti dia, (kedengaran Haji Hadi berkata ‘Ya”) didahului Wan Azizah daripada dialah. 

3:37 -3:38 ~ TGHH: Ya…ya…

3:38 – 3:39 ~ Mustafa Ali: Hah tuh!

3:39-3:43 ~ Soalan: Maknanya untuk diserahkan kepada Sultan, adakah satu nama atau dua nama?

3:44 – 3:45 ~ Mustafa Ali: Satu nama ..

3:45-3:46 ~ Wartawan: Wan Azizah?

3:46 – 3:47 ~ Mustafa Ali: Wan Azizah…(mengiyakan)

3:47-3:48 ~ Soalan: so, bila Wan Azizah ….(kemudian disampuk oleh Mustafa Ali…)

3:48 – 3:54 ~ Mustafa Ali: ditakdirkan….itu sudah bincang. (kedengaran suara TGHH mengatakan ‘Ya..Ya..Ya..’) Wan Azizah ditolak, maka dialah! Hah itu!

3:55-4:59 ~ Soalan: Sekiranya, minta maaf… diserahkan nama Wan Azizah, tidakkah bercanggah dengan… 

4:00 – 4:06 ~ Mustafa Ali: Tak! Tak! Tak! Tak! tu… tidak bercanggah! Itu kaedah sahaja. (kedenganran TGHH turut ‘bertaktak’ dan mengatakan ‘tidak bercanggah’ juga)

4:07-4:08 ~ Soalan : PAS akan menyokong sekiranya naik Wan Azizah …

4:09 – 4:09 ~ TGHH: Terpulang kepada Sultan!

4:10 – 4:10 ~ Mustafa Ali: Terpulang kepada Sultan!

4:10 – 4:12 ~ TGHH: Sultan! Itu bukan hak kita.

4:16-4:23 ~ Soalan: Datuk Seri, antara sebab PAS menyokong Tan Seri Khalid dulu adalah kerana menteri besar yang dicadang itu perempuan, atau pun kerana nepotisma?

4:24 – 4:33 ~ TGHH: Itu tak timbul! tak timbul! Semua parti berhak mencalonkan siapa yang dia nak calon. Dan kita juga berhak mencalon siapa yang kita nak calon. 

 4:34 - 4:35 ~ Soalan : Jadi termasuk ahli keluarga?

 4:36 – 4:36 ~ TGHH: AAAhhhh?? 

4:37- 4:37 ~ Soalan: Termasuk ahli keluarga?

4:38 – 4:38 ~ TGHH: Itu masing-masinglah!

4:39 - 4:42 ~ Soalan: Jadi itu bukan satu nepotisma , Datuk Seri?

4:43 – 4:49 ~ TGHH: Itu saya tidak mahu komen.Itu perkara yang lain .Yang ni kita calon Menteri Besar.Serah kepada Sultan.

4:50 – 4:56 ~ Soalan : Datuk Seri, dia punya keputusan hok, hok yang semalamnya tu…keputusan AJK PAS Pusat semalam… banyak orang melihat bahawa PAS ni banyak berubah-rubah pendi rian dia.Tok Guru keras bila Pakatan Rakyat dalam Pakatan dalam pendirian dia, tapi bila sampai masalah hujung dia,PAS lembut pula….Nampaknya macam…

4:57 – 5:23 ~ TGNA : Berubah ni sebelum ada keputusan.Belum ada keputusan berubahlah.Bila dah ada keputusan, perubahan tak adalah. Terima keputusanlah! Mana boleh kita duduk ramai, berkeras, apa ni… (terus disampuk oleh Haji Hadi….)

5:24 – 5:36 ~ TGNA : … Keadaan berubah! Keadaannya dulu Tan Seri Khalid adalah ahli PKR, bila beliau dipecat maka beliau tidak jadi lagi ahli PKR …tuh! Berubah gitulah!

5:36 – 5:37 ~ Soalan: Itu asas?

5:38 – 5:39 ~ TGNA : Ya, perubahannya itu asas.

5:40 – 5:43 ~ Soalan: Persepsi masih lagi kata, dengan PAS nya ….

5:44– 5:49 ~ TGNA : Saya tak boleh buat kenyataan persepsi, ini satu andaian. Andaian tak boleh. 

5:50– 6:04 ~ Mustafa Ali : Tan Seri …Tan Seri Khalid sedar, dia menghargai keputusan yang dibuat …(ada sedikit bunyi berbolok)…kenyataan Tan Sri Khalid sendiri, persepsi ni semua orang boleh buat persepsi…Persepsi tidak mesti betul…adalah persepsi. 

6:05- 6:05 ~ Soalan : Politik hari ini… 

6:05 – 6:10 ~ Mustafa Ali : Tak apalah, persepsi kita hadaplah…kita hadap persepsi…No problem.Ha! Ha! Ha!...

6:11 – 6: 15 ~ Soalan : Dengan keadaan Tan Seri Khalid terbaru sekarang ini, apa nasihat Tan Seri kepada Tan Seri Khalid…

6:16– 6:16 ~ TGNA : Ya?

6:17 – 6: 17 ~ Soalan:  Apa nasihat Tan Seri …

6:18 – 6:26 ~ TGNA : Itu nanti saya jumpa dia….bukan nasihat melalui media…tak tahu bila masa bertemu…

6:27– 6:31~ Soalan:  Adakah PAS akan dipersalahkan kalau Tan seri Khalid membubarkan Dun Selangor?

6:32 – 6:35 ~ TGNA : Itu terpulang kepada rakyat…terpulang kepada rakyat…

6:36 – 6:37 ~ Soalan : Kan dia bubarkan dun Selangor? 

6:38 – 6:46 ~ Mustafa Ali : Tak, dia gini… bubar dewan ni hak Tuanku.Jadi kita jangan camporlah bab itu…hak bubar dewan tu hak Tuanku…

6:47 – 6:48 ~ Soalan : Jadi Pas ready jikalau bubar dewan?

6:49 – 6:58 ~ Mustafa Ali : Kalau Tuanku,Tuanku… maknanya itu keadaan, kita terima realitilah!Tapi kita mengharapkan tidak berlaku… SUMBER
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Cakap berbelit2, apoko hel....
Beginikah sikap seorang yg dianggap bertaraf ulama....

Anonymous said...

Sepatutnya tghj hadi kena letak jawatan atau di pecat sebab terbukti bersalah oleh mahkamah atas tuduha fitnah.

Tsk
Haram di tukar sbb belum terbukti bersalah kata pas



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...