GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, August 17, 2014

Syabas kepada Azmin! Azizah melangkah penuh bergaya!

Semoga Allah berkati dan rahmati Azmin Ali yang telah memberikan laluan mudah kepada Dr Wan Azizah untuk melangkah langkahan seterusnya dengan bergaya...Beritanya di sini
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Itulah AZMIN ALI,seorang pejuang,yang tidak mengejar pangkat dan harta,sekiranya beliau mengejar harta,dah lama Azmin join dengan Umno,keluar PKR hentam Anwar,pasti beliau dah jadi jutawan.Semoga Allah melindunginya serta keluarganya sama.

Amuraria said...

alhamdulillah selamat harapnya semua ,adakah lagi mangkuk-mangkuk yang tidak bersetuju ? ABU jangan lupa !

Anonymous said...

Ajijah jd mb?hahaha..agak2 klu bubar dun bole menang ka?jgn hrp la... Ish2 meluatnya bila kroni jgk yg nk dilantik jd mb..

Anonymous said...

Minta maaf bro! Ikut undang2 Tubuh, DYMM perlu diberi pilihan dulu untuk bubarkan DUN atau tidak, jika tidak barulah TSKI dikehendaki meletakkan jawatannya. Tuanku titah dah tunggu hingga dia balik pada 27 Ogos. TSKI kenalah tunggu dulu. Yaang lain tunggulah juga. Bukan begitu? Sementara tu duduk diam2 dan jangan meroyan.
TSKI betul dan tidak bohong bila mengadap DYMM bahawa dia ada sokongan majority atas representasi PAS (dan UMNO). Atas sebab itu, betullah DYMM titah TSKI masih boleh terus jadi MB. PASlah yang perlu jawab kenapa kata sokong TSKI kemudiannya dua ahlinya belot. Inilah massalah bila masih nak ikut telunjuk punaisihat dari penasihat. Jika Pakatan ada majority, tunggulah sessi DUN bulan November untuk undi tidak percaya. Nak kelam kabutkan rakyat apa hal??? Masaalah dalaman PKR dan PAS bukan hal yang DYMM patut campur. Memang Istana tak ada campurtangan pun. Malahan, pihak2 yang mendakwa ada campurtangan Istana dan pinta Istana jangan campurtangan sebenarnya mereka itulah yang telah mencampuri urusan Istana.

Anonymous said...

Tuan merujuk kepada Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, sudahkah tuan mentelaah fakta2nya, atau main sembreno sahaja. Ternyata ulasan yang panjang lebar jauh tersasar dari fakta dan/atau konvensyen yang terpakai. Tuan seolah-olah merendahkan kebijaksanaan Paduka Tuanku Sultan dalam hal ini. Sultan telah bertindak betul dan bijaksana dalam menangani kemelut ini untuk kebaikan rakyat Selangor. TKSI telah mempersembahkan laporan beliau ketika itu dengan tepat dan memberi ruang kepada TKSI untuk memperkemaskan dan memperkukuhkan kedudukan beliau sebagai MB. Kesilapan TKSI ialah keangkuhan beliau apabila TPM memberikan sokongan padu kepada beliau tanpa mengambil kira betapa terguris hati ahli2 PAS. Tindakan beliau memecat majoriti EXCO serta cadangan untuk memecat kesemua lantikan Ahli2 Majlis juga mencerminkan keangkuhan beliau dan mengundang musuh2 politik yang sepatutnya beliau rapati ... "keep your friends close and keep your enemies closer". Mengikut maxim ini, dilihat 4 orang EXCO PAS adalah musuh2 beliau, tak begitu?
Mungkin ada baik nya tuan juga membaca perundangan dan penghakiman yang termaktub atas kes peralihan kuasa di Perak untuk pencerahan selanjutnya, agar kita tidak menonjolkan kedangkalan diri kita sendiri. Kita hindarkan dari mencaci, menghina, melabel dsb dan jauhkan dari melakukan dosa kering yang berlarutan. Wallahu a'alam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...