GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, August 13, 2014

Persoalan Hutang MB Selangor


 Setelah saya mendengar video penjelasan Azrul Azwar (AA), saya menjadi lebih keliru dengan alasan yang diberikan, Pertama sekali penjelasan AA sama sekali tidak menjawab persoalan pokok yang sebenar tetapi menimbulkan pula keraguan-keraguan lain yang pelik dan menghairankan.

 AA mengatakan bahawa Bank Islamlah yang mula-mula menawarkan penyelesaian luar mahkamah kepada TSKI. Apa masalah jika Bank Islam yang mula-mula menawarkan penyelesaian luar mahkamah? Ini bukanlah satu isu pun kerana Bank Islam memang terdedah dengan risiko reputasi jika perbicaraan ini berlangsung sehingga peringkat rayuan mahkamah yang terakhir.

 Apa yang penting di sini ialah hutang TSKI memang diakui. Jadi memang benarlah beliau berhutang.

 Cerita hutang ini sampai ke peringkat yang pelik apabila AA menyebut perihal sebuah insitusi kewangan Islam dari Timur Tengah (Tidak disebut nama, tetapi di dalam ringkasan penjelasan ada disebut bahawa institusi itu adalah Bank Al-Rajhi. Bank utama dari Timur Tengah yang beroperasi di Malaysia hanyalah Bank Al-Rajhi dan Kuwat Finance House (KFH). Maka kalau tidak Al-Rajhi, mestilah KFH.)

 Bank dari Timur Tengah ini didakwa telah menawarkan pertolongan untuk membantu menyelesaikan hutang TSKI dengan TSKI hanya perlu membayar sedikit sahaja hutangnya kepada Bank Islam.

 AA menyebut bahawa kontrak Bai' Bithaman Ajil (BBA) berasaskan kontrak Bai' al-'Inah ditolak oleh bank-bank Islam Timur Tengah dan hanya diterima di rantau nusantara ini sahaja. AA juga menyebut bahawa Bank Negara Malaysia memang cuba untuk mengurangkan aplikasi BBA yang selama ini mendominasi pasaran pembiayaan berteraskan Syariah di Malaysia. Seterusnya AA mendakwa bank Timur Tengah ini ingin menyelamatkan BBA kerana bank ini ingin 'menghidupkan' semula BBA.

 Persoalan saya kepada AA ialah:

 1. Jika bank Timur Tengah itu sendiri mengharamkan Bai' al-'Inah yang menjadi asas kontrak BBA, kenapa pula bank yang sama ingin menyelamatkan kontrak BBA? Bertambah pelik pula di kala Bank Negara sendiri ingin 'menjauhkan diri' dari BBA, bank Timur Tengah itu pula ingin berjinak-jinak dengan BBA?

 2. Sepatutnya jika kontrak Bai' al-'Inah diharamkan (risiko ini ada jika TSKI berjaya dalam hujahannya bahawa Bai' al-'Inah yang diamalkan di Malaysia tidak patuh Syariah), bukankah itu berita baik untuk bank Timur Tengah ini kerana kontrak-kontrak pembiayaannya akan terselamat dan para pelanggan akan pergi ke banknya untuk memohon pembiayaan? Kenapa pula bank ini 'terhegeh-hegeh' ingin menyelamatkan kontrak BBA? Adakah ini satu bentuk khidmat negara atau ada arahan dari mana-mana pihak untuk menyelamatkan kontrak BBA? (atau menyelamatkan TSKI?) Tanyalah sesiapa pun pengamal industri kewangan Islam, penjelasan ini langsung tak masuk akal.

 3. Siapakah TSKI yang begitu istimewa sehingga boleh dibantu sedemikian rupa oleh bank Timur Tengah itu? Adakah kerana beliau MB Selangor?

 4. Jika bank Timur Tengah ini menolong TSKI untuk menjelaskan hutang kepada Bank Islam, ini bermakna TSKI berhutang pula dengan bank Timur Tengah (saya beranggapan mustahil bank Timur Tengah ini membayar hutang TSKI secara percuma). Secara logiknya juga, bank manakah yang begitu dungu ingin memberi pembiayaan kepada seseorang yang memang liat membayar hutang? Jumlah hutangnya bukan RM60,000, bukan RM600,000, bukan juga RM6 juta, tapi RM60 juta! Ini bukannya penyelesaian hutang, tapi berhutang lagi untuk membayar hutang, atau istilah popularnya "gali lubang tutup lubang". Berapa pula baki hutang yang perlu dibayar oleh TSKI kepada bank Timur Tengah ini, sekiranya keseluruhan cerita yang dibawa oleh AA ini benar?

 Pada akhirnya, hakikat keberhutangan TSKI bukan saja tidak selesai malah masuk ke fasa baru yang lebih menimbulkan tanda tanya. Alasan bahawa TSKI tidak boleh bercerita banyak kerana beliau telah menandatangani Non Disclosure Agreement (NDA) iaitu perjanjian untuk tidak mendedahkan penyelesaian luar mahkamah adalah tidak boleh diterima sama sekali kerana TSKI adalah penjawat awam yang mempunyai akauntabiliti kepada rakyat. Beliau wajib memberi penjelasan terhadap masalah hutang beliau kepada rakyat.

 Isu TSKI ingin menyaman Permodalan Nasional Berhad (PNB) juga ada disebut sepintas lalu oleh AA tetapi tidak dijelaskan pula apakah status saman terhadap PNB itu? Cerita saman PNB langsung tidak dijawab.

 Saya ingin sekali mendengar penjelasan dari TSKI mengenai hutang beliau tapi sehingga kini kita semua ternanti-nanti apakah cerita sebenarnya.

 Diharap orang-orang yang rapat dengan TSKI boleh menjawabnya. – 13 Ogos, 20149 - Baca sepenuhnya  di sini
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

terbaik admin...

hazri abdullah said...

makin lama isu TSKI ini semakin meluat aku dengannya. dah semakin nampak pembohongannya yang cuba hendak dibantu oleh pihak-pihak yang diarah oleh Umngok!..

Putra IJ80 said...

Asal saja nama BANK maka di situ lah RIBA berleluasa..

x kira lah cara mana sebutan nya (Intrest keuntungan laba Aqad jual beli yg meuntungkan satu pihak) maka ia ada lah HARAM dan Umat Islam di wajibkan memerangi RIBA .

Buat lah apa cara agar ia kelihatan baik ..ia x akan jadi Baik kerana itu Allah Haramkan RIBA

Jadi siapa yang berurusan dgn Riba yang subaha..tidak akan terlepas dari dosa

Maka Allah akan turunkan bala kepada siapa yg terlibat serta Azab yang amat perit di hari perhitungan dan pembalasan kelak.

jadi terima lah Bala itu dgn segala kecalaruan kmusnahan serta kehancuran nya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...