GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, August 26, 2014

Syabas kepada 13 Adun PAS kerana tidak jadi Pak Turut!


Saya ingin mengucapkan syabas kepada 13 Adun PAS Selangor yang bertegas menolak pencalonan Azmin Ali, cadangan Presiden PAS sendiri.

Presiden berdegil tetap mahukan nama Azmin Ali walaupun Azmin Ali sendiri telah menolak untuk dicalonkan. Pelik sungguh gelagat seorang Presiden yang tidak mahukan WAWI sebagai MB Selangor semata-mata dia seorang wanita. 

 Sewaktu diwawancara pada 18 Ogos di Kota Baru bersama TGNA, beliau dan Mustapa Ali telah menyetujui nya apabila ditanya watrawan :


3:55-4:59 ~ Wartawan: Sekiranya, minta maaf… diserahkan nama Wan Azizah, tidakkah bercanggah dengan… 
4:00 – 4:06 ~ Mustafa Ali: Tak! Tak! Tak! Tak! tu… tidak bercanggah! Itu kaedah sahaja. (kedenganran TGHH turut ‘bertaktak’ dan mengatakan ‘tidak bercanggah’ juga) Videonya di sini
Kenapa hanya ketika masuk hari ke-7 baru buat U-Turn sampai cecah telinga; hingga habis terburai lilitan serban...adui! Korang dengarkanlah semula video yang aku link kan tuh!

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh dalam satu kenyataannya pada 22 ogos lalu berkata:

 “Tetapi Pas tetap dengan pendirian bahawa kita cadang dua nama, satunya (Dr Wan Azizah) sebab ambil daripada muafakat tersebut, kita tidak tolak kerana itu (suara majoriti) PR tetapi pegangan Pas sebagaimana yang saya tegaskan tadi,” katanya kepada media di Majlis Aidilfitri Pas Terengganu, di sini.


AZMIN SUDAH MENARIK DIRI, FAHAM TAK NIH ?

Hadi dilaporkan enggan bertemu media selepas mesyuarat dan menghantar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk memberikan kenyataan satu perenggan dan memberikan penjelasan kepada media yang menanti. 

Dalam mesyuarat semalam, ketegangan berlaku kerana Hadi berdegil tidak mahukan Dr Wan Azizah untuk memimpin negeri terkaya itu, menjadikan PAS tersepit selepas Adun mereka di Selangor memberitahu Hadi mereka tidak akan menyokong Azmin.

"Presiden tidak mahu Dr Wan Azizah, 13 Adun Selangor pula menolak Azmin, jadi hasilnya kita serahkan kepada Sultan untuk membuat pilihan," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.



Haji Hadi secara tidak langsung telah mengaku dirinya tidak
 bijaksana lalu menyerahkan kemelut MB Selangor kepada 
orang yang lebih bijaksan darinya…??
Demi menjaga mertabat seorang manusia yang dianggap suci, sebaik saja selepas mesyuarat selama dua jam itu semalam berakhir, Mustapa pun membacakan kenyataan satu perenggan , tanpa menyatakan bahawa 13 Adun PAS itu tidak mahu ikut kemahuan Haji Hadi supaya menyokong kehendak hatinya iaitu menamakan Azmin Ali. Kenyataan itu sekadar sebagaimana gambar diatas dan berbunyi :

"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor.” Baca sepenuhnya di sini
Comments
12 Comments

12 comments :

Anonymous said...

Haji Hadi x layak dipanggil tuan guru kerana bersekongkol dgn umno

Anonymous said...

X abis2 lg ko menghentam tokguru?? Cermin diri la blogger poyo woii

Anonymous said...

Kepala hotak kau bersekongkol dgn umno!! Klu dia nk bersekongkol sgt dgn umno dari dlu lg dh la mangkuk dia join umno...masa krisis mb d terengganu ada ke pemimpin2 terengganu yg ajak mat said utk join pas spaya kerusi mb dia slmt??? Ckp pkai lutut n syak wasangka tmpt bukti yg jelas!!ilmu x byk tp sombong dan berlagak mcm hebat sgt...sbnr nya prangai kau tue mcm umnooo...Duri dalam daging...!

XUMNO said...

Eh, siapa yang ketawa besar dengan keputusan sultan meminta sekurang2nya dua nama calon untuk MB?? Siapa yang terduduk malu? Kami orang Pas nak tengok kalau2 ada demonstrasi ala "Natang" Trengganu kat Istana di Klang. Pak Husein boleh join sekali, jangan malu. Orang tak kenal pun. kalau takut pakailah serban supaya orang sangka awak orang Pas. Datang ye, jangan tak datang.

Anonymous said...

Nape x leh hemtam tuan guru ? Dia maksum ke?

Anonymous said...

langkah kajang punya hal...semua jadi susah..tuan punya blogger elok la muhasabah dulu..PKR buat tahi nak suruh Pas basuh....pkr sama je ngan Umno.

atas pagar said...

Pru nanti...aku undi pas aje kalu pas calonnye....kalu pkr(parti anak beranak)....wat undi rosak le jawapannye......ape muslihat pkr ni....16 september,langkah kajang entah ape2 aje....gila kuasa betul.

Anonymous said...

blogger ngok...nk ajak PAS gaduh dgn sultan ke? pandai2 bg 1 nama sendiri tanggung laa.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Selepas pru 13 dulu pun sultan nk 4 org... nama tapi hanya dihantar seorg je- tski. Ok je...30 Adun dh beri sokongan kpd Wan Azizah. Ertinya dah ada majoriti. Apakah anda fikir tidak cukup lagi syarat utk Azizah jadi MB?

Anonymous said...

kenapa pula tak boleh hentam pakatan rakyat? mereka maksum ke?
hihihi.

zikir yang alhusseyn amal kot.
Hadi nak UG 33X.

sudahlah al-husseyn pencinta dunia. tak perlulah berpura2 mengaku pejuang islam.

jaga hati kawan ke berpegang dengan tali ALLAH yang lebih utama?
ALLAH suruh bila ada berita kaji dulu ada al-husseyn buat?
bukan ke ALLAH larang bercakap bohong ada al-husseyn tinggalkan?
bukan ke ALLAH larang menyampaikan berita yang belum dipastikan, ada al-husseyn tinggalkan?

header blog ni ayat cantik, tapi kezaliman yang yang dibantah hanya terhadap anwar, manakala bila anwar melakukan kezaliman, al-husseyn sokong pula?

TAK PAYAH BERPURA-PURA SEBAGAI PEJUANG ISLAMLAH WAHAI AL-HUSSEYN KALAU PERBUATAN TAK MENCERMINKAN LANGSUNG AL-QURAN DAN SUNNAH.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Anonymous 8:59:00am Siapa yang berbohong sampai kena saman RM2juta? Baru aku tahu berbohong itu ajaran al-Quran dan Sunnah...

Anonymous said...

Aik? ini blog al-husseyn ke blog hadi ni? kalau saya nak nasihat hadi saya pergilah blog dia, dekat sini kena nasihat al-husseyn lah, betul?

Yang paling best tu, bila jerkah al-husseyn je mesti dicap penyokong hadi, kan? hehehe

aik? kalau awak rasa dia berbohong, dan awak kata berbohong tu salah, habis kenapa awak ikut berbohong?
Islam menghalalkan cara?

Lawak juga pemikiran awak ini.

umur dah tua, mati dah makin dekat. Nak teruskan hebah berita yang belum pasti, silakanlah. Kubur masing2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...