GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, August 10, 2014

Pecat Khalid: Pemimpin, ahli PAS diminta bertenang

HARAKAHDAILY| 09 Ogos 2014. KUALA LUMPUR: Para pemimpin dan ahli PAS diminta bersabar dan bertenang berhubung tindakan PKR memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

 Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata para pendukung parti perlu menunggu arahan daripada pemimpin utama berhubung perkara itu.

 Beliau juga menyeru para pemimpin parti supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan.

 "Ahli-ahli PAS juga diingatkan agar tidak menyertai jika ada mana-mana himpunan atau demo yang dianjurkan sama ada pihak yang menyokong atau menentang keputusan pemecatan itu," ujarnya kepada Harakahdaily sebentar tadi.

 Katanya, ahli-ahli PAS perlu mengambil iktibar suasana yang pernah berlaku di Kelantan apabila berlaku demonstrasi dalam kalangan anggota parti yang menyebabkan pihak lawan mengambil kesempatan.

 Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berpandangan kemelut yang berlaku itu boleh diselesaikan secara keluarga dalam kalangan pemimpin PKR. - HARAKAHDAILY 9/8/2014
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Cantik ulasan Ustaz Tuan Ibrahim. Boleh Jadi Pemimpin Utama Pas menggantikan Tok-Tok Guru yang dah tak berapa sihat dan patut bersara. Biarlah PKR selesaikan. Umum sedia maklum Anuar dizalimi dan umum sedia maklum tapi kadang2 lupa doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah. Jika tindakan Anuar adalah ikhtiar untuk memerangi orang yang menzaliminya pasti akan berjaya suatu masa nanti walaupun terpaksa berhadapan dengan lawan dan kawan. InsyaAllah.

Anonymous said...

Sayangnya agak terlambat tuan ibrahim, sepatutnya dari awal2 lg krisis pkr di selangor ni pemimpin pas senyap dan tak sokong mb supaya pegang jawatan tu macam kutu babi(melekat sampai mati). Pemimpin PAS mempunyai saham yang besar atas kekalutan di selangor ini ( geng UG ). Sokong bukan setakat bawa rebah tp hancur terus. VELLFIRE.. VELLFIRE... VELLFIRE... VELLFIRE.. PIL KUDA..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...