GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, August 27, 2014

Sultan perlu berpandu kepada undang-undang negeri

Minta lebih nama tidak ikut Perlembagaan

Sultan Selangor akan dilihat seperti bertindak di luar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor kerana meminta lebih nama calon menteri besar apabila sudah jelas majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjawat jawatan itu, kata peguam Perlembagaan.

 Mereka berkata, Artikel 53 (2) (a) Undang-undang Tubuh Selangor memberikan panduan kepada pihak berkuasa negeri dan undang-undang bertulis berdasarkan konvensi. 

 Katanya, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan Adun bertindak berdasarkan undang-undang jika mereka hanya memilih Dr Wan Azizah sebagai calon mereka.

 Prof Madya Dr Azmi Sharom daripada Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya berkata, Undang-undang Tubuh menyatakan pemerintah perlu melantik Adun yang memperolehi keyakinan majoriti Adun.

"Sultan perlu berpandu kepada undang-undang negeri," katanya.

 Azmi berkata, undang-undang bertulis perlu diutamakan dan di Selangor terdapat dokumen untuk dijadikan panduan.

 "Jika Dewan Undangan Negeri (DUN) jelas menunjukkan keyakinan kepada satu orang, dia adalah calon yang perlu dilantik," katanya.

 Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam PR perlu mengemukakan lebih daripada dua calon menggantikannya untuk dihantar ke istana.

 PR mengemukakan nama Dr Wan Azizah ke istana walaupun PAS, salah satu parti komponen menolak untuk menyokong pencalonan itu.

 Sehingga kini Dr Wan Azizah masih menunggu untuk diperkenan mengadap Sultan.

 Adun Kajang itu mendapat sokongan 29 daripada 56 wakil rakyat dalam DUN untuk mengambil jawatan tertinggi di negeri terkaya di negara ini.

 Peguam Syahredzan Johan berkata Sultan Selangor mempunyai budi bicara tetapi hanya terhad kepada situasi di mana ia tidak jelas pihak yang memiliki kepercayaan serta keyakinan majoriti.

 "Dalam kes ini jelas salah seorang ahli Dewan mendapat sokongan majoriti, maka orang itu hendaklah dilantik," katanya.9 Katanya, ini bermakna, Dr Wan Azizah sepatutnya adalah menteri besar yang sah kerana disokong 29 Adun yang lain.

 Beliau berkata, melalui konvensyen, Sultan hanya melantik ketua kerajaan daripada gabungan yang memenangi kerusi terbanyak.

 "Ia adalah PR di Selangor," katanya.

 Pada 14 Ogos, Dr Wan Azizah menunjukkan bukti 30 wakil rakyat menyokongnya untuk menggantikan Khalid.

 DUN Selangor terdiri daripada 56 ahli - DAP (15), PAS (15) PKR (13) Barisan Nasional (12) dan Khalid bebas.

 Dua wakil rakyat PAS secara terbuka menyuarakan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah untuk dilantik sebagai menteri besar.

 Profesor Gurdial Singh Nijar daripada Fakulti Undang-undang Universiti Malaya berkata kemelut MB Selangor selesai dengan peletakan jawatan Khalid.

 Beliau berkata, kenyataan istana itu menjelaskan setiap parti komponen dalam PR perlu mengemukakan lebih 2 calon untuk pertimbangan berdasarkan amalan konvensional yang sedia ada.

 Katanya, perlembagaan Selangor mencerminkan peruntukan yang serupa dalam Perlembagaan Persekutuan.

 Gurdial berkata, Perlembagaan Persekutuan berdasarkan kepada model Westminster United Kingdom dan ia mungkin petunjuk untuk mencerminkan amalan di UK dalam pemilihan perdana menteri apabila penyandang meletak jawatan.

 "Pada hakikatnya hak Ratu ditadbir oleh konvensyen perlembagaan berasaskan keperluan politik baginda hendaklah melantik perdana menteri itu seorang lelaki atau perempuan yang boleh membentuk kerajaan yang menerima keyakinan Dewan.

 "Biasanya konvensyen ini jelas menunjukkan pemimpin parti, yang mempunyai sokongan majoriti di dalam Dewan, mempunyai hak yang tidak dapat dinafikan untuk dilantik," katanya.

 Gurdial berkata, dalam kes di mana setiap pihak yang mempunyai cara mereka sendiri untuk memilih pengganti, tidak ada ruang untuk Ratu melaksanakan budi bicara.

 "Peraturan utama adalah untuk tidak melibatkan raja dalam kontroversi atau rundingan politik," katanya. – 27 Ogos, 2014. -  sumber
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

tak faham faham ke msej tersirat di sebalik titah sultan tu. baginda tak berapa berkenan kpd drwa. cadang calonn lain lah

IbnAbdHalim said...

Semuanya gara2 mainan politik puak UG.

Anonymous said...

Walaupun ramai cerdik pandai memberi persepsi mereka tetapi tidaklah perlu mempersoal dan ingin mengajar Sultan bidang kuasa baginda. Kita menjunjung tinggi amalan demokrasi namun adab, adat resam haruslah dikekalkan.
Sebagai raja yang memayungi rakyat, baginda tahu apa yang baginda lalukan adalah yang terbaik untuk semua.
Baginda cuma meminta lebih dari satu nama yang sudah tentu dari parti yang mendapat sokongan majoriti bagi memastikan calon yang dilantik sebagai MB kerajaan baginda tidak menyalahi sebarang peruntukan Undang-undang tubuh kerajaan negeri mahupun peruntukan undang-undang yang lain dan selari dengan amalan budaya di negeri ini.
Menyalahkan dan memaksa Sultan dengan menghalalkan cara adalah satu kebiadapan dan penderhakaan kepada institusi raja yang sepatutnya dipelihara seperti yang yermaktub di dalam rukun negara.
Sepatutnya PR tidak gelojoh dan membuat kajian samada sesiapa yang dicalonkan menepati peruntukan undang-undang bagi melantik seorang menteri besar.
Jangan salahkan Sultan sekiranya calon MB yang dicadangkan tidak dapat dilantik oleh baginda yang TAHU UNDANG-UNDANG.
Mohon hentikan sebarang usaha untuk melibat dan mencemarkan nama baik istana.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Apa masalahnya untuk ingat mengingat.Agama kita sendiri mengajat kita begitu.Setiap Jumaat, Khatib selalu mengulang-ulang kpd kita - Ittaqullah haqqa tuqatih... sebab sebagai manusia , kita sering kelupaan...Raja pun manusia mcm kita semua, ada kelebihan dan ada kekurangan.

Fazakkir innna Fazakkir, inna fa’atiz zikkra ~ Teruslah memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang berulang itu banyak manfaatnya.

Anonymous said...

Benci bonar IbnAbdHalim dengan UMNO. setelah Ogos 2014 ini pula terserlahlah perangai PKR ni sebijik UMNO, tp ente sayang sama PKR. hehehe.

bodoh betul. orang tu yang tersilap langkah dan tersepak batu, selipar yang dia pijak2 pula yang dipersalahkan.

Ini yang saya nak ingatkan. ALLAH kata lelaki adalah pemimpin kepada wanita,
Ar-rijalu qawwamuna ala an-nisa'.
Lelaki ditinggikan darjat berbanding wanita. ini bukan bermaksud wanita itu hina, tp ini bermaksud lelaki telah dipertanggungjawabkan oleh ALLAH untuk memimpin.
Rasulullah kata bencana kalau wanita diangkat sebagai pemimpin negara.

seseorang itu tidak bersalah melainkan telah dibuktikan bersalah. terlepas mahkamah dunia takkan terlepas mahkamah akhirat. Tapi, Khalid gagap tu dah terbukti bersalah ke?

bak kata al-husseyn. teruslah memberi peringatan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...